Isnin, 24 November 2008

KEPIMPINAN DALAM ISLAM.

SINOPSIS.

Kertas kerja ini cuba menghuraikan beberapa aspek asas ciri kepimpinan konvensional dan ciri kepimpinan Islam. Terdapat pelbagai pandangan sarjana sains sosial dan pemikir Islam mengenai ciri-ciri kepimpinan yang berkesan. Para sarjana sains sosial mengandaikan bahawa kejayaan seseorang pemimpin untuk mencapai matlamat kepimpinannya bergantung kepada stail kepimpinan dan keupayaan seseorang pemimpin itu menggunakan kuasa, pengaruh dan kewibawaan bagi menarik sokongan pengikutnya. Kepimpinan itu dikatakan berjaya jika dapat mencapai matlamat dan dapat memenuhi aspirasi orang yang dipimpin. Dalam tassawur Islam, kepimpinan itu dikatakan berjaya mencapai matlamat seandainya ciri kepimpinan itu dapat merealisasikan cara hidup (ways of life) yang akhirnya membawa kepada keberkatan dan keredhaan Allah SWT di dunia dan di akhirat.

MUKADIMMAH.

Pelajar akan menjadi aset penting masa depan negara. Pelajar yang belajar di sekolah kini harus memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:-

a. Percaya kepada Tuhan.
b. Berilmu pengetahuan.
c. Bertanggongjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
d. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
e. Memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu.

(Datuk Dr. Wan Zaid Mohd Noordin; Kertas kerja Reformasi Pendidikan Dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Strategi, Cabaran dan Harapan,
Dalam Gerakan Dakwah Dan Orde Islam Malaysia: Strategi Masa Depan,
ABIM, 1993, m.s 57).

Di kalangan pelajar-pelajar ini pada suatu hari nanti akan menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang. Dengan itu pelajar-pelajar diharapkan dapat melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang sempurna dan akhlak yang mulia. Wajah masa depan negara akan bertambah maju dan makmur jika generasi pelajar hari ini dibekalkan dengan Tarbiyyah Islami yang syumul.

KONSEP KEPIMPINAN KONVENSIONAL.

Para sarjana sains sosial telah membuat kajian tentang tingkahlaku pemimpin dalam pelbagai organisasi sosial masa lampau dan kini.

’Kepimpinan secara amnya adalah semata-mata bermakna pengaruh. Satu seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat bersama’

( Kootz, Harold dan O’Donnel; Management System and Contigency Analysis of Managerial
Functions, McGraw-Hill, New York, 1976, m.s 587).

‘Kepimpinan dapat dilihat sebagai proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau secara khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotaikumpulan. Setiap yang terlibat dalam proses interaksi ini boleh dianggap memegang watak-watak tertentu yang berbeza di antara satu dengan yang lain. Asas yang membezakan tadiia lah pengaruh, ia itu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mentaati atau akur’

(Gorden, Thomas; Group-Centered Leaderships, Houghton Mifflin,New York, 1955, m.s 51).

‘Kepimpinan adalah satu proses pengaruh mempengaruhi di antara pemimpin dengan
pengikut. Walaupun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih
bergantung kepada pujukan daripada paksaan. Proses kepimpinan selalunya melibatkan
pertalian pengaruh yang bersifat dua arah, dan tujuan utama ia lah untuk menmcapai
matlamat bersama. Jadi, kepimpinan bukan hanya tanggongjawab pemimpin tetapi
memerlukan usaha kerjasama daripada pengikiut-pengikut’.

(Hollander, Edwin P; Leaderships Dynamics, Free Press, New York, 1978, m.s 1-2).


‘Kepimpinan dapat dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan dalam
situasi dan usaha yang khusus yang dapat merangsang mereka untuk berusaha secara
sukarela bagi mencapai matlamat bersama’.

(Gribbon, James J; Effective Managerial Leadership, American Management Association,
New York, 1972, m.s 9).


Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa kepimpinan mempunyai perkaitan dengan keseluruhan aktiviti organisasi serta mempunyai pertalian yang rapat dengan kuasa, pengaruh dan kewibawaan. Kuasa, pengaruh dan kewibawaan pemimpin membantunya merancang, menyusun dan menentukan matlamat ke arah mencapai matlamat yang dirancang. Pemimpin mesti berkebolehan mempengaruhi pengikut secara berterusan. Gelagat kepimpinan hendaklah disesuaikan dengan keadaan persekitaran.


Pemimpin mesti mempunyai keupayaan memujuk supaya pengikut berusaha ke arah pencapaian matlamat. Kepimpinan yang dinamik, inovatif dan kreatif akan menghasilkan prestasi kerja dan mutu perkhidmatan yang cemerlang. Undang-Undang dan peraturan hanya menjadi alat asas mengawal perlakuan pengikut agar berusaha mencapai matlamat organisasi dan negara.


’Kepimpinan dapat didefinisi sebagai kejayaan seseorang memimpin orang lain untuk
melaksanakan satu-satu kerja ke arah pencapaian satu-satu objektif atau matlamat’.

(Ahmad Atory Hussain; Tingkah Laku Organisasi Dalam Pengurusan Moden, DBP,1986,
m.s 133).

Pada diri pemimpin itu ada beberapa komponen kepimpinan. Komponen-komponen yang harus ada pada seseorang pemimpin, antaranya:-

a. Sifat-Sifat peribadi.
b. Gaya pimpinannya.
c. Keadaan atau bentuk pekerjaannya.
d. Keperluan pengikut-pengikutnya.

(Ahmad Atiory Hussain, ibid, m.s 133).


‘Pimpinan akan menentukan sejauh mana pengaruh, kuasa dan kewibawaan memainkan
peranan sepenuhnya. Seseorang pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang
berpengaruh, mempunyai kuasa di dalam lingkungan pangkat atau status dan kewibawaan’

(Ahmad Atory Hussain, ibid, m.s 139).




KONSEP KEPIMPINAN ISLAM.

Islam mengakui dan mengiktiraf tentang perlu adanya pemimpin dalam setiap sistem sosial seperti keluarga, komuniti, oraganisasi dan negara.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud;

‘Setiap kamu adalah pemimpin dan mestilah bertanggongjawab di atas kepimpinan kamu. Seseorang pemimpin (Ketua) yang memimpin orang ramai adalah bertanggongjawab di atas kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dan bertanggongjawab dalam urusan rumahtangga suaminya. Anak bertanggongjawab ke atas harta bapanya. Hamba bertanggongjawab atas harta tuannya. Ketahuilah , sesungguhnya setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggongjawab ke atas pimpinan kamu’.

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).


Berdasarkan hadith tersebut bahawa setiap individu diberi tanggogjawab di dalam menggendalikan segala urusan dan pentadbiran. Manusia adalah wakil Allah SWT (Khalifah Fil Ardhi) di bumi bertanggongjawab untuk mengatur, mentadbir dan memimpin segala urusan hidup manusia.

Setiap pemimpin Islam yang diberi kuasa, pengaruh dan kewibawaan semestinya melaksanakan amanah kepimpinan seperti yang digariskan oleh AlQuran, hadith dan ijmak ulama. Pemimpin Islam mesti berusaha memakmur, menegak keadilan serta berkesungguhan berusaha mempertingkatkan ketinggian nilai dan martabat manusia ke arah kesempurnaan sebagai makhluk Allah SWT yang dimuliakan di muka bumi.


Ada beberapa istilah yang biasanya terdapat di dalam Al-Quran mengenai pemimpin dalam sistem sosial sama ada secara semulajadi atau dilantik yang menentukan corak kepimpinan umat Islam. Di antaranya ia lah:-


a. Imam/Imamah (Penunjuk jalan atau memimpin).
b. Khalifah (Pentadbir dan wakil Allah SWT di bumi).
c. Amir Al-Mukminin (Ketua Negara Islam atau Pemerintah Islam).
d. Uli Al-Amri (Orang yang berkuasa).
e. Mursyid (Penunjuk).
f. Syeikh (Ketua).
g. Murabbi (Pendidik).


Kepimpinan Islam semestinya dijuruskan kepada peranan-peranan berikut:-


a. Islah (Memperbaiki) masyarakat.
b. Berusaha menegakkan Islam sebagai Addin (Ways of life).
c. Sentiasa menjaga kerahmatul-insan (Nilai kemanusiaan).
d. Memakmur bumi Allah SWT.
e. Menjalankan urusan amal makruf nahi mungkar.

(Mohd Amin Salih; Kertas kerja Kepimpinan Menurut Pandangan Islam, Dalam: Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan Dalam Islam, INTAN, 1991,
m.s 102-105).


Matlamat utama kepimpinan seorang pemimpin Islam ia lah:-

a. Untuk pengabdian dan perhambaan diri kepada Allah SWT.
b. Untuk mencapai keredhaan, keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.
c. Untuk mencapai kesempurnaan akhlak yang mulia (Insanul Kamil).
d. Untuk menyeru kepada perbuatan yang baik dan mencegah kejahatan (Amal makruf,
nahi mungkar).
e. Untuk mencapai kebahagiaan, kesenangan, kesejahteraan dan keselamatan manusia
sejagat di dunia dan akhirat.

(Mohd Amin Salih; Ibid, m.s 105-106).


Pemimpin dan kepimpinan hendaklah diamanahkan kepada orang yang sebenarnya beriman kepada Allah SWT, beamal soleh serta disusuli dengan kecerdasan akal yang mampu mengimbangi antara keperluan rohani, intelek, emosi dan jasmani untuk kebahagiaan dan kesejahteraan serta keselamatan duniawi dan ukhrawi.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud:-

’Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran’.Sahabat bertanya,’Bagaimanakah mensia-siakan?’ Rasulullah SAW menjawab,’Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kehancurannya’.

( Hadith riwayat Bukhari).


’Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya(yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di anatara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (Suruhan Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat. Wahai orang-orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Uli-Amri (Orang-orang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah Rasul Nya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya’.

(Surah An-Nisa, ayat 58-59).


CIRI-CIRI KEPIMPINAN.


1. Pemimpin Islam mesti mempunyai ciri kepimpinan berteraskan kepada Al-Quran
hadith dan ijmak ulama. Sifat utama kepimpinan Islam ia lah sifat mukmin.
Di antara sifat utama kepimpinan yang bersifat mukmin ia lah Siddiq, Amanah,
Tabliq dan Fatonah.


’Wahai orang-orang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang
menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali
Kebencian kamu terhadap sesuatu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu hampir kepada
takwa. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan. Allah menjanjikan kepada orang-orang beriman
dan beramal soleh, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar’.

(Surah Al-Maidah, ayat 8-9).


’Allah menjanjikan orang-orang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai
Umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka Khalifah-Khaliafah yang memegang
kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang
sebelum mereka Khalifah-Khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan
mengembangkan agama mereka (Agama Islam) yang telah diredhai Nya untuk mereka; Ia
juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan ( dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada Ku dengan tidak mempersekutukan
sesuatu yang lain dengan Ku. Dan ingatlah sesiapa yang kufuringkar seesuatu itu, maka
mereka itulah orang-orang yang durhaka’.

(Surah An-Nur, ayat 55).

2. Seseorang pemimpin Islam mesti mempunyai ciri kepimpinan berlandaskan akhlak
yang mulia.Beberapa tokoh pemikir Islam telah merumuskan beberapa kriteria yang
sepatutnya ada dan dimiliki oleh seseorang pemimpin Islam.


a. AL FARABI.

• Kesempurnaan anggota tubuh.
• Pengetahuan yang luas.
• Menunai apa yang dikata.
• Kesempurnaan ingatan.
• Berkebolehan menyampaikan sesuatu pendapat dengan benar dan bernas.
• Menghindari permainan percuma dan sia-sia (Politik kotor).
• Mengawal hawa nafsu.
• Bersikap adil tanpa paksaan.
• Berani kerana benar dan takut melakukan kesalahan.
• Mempunyai kekayaan sekadar untuk keperluan tanggongjawab diri.



b. IBNU KHALDUN.

• Suka memaaf kesalahan yang tidak melanggari syariat Islam.
• Suka melindungi pihak yang lemah dan miskin serta fakir.
• Menghormati tokoh agama, ulama dan orang yang berumur.
• Suka mendengar teguran yang membina.
• Berpengetahuan luas tentang selok- belok pemerintahan.
• Berkeupayaan menggunakan kuasa dan pengaruh kepada pegawai, ketua atau wakil
kerajaan dengan baik.
• Melantik orang yang layak dan berkebolehan sebagai wakil kerajaan.
• Hidup dengan gaya hidup sederhana.






c. AL GHAZALI.

• Mempunyai daya intelek yang tajam (kemahiran berfikir).
• Berpengetahuan dan berfungsi (pemikiran strategik).
• Berdiplomasi dan berpandangan jauh serta tegas.
• Berwawasan dan memahami aspek pemerintahan.
• Berwibawa menentukan semua pegawai kerajaan bekerja dengan tekun dan
sempurna.

(Mohd Amin Salih; Ibid, m.s 110-111)


RUMUSAN.


Ciri-ciri kepimpinan dalam Islam dapat dirumuskan kepada tiga aspek yang utama ia itu:-

1. Tanggongjawab/Amanah.
2. Sikap
3. Perawakan dan peribadi.


Tanggongjawab/Amanah.


1. Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah, setia, bekerja dengan
penuh minat, berdisiplin dan dedikasi.
2. Sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan tugas dan perkhidmatan serta
tidak mementing diri sendiri.
3. Sentiasa meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi serta bekerja dengan
cemerlang.
4. Membuat pertimbangan yang teliti dan adil sebelum membuat keputusan serta
tegas dalam melaksanakan amanah dan tanggongjawab kerja dan perkhidmatan.


Sikap.

1. Mempunyai sikap sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling
serta berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan alam sekeliling.
2. Sentiasa bersikap positif dan bertanggongjawab.
3. Mewujudkan budaya ’reflective rationality’ di samping ’technical rationality’.
4. Berfikiran terbuka (open minded) dan sedia menerima teguran membina dari
semua pihak untuk faedah organisasi dan negara.
5. Sentiasa memberi perhatian dan keutamaan kepada masalah yang dihadapi oleh
orang bawahan atau rakyat.
6. Tidak mementing diri, keluarga dan sahabat handai sahaja.
7. Sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh rakan sejawat.
Baik pihak atasan atau pun rakan sejawat di bawahnya.


Perwatakan dan Peribadi.

1. Mempunyai peribadi yang mulia, berbudi pekerti dan perawakan yang baik,warak,
tawadduk dan takwa.
2. Sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi masalah dan cabaran.
3. Menangani segala masalah dengan bijaksana serta menangani nafsu yang buruk.
4. Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dalam semua bidang.
5. Memiliki kepakaran dam bidang pengurusan pentadbiran dan pengurusan projek.
6. Berusaha menjaga hubungan baik bagi setiap pekerja dan golongan rakyat.
7. Beriman, bertakwa dan ehsan untuk menggelakkan sikap takbur dan bongkak
atau meninggi diri.

Selasa, 18 November 2008

UCAPUTAMA PENGETUA SMK CHERANG RUKU SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2007.

Bismillahir Rahmanir Rahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadirat Allah SWT kerana dengan izin dan hinayat Nya pada hari ini SMK Cherang Ruku dapat menyambut Hari Guru tahun 2007 dengan tema ’ Guru Penjana Modal Insan Gemilang’. Pada hari ini merupakan Sambutan Hari Guru yang ke-36 dan negara Malaysia meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-50. Sambutan Hari Guru tahun ini memberi makna yang amat besar kerana negara Malaysia berada dalam kemakmuran, aman dan maju.

Warga SMK Cherang Ruku perlulah berasa bangga dan bersyukur kerana pada tahun 2006 SMK Cherang Ruku telah mulai menggorak langkah untuk merealisasi visi dan misi sekolah untuk menjadi sekolah cemerlang menjelang tahun 2010. Pada tahun 2007 ini tema Hari Guru ‘Guru Penjana Modal Insan Gemilang’ memberi signifikan yang mana SMK Cherang Ruku telah bergerak sejajar dengan arus perdana dan telah menggorak langkah melaksana transformasi pendidikan berkualiti dengan peranan utama akan didokongi oleh semua warga guru SMK Cherang Ruku.Guru-Guru perlulah bekerja sepasukan bagi menjayakan dan merealisasi visi sekolah ke arah sekolah cemerlang menjelang 2010. Tumpuan utama kecemerlangan ialah dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid-murid SMK Cherang Ruku.Kerja sepasukan ini memerlukan guru memiliki komitmen dan keazaman yang kuat tanpa mengira kepentingan peribadi dan keuntungan diri dalam jangka pendek tetapi berusaha melahirkan modal insan gemilang pada masa depan.

Perkara utama ia lah berpegang kepada prinsip guru mengajar murid belajar. Tugas utama atau ‘Core Business’ perlu diberi keutamaan. Sebelum guru-guru ingin menjadikan murid-murid sebagai modal insan gemilang, maka guru-guru perlu memiliki minda kelas pertama. Guru-Guru mestilah menjadi ‘rule model’ kepada murid-murid. Pepatah Melayu ada menyebut ‘Guru Kencing Berdiri. Murid Kencing Berlari’.


Berburu di padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.


Guru-Guru hendak berusaha melonjakkan tahap kecemerlangan SMK Cherang Ruku. Pada masa kini standard kualiti pendidikan berada pada tahap 5 ia itu Sekolah Harapan. Lonjakkan yang perlu dilaksanakan ia lah ke tahap 6 ia itu Sekolah Cemerlang. Fokus utama ia lah membangun modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan menghayati nilai murni. Guru-Guru perlu memupuk semangat belajar dan menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai, moral dan sikap positf serta membina disiplin diri di kalangan murid-murid SMK Cherang Ruku. Murid-Murid SMK Cherang Ruku mampu bersaingan di persada negara Malaysia dan jika boleh di persada antarabangsa.Pepatah Melayu ada menyebut ’ Belakang parang jika diasah boleh menjadi tajam’. Ini bermakna bahawa masa depan mereka terletak ditangan guru-guru pada hari ini.Mereka akan dapat kita lahirkan sebagai modal insan minda kelas pertama.

Justeru itu mari semua guru untuk bermuhasabah dan membuat refleksi sejauh manakah
sumbangan dan kejayaan dalam usaha memenuhi aspirasi tema Hari Guru ’Guru Penjana Modal Insan Gemilang’ telah dipenuhi yang memberi kepuasan dalam diri sebagai seorang guru.Tepuk dada tanya selera. Pada hari ini bolehlah guru-guru SMK Cherang Ruku mula berazam dan memasang niat untuk bertekad merealisasi tema Hari Guru ’Guru Penjana Modal Insan Gemilang’ dan merealisasi visi dan misi SMK Cherang Ruku untuk menjadi sekolah cemerlang menjelang tahun 2010.


Marilah semua guru mengamalkan Budaya Semut seperti berikut:-

S - Sentiasa berusaha dengan gigih.
E - Efisen.
M- Melaksana kerja dengan tekun.
U - Urusan dibereskan tanpa berlengah.
T -Tanggungjawab disempurnakan sebaik mungkin.

Peranan guru di sekolah memastikan guru mengajar dan murid belajar.

1. Mengajar dengan bestari.
2. Mendidik dengan berhemah.
3. Membimbing dengan bijaksana.
4. Menerap konsep penyayang.


Dengan itu guru-guru mesti memiliki 3 elemen kecemerlangan.

1.Extra Might - Kekuatan ilmu pengetahuan, kemahiran tinggi dan keinginan tanpa
batasan.
2.Extra Mind - Kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang
betul dan tepat.
3.Extra Mile - Berpandangan jauh dan mempunyai ‘ High performance speed’
dan ‘High performance work culture’ untuk merancang, mengelola,
melaksan memantau dan menilai.


Elemen kecemerlangan itu perlu disokong oleh 4 elemen sokongan berikut:-

1. Pantauan Emosi (EQ).
2. Ilmu Pengetahuan (IQ).
3. Kesedaran Sosial (SQ).
4. Kekuatan Dalaman (ESQ).


Apakah yang perlu dilaksana dan menjadi kemestian semua guru SMK Cherang Ruku ialah seperti berikut:-

1. Muhasabah – Menilai diri sendiri.
2. Muaqabah - Sendiri mendidik diri.
3. Musyaratah – Membuat perjanjian diri.
4. Muraqabah - Berasa kehadiran Allah.
5. Muatabah - Menahan diri dari segala kekejian.
6. Mujahadah - Berusaha bersungguh-sungguh.

Pada akhirnya semua guru SMK Cherang Ruku melaksanakan kerja sebagai satu fisabilillah.

Saya doakan semoga semua guru SMK Cherang Ruku dapat berusaha melahirkan modal insan gemilang. Semua guru SMk Cherang Ruku menjadi guru berkualiti dan dapat melaksanakan pendidikan bestar serta dapat bekerja bersama-sama dengan saya dan dapat mengajar dengan ikhlas, dengan penuh semangat serta komited kepada tugas masing-masing.Saya menaruh harapan yang tinggi agar Sambautan Hari Guru dengan tema ’Guru Penjana Modal Insan Gemilang’ dapat menjana mutu kerja semua guru dan mencapai serta dapat mencipta kecemerlangan SMK Cherang Ruku dan murid-muridnya. Usaha menjadikan SMK Cherang Ruku sebagai sekolah cemerlang tahun 2010 akan menjadi kenyataan. Semoga setiap azam, setiap doa dan setiap impian serta harapan akan membuahkan hasilnya di tahun 2010 nanti.


Saya sudahi ucaputama saya ini dengan memohon maaf jika terkasar bahasa dan tersilap bicara. Mana yang baik datang dari Allah dan mana yang tidak baik ia lah kelemahan saya sendiri. Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali.Perkara yang baik buatlah teladan. Perkara yang tidak baik buatlah sempadan. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Sebagai seorang pengetua, saya tidak terkajang batu sepulau.Guru perlu menjadi lautan yang luas. Di dalam lautan itu murid menjadi ikan yang hidup di dalamnya.

Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima Kasih Cikgu !

10 Jun 2007.

Ahad, 16 November 2008

UCAPUTAMA HARI GURU SMKCR TAHUN 2006.

UCAPUTAMA PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERANG RUKU SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2006.


Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera.


Alhamdulillah, bersyukur saya kehadirat Allah SWT kerana sekali lagi dengan izin dan limpah kurniaNya, kita dapat bersama meraikan Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku.

Tema Hari Guru tahun ini ‘Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan’ merupakan satu tema yang bertepatan dengan hasrat dan usaha untuk menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku sebagai sekolah cemerlang menjelang tahun 2010. Visi untuk kemenjadian Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku sebagai sekolah cemerlang menjelang tahun 2010 boleh dicapai melalui pendidikan bestari. Visi ini perlu diterjemahkan bukan sahaja melalui harapan dan ucapan tetapi dengan perbuatan dan amalan seharian di kalangan guru, kakitangan sokongan dan murid-murid sebagai anggota warga Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku.

Beberapa strategi boleh dilaksanakan untuk menjayakan pendidikan bestari, seterusnya menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku sebagai sekolah cemerlang menjelang tahun 2010.

Strategi yang pertama ialah melaksanakan Tadbir Urus Yang Baik (Good Governance). Guru-Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku perlu sedar bahawa ‘Core Business’ atau tugas utama ialah berfokus kepada pelaksanaan kurikulum. Guru mengajar dan murid belajar. Guru menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah mencapai tahap pendidikan bestari.Guru hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum ke arah penyuburan IQ, EQ, EQ dan ESQ murid-murid secara menyeluruh dan bersepadu.

Guru perlu memahami perubahan dan menerima perubahan. Guru perlu mengiringi perubahan dan tidak ditinggalkan oleh perubahan. Guru menjadi agen perubahan masyarakat bukan masyarakat mengubah guru. Guru mesti berkualiti melaksana pendidikan bestari sebelum boleh menjadikan muridnya berkualiti dan bestari. Guru bukan sahaja melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tetapi juga pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Aspek perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan sahsiah mulia dan kehidupan bagi masa depan murid perlu diberi keutamaan.

Justeru itu guru dan murid perlu membuat refleksi diri dengan melihat di mana kita berada sekarang. Apakah peranan dan tanggongjawab kita dan ke mana matlamat perjuangan kita. Apakah sumbangan kita sudah memadai dan berada pada tahap cemerlang. Apakah kita sekadar melihat perubahan atau perubahan meninggalkan kita. Umpama seorang penumpang yang ditinggalkan keretapi atau seperti seorang yang berada dalam rumah kaca.Sekadar melihat perubahan tanpa berasa apa-apa atau berbuat apa-apa. Hanya sekadar tersenyum sinis sambil menyanyikan lagu Bangau Oh Bangau.

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah termasuk pengurusan bilik darjah yang kondusif perlu diberi keutamaan untuk mewujudkan pendidikan bestari. Wujudkan bilik darjah yang ceria dan suasana yang aman dan nyaman menyelubungi bilik darjah. Muridnya memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam situasi yang menyeronokan terpancar di wajah setiap murid.

Strategi kedua ialah mengurus masa yang bermanfaat.Guru dan murid-murid perlu menggunakan masa yang ada dan yang ditetapkan dalam jadual waktu dan takwim sekolah secara optimum dengan berhemah dan bijaksana. Guru perlu menjauhkan diri dan menggelakkan diri dari melakukan aktiviti yang tidak bersangkut paut dengan ’Core Business’. Masa perlu diurus dengan berhemah dan teliti agar ia memberi pulangan berganda. Guru perlu masuk kelas dan mengajar dengan bestari.Tidak membuang masa dengan berborak kosong di kantin atau bilik guru. Masa yang diperuntukan dalam di dalam jadual waktu pengajaran dan pembelajaran digunakan dengan baik untuk menmdapat pulangan berganda yang maksimum.

Guru perlu datang awal 15 minit dari loceng pertama dibunyikan dan tidak akan berasak-asak menulis kehadiran di kaunter pejabat am kerana waktu itu sepatutnya guru telah berada di bilik darjah untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru pulang 15 minit lewat agar tidak berlumba-lumba pulang dengan murid-murid. Pastikan semua murid telah pulang, barulah guru boleh pulang. Datang lah ke sekolah dengan riang dan pulang dengan aman dan tenang.

Strategi ketiga ialah meningkatkan integriti iaitu kebolehpercayaan sebagai seorang guru berkualiti dan cemerlang. Sebagai seorang guru hendaklah memahami dan melaksanakan bidang tugas dan tanggongjawab yang diamanahkan.Di samping melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru diberi tanggongjawab sebagai wakil ibu bapa di sekolah. Dalam istilah bahasa latin disebut ’In Loco Parentis’ . Tanggongjawab bermula daripada guru mata pelajaran, guru kelas sehingga guru penasihat bagi aktiviti kokurikulum dan sebagainya. Tanggongjawab ini mesti diberi fokus yang betul. Murid-Murid dibimbing dan diberi pendidikan bestari agar berilmu pengetahuan tinggi, memiliki kepintaran pelbagai dan bersahsiah cemerlang untuk menyedia tenaga kerja yang ’compatible’ dengan pasaran kerja pada masa depan.

Setiap murid dapat dilatih dan berkemahiran tinggi serta dijelmakan perwatakan tersendiri melalui etos dan budaya sekolah. Murid mempunyai watak cemerlang, berbudi bahasa, taat kepada agama dan Tuhan, berilmu dan berintelek, ada daya ketahanan fizikal, bersemangat sukan (sportmanships) dan bersendikan disiplin yang tinggi.

Guru terlibat secara langsung dengan aktif sebagai guru penasihat olahraga dan permainan, guru penasihat persatuan dan kelab dan sebagai penasihat unit beruniform. Oleh itu setiap penglibatan guru itu akan memberi makna yang penting kepada bidang olahraga dan permainan, persatuan dan kelab serta unit beruniform. Setiap tahun pelbagai aktiviti kokurikulum dilaksanakan melibatkan tenaga, masa dan kewangan yang tidak sedikit. Justeru itu diharapkan perancangan sepanjang tahun, bulan dan minggu disediakan dan aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan dengan berkesan serta memberi manfaat kepada murid-murid. Jangan jadikan aktiviti kokurikulum sebagai membebankan guru dan murid-murid. Langkah proaktif ke arah peningkatan dan pemantapan aktiviti perlu diberi tumpuan sewajarnya. Jangan jadikan aktiviti kokurikulum sekadar memenuhi tuntutan PPD, JPN dan KPM. Setelah menggunakan tenaga, masa dan kewangan yang bukan sedikit tetapi hasilnya tidak seberapa atau tanpa hasil.

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pasukan PBSM, Kadet Polis, Pengakap dan atlet sekolah di atas kejayaan cemerlang tahun ini. Pasukan olahraga telah mencapai kedudukan ke-4 di PPD Pasir Puteh/Machang. Pasukan PBSM dan Kadet Polis yang terlibat menjayakan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan serta kejayaan Pasukan Pengakap memperolehi kejayaan sepanjang pelaksanaan Kem Pengakap peringkat PPD Pasir Puteh/Macahng. Saya ingin merakam ucapan tahniah dan syabas kepada pelajar asrama yang telah menjuarai Anugerah Asrama Terbilang peringkat PPD Pasir Puteh/Machang dan akan menyertai pertandingan ASAT peringkat Negeri Kelantan.

Strategi keempat ialah meningkatkan prestasi pencapaian akademik. Pencapaian akademik sangat penting kerana apa-apa pun usaha kita pada akhirnya kecemerlangan akademik menjadi kriteria utama untuk mengukur prestasi kecemerlangan sekolah selain kokurikulum dan sahsiah.

Untuk menjana kecemerlangan akademik telah diperkenalkan Lengkok Pencapaian Akademik. Murid-murid perlu menyediakan fail dan membuat Lengkok Pencapaian Akademik bagi setiap mata pelajaran. Terutama murid yang akan menduduki PMR, SPM dan STPM.TOV dan ETR setiap mata pelajaran ditentukan dan menentukan ATR yang sepatut dicapai.

Bermula dengan TOV itu dilaksanakan OTI bagi setiap pencapaian yang dicapai oleh murid-murid berdasar ujian pengesanan, ujian penggal dan percubaan atau akhir tahun.Kemudian dibuat graf TOV dan OTI untuk melihat ETR , iaitu sasaran pencapaian sama ada di bawah atau di atas ETR. Jika keputusan di bawah ETR , maka perlu dilaksana aktiviti pemulihan.Jika keputusan di atas ETR dirangka aktiviti pengkayaan agar ATR berada pada tahap setinggi mungkin atau cemerlang.

Saya menaruh harapan tinggi agar guru tidak menganggap membuat Lengkok Pencapaian Akademik satu kerja yang membebankan dan remeh. Graf ini perlu dibuat sendiri oleh murid dengan bimbingan guru mata pelajaran dan guru tingkatan agar murid dapat melihat pencapaian akademiknya sebagai persediaan untuk peperiksaan sebenar PMR, SPM dan STPM nanti. Jika Lengkok Pencapaian Akademik dapat dilaksanakan secara berkesan maka tidak ada sebab kecemerlangan akademik tidak dapat dicapai. Ini kerana murid-murid tentu faham hala tuju matlamat dan visi ke arah kecemerlangan yang perlu dicapai oleh setiap daripada mereka.

Anggapan bahawa murid kita lemah, pencapaian sederhana dan sekolah kita bukan sekolah kawalan atau premier perlu dikikis dari pemikiran. Kita boleh bersaing dengan semua sekolah jika usaha kerja buat dan komited ke arah kecemerlangan dan berusaha merealisasi kecemerlangan pendidikan. Buktinya keputusan STPM pada tahun 2005 kita dapat pencapaian cemerlang.Seorang pelajar kita dapat 5 prinsipal A dan 43 orang pelajar kita mencapai GPMP tahap 3 serta peratus lulus 98.31% tanpa ada yang gagal.

Akhir kalam, sempena Sambautan Hari Guru 2006 ini, marilah kita bersama-sama berazam dan bekerja agar amanah yang diserahkan kepada kita oleh setiap ibu bapa dapat kita tunaikan sebaik mungkin. Marilah kita bertekad agar tahun ini usaha kita dimanfaatkan kepada murid kita. Marilah kita bersama merancang dan melaksana dengan teliti agar program, projek dan aktiviti dapat meningkatkan intergriti atau kebolehpercayaan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku dan membuah kecemerlangan kepada anak didik kita.

Ingatlah masa depan anak didik kita amat bergantung kepada kejayaan dan kemantapan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah serta program, projek dan aktiviti pendidikan yang kita rancang dan laksanakan. Kejayaan itu bergantung kepada kecemerlangan setiap individu kita jika dapat melaksanakan pendidikan bestari dan menjadi guru berkualiti. Amanah yang kita pikul amat berat dan bukan sahaja sahaja akan dinilai semasa kita berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku malah selepas kita tiada lagi di sini.

Saya doakan semoga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku menjadi guru berkualiti dan dapat melaksana pendidikan bestari serta dapat bersama-sama dengan saya dan dapat mengajar dengan ikhlas, dengan penuh komited kepada tugas masing-masing. Saya harap agar Sambutan Hari Guru Tahun 2006 dapat menjana mutu kerja semua guru dan murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku mencapai dan mencipta kecemerlangan, kegemilangan dan terbilang. Usaha menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku sebagai sekolah cemerlang akan menjadi kenyataan. Semoga setiap azam, setiap doa dan setiap impian dicapai dan terlaksana serta menjadi kenyataan menjelang tahun 2010.

Saya sudahi ucaputama ini dengan memohom maaf dari hujung rambut sehingga hujung kuku jika terkasar bicara dan tersilap kata. Mana yang baik datang daripada Allah SWT dan manakala kelemahan itu adalah kelemahan saya sendiri.

Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kash cikgu !

25 Mei 2006.

Isnin, 22 September 2008

CITRA KEPEMIMPINAN PENGETUA.




Pemupukan budaya kerja kelas pertama dan mencakna pendidikan berkualiti sangat perlu
diberi fokus oleh pengetua yang berhasrat merealisasi pendidikan berkualiti dan melahirkan modal insan minda kelas pertama. Pengetua menjadi peneraju utama merealisasi hasrat tersebut dengan mengembleng seluruh usaha dan tenaga surbodinat ke arah kemenjadian sekolah berkesan. Sekolah berkesan akan menjadi wahana pendidikan berkualiti dan melahirkan modal insan minda kelas pertama.

Beberapa perkara mesti menjadi keutamaan agenda seseorang pengetua sebagai kepimpinan sekolah.

1. Penyelenggaraan fizikal dan kemudahan sekolah sentiasa dilakukan mengikut
keperluan semasa.
2 Perbelanjaan berhemat dan berjimat cermat serta mematuhi prosedur tatacara
kewangan.
3. Adil, saksama dan tegas.
4. Membuat keputusan yang betul dan tepat.
5. Mengamalkan pelbagai stail kepemimpinan mengikut situasi dan
melaksana lapan tanggongjawab teras sebagai pengetua.

a. Pengurusan Kurikulum.
b. Pengurusan Ko-Kurikulum.
c. Pengurusan Hal Ehwal Murid.
d. Pengurusan Pejabat.
e. Pengurusan Kewangan.
f. Pengurusan staf.
g. Pengurusan fizikal dan Kemudahan Sekolah.
h. Pengurusan Komuniti.
6. Menberi keutamaan kepada kerja sepasukan dan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja.
7. Melaksana pemantauan dan penilaian berterusan.
8. Memupuk perpaduan dan meningkatkan semangat patriotisme.

Rabu, 17 September 2008

MENJANA KECEMERLANGAN SEKOLAH.

5 Situasi Sekolah.

1. Sekolah Bergerak (Moving School).
- Menggalakkan kemajuan dan perkembangan pelajar.
- Bekerja bersama untuk membawa perubahan dan terus berkembang.
- Memiliki matlamat, visi dan misi yang jelas.
- Bersemangat dan memiliki kemahiran merealisasi kecemerlangan sekolah.

2. Sekolah Mengekal Prestasi ( Cruising School).
- Dapat mengekalkan kualiti pendidikan.
- Sekolah biasanya terletak di kawasan bandar.
- Pelajar berusaha sendiri tanpa bergantung kepada pihak sekolah.
- Tidak menyedia pelajar untuk menghadapi dunia yang berubah.

3. Sekolah Berkembang Sederhana ( Strolling School).
- Tidak berapa berkesan.
- Bergerak perlahan untuk menghadapi perubahan.
- Matlamat tidak jelas dan kekadang bercanggah membantut peningkatan.


4. Sekolah Merangkak (Struggling School).
- Diketahui umum sebagai sekolah tidak berkesan.
- Banyak masa dan tenaga digunakan untuk pemajuan sekolah.
- Sentiasa cuba melaksana perubahan dengan pelbagai pendekatan.
- Sekolah ini akhirnya akan berjaya.


5. Sekolah Tenggelam (Sinking School).
- Sekolah yang tidak dipedulikan dan tidak berkesan.
- Staf tidak bermotivasi.
- Ibu bapa kurang mengutamakan pelajaran.
- Sekolah berada di luar bandar atau pedalaman.
- Sekolah ini perlu diberi sokongan dan diremaja untuk penjenamaan semula.



Beberapa Prinsip Kecemerlangan Sekolah.

Organisasi sekolah perlu memiliki beberapa prinsip yang menjadi dasar utama sekolah seperti berikut:-

1. Budaya (etos) sekolah berteraskan tauhid, iman dan takwa.
2. Ada konsensus di kalangan pihak pengurusan dan warga sekolah.
3. Ada perancangan strategik dan pelaksanaan pelan tindakan yang realistik dan boleh
di terima oleh semua peringkat surbodinat.
4. Matlamat, visi dan misi sekolah yang jelas hala tuju.
5. Berfokus kepada pelanggan tanpa diskriminasi dan perasangka.
6. Sentiasa memberi pengiktirafan kepada anggota organisasi.
7. Wujud perasaan dan semangat setiakawan sejati dan bekerja sepasukan.
8. Mengutamakan kepada kualiti dan menuju ke arah kecemerlangan.
9. Sumber digunakan secara maksimum dan berhemat.
10. Melaksana penilaian prestasi berterusan.
11. Sentiasa mengadakan sesi perkembangan staf.



Stail Kepemimpinan Pengetua.

1. Kepemimpinan Strategik / Visionari.
- Pelbagai dimensi.
- Fungsional.

2. Kepemimpinan Teknikal
- Kejelasan logikal.
- Membina matlamat dan dasar.
- Memasti semua warga sekolah beertanggongjawab ke atas kejayaan sekolah.
- Mengadakan sokongan teknikal untuk merancang, menyelaras dan melaksana dasar.


3. Kepemimpinan Kemanusiaan.
- Memberi sokongan.
- Mengalak penyertaan dan penglibatan.
- Meningkatkan komitmen dan rasa kepuasan warga sekolah.
- Menggalakkan hubungan positif antara warga sekolah.


4. Kepemimpinan Politik.
- Mendorong dan membina semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan warga
sekolah.
- Memberi sokongan dan mengatasi konflik.


5. Kepemimpinan Budaya.
- Inpirasi.
- Karismatik.
- Berjaya membina budaya (etos) sekolah.
- Berjaya merealisasi wawasan, nilai dan norma sekolah ke atas individu dan
kumpulan organisasi sekolah.


6. Kepemimpinan Pengajaran.
- Menggalakkan kemajuan profesional di kalanagn warga sekolah.
- Meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
- Membuat dianogsis ke atas masalah pendidikan.
- Memberi bimbingan dalam hal ehwal pengajaran dan pembelajaran.

7. Kepemimpinan Autokratik.
- Tiada perkongsian visi dan misi.
- One men show.
- Peranan dan tanggungjawab ditetapkan secara tegas.
- Norma berasaskan pematuhan.
- Program sekolah dilaksana berasas logik tidak berasas.
- Kurang inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Pencapaian pelajar ke arah kemerosotan.
- Staf sentiasa stres.

8. Kepemimpinan ” Laissez Faire”.
- Guru-guru melaksana program yang tidak berkaitan (Bebas).
- Kurang perkongsian matlamat, visi dan misi.
- Bersifat individualistik, kurang kerja sepasukan teapi bekerja berpasukan.
- Peranan dan tanggongjawab tidak dimuktamadkan.
- ”Tompokan” inovasi berdasar kelas cemerlang dan kelas lemah.
- Pencapaian keseluruhan pelajar lemah dan statik.

Pengetua Berkualiti.

1. Ada keinginan dan cita-cita untuk menjadi pemimpin contoh dan cipta sejarah indah.
2. Berkeupayaan meningkatkan keilmuan dan kemahiran berterusan.
3. Memiliki dan menghayati kualiti peribadi yang hebat dan disegani.
4. Mengutama prinsip bermusyawarah ke arah kerja berjemaah.
5. Mempunyai ketajaman minda dan kesucian hati.
6. Sentiasa menghayati doa dan tawakal.
7. Mengambil iktibar pemimpin terdahulu.


5 Citra Seorang Pengetua.

1. Diiktiraf (Recognise).
2. Disokong (Support).
3. Dihormati (Respect).
4. Diterima sepenuhnya (Accepted Unconditionally).
5. Dihargai (Appreciate).

Faktor Kritikal Kejayaan Pengetua Merealisasi Kecemerlangan Sekolah.

1. Kepemimpinan berwawasan, profesional dan bersifat transfomasional.
2. Kejelasan matlamat, visi dan misi.
3. Sumber diguna secara optimum dan berhemat.
4. Ada keberanian melaksana perubahan dan pejenamaan semula.
5. Keinginan dan berupaya melaksana proses input, throughput dan output.
6. Ada komitmen dan keazaman yang bersungguh-sungguh.
7. Kesanggupan bekerja secara luarbiasa.
8. Keyakinan diri dan sanggup melaksana pembaharuan.
9. Kesedaran kepada keperluan untuk berubah.
10. Membentuk Kumpulan Meningkat Mutu Kerja.
11. Memiliki kemahiran komunikasi berkesan.
12. Berupaya pupuk kemesraan.
13. Berpegang kepada prinsip keagamaan.


Rumusan Faktor Utama Kecemerlangan Sekolah.

1. Kesesuaian kepemimpinan pengetua
2. Pengetua sebagai pemimpin pengajaran.
3. Kepimpinan berwawasan dan profesional.
4. Kesungguhan guru melaksana proses pengajaran.
5. Pengajaran terarah.
6. Kesediaan pelajar hendak belajar.
7. Keadaan fizikal dan infrastruktur sekolah kondusif.
8. Hubungan erat dan semangat jati diri yang tinggi di kalangan guru, murid dan
ibu bapa.
9. Pemantauan pemajuan murid secara konsisten.
10. Fokus ke atas pengajaran dan pembelajaran sebagai tugas utama.
11. Mempunyai matlamat, visi dan misi bersama
12. Bekerja dengan niat yang betul.
13. Perkembangan staf sentiasa diberi keutamaan.

Ahad, 14 September 2008

KATA ALUAN.



Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Mari kita bersama memanjat kesyukuran kehadirat Allah S.W.T kerana majalah SEMARAK kali ke-6 tahun 2008 telah berjaya diterbitkan.

Saya mengucap tahniah dan syabas kepada sidang redaksi kerana telah berusaha dengan gigih untuk menerbitkan majalah tepat pada waktunya.

Seseorang guru perlu sentiasa menghayati 7 perkara berikut:-

1. Sentiasa memikirkan masa depan muridnya.
2. Ada tahap kesabaran yang tinggi.
3. Bersifat pengasih dan penyayang.
4. Pupuk suasana seronok belajar.
5. Beri pengharapan baru.
6. Bentuk roh dan sahsiah terpuji.
7. Ada kapasiti mengubah murid menjadi yang terbaik.

Murid ibarat pokok yang ditanam perlu disiram dan dibajai dengan kasih sayang.Guru pula menjadi lautan yang luas dan murid menjadi ikan yang hidup di dalamnya.

Tugas dan tanggongjawab guru sebaiknya untuk memburu 5 perkara:-

1. Kesejahteraan.
2. Kecemerlangan.
3. Kerahmatan.
4. keberkatan.
5. Keredhaaan Allah S.W.T


Sekian, terima kasih.

Haji Zainuddin Bin Harun.
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku.

Rabu, 3 September 2008

BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA.

Masyarakat ‘Minda Kelas Pertama’ adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral.

Minda kelas pertama akan menghasilkan kerja kelas pertama. Kerja kelas pertama memerlukan individu yang memiliki pemikiran, emosi, perlakuan, sikap dan spiritual kelas pertama.

Definisi Budaya Kerja Kelas Pertama.

Amalan terbaik dan terpuji yang melebihi daripada kebiasaan.Ia merangkumi aspek pemikiran, pengurusan emosi dan dimanifestasikan melalui perlakuan, tindakan dan cara bekerja yang penuh integriti serta memuaskan kehendak pelanggan.

Budaya kerja kelas pertama dapat dijelmakan apabila individu dalam organisasi itu dapat memiliki dan menghayati 3 elemen kerja minda kelas pertama seperti berikut:-

(i) Cara berfikir dan pemikiran yang memberi kebaikan, kemudahan dan kesejahteraan
kepada kehidupan orang lain.
(ii) Cara merasa dan menghayati merujuk kepada kesedaran kendiri tentang apa yang
perlu dilakukan dan peka kepada keperluan dirinya, orang lain dan persekitaran.
(iii) Cara bertindak dan perilaku pula bertujuan untuk memenuhi kehendak pelanggan
seperti cepat, beradab, adil dan berintegriti. Perlakuan ini perlu menjadi
satu amalan kehidupan harian baik di dalam sehinggalah di luar waktu
pejabat.


Budaya kerja kelas pertama boleh diamalkan melalui 7 prinsip.

P – Pantas dan positif.
Mempunyai hasrat untuk melakukan sesuatu dengan cepat, responsif dan sentiasa
memikirkan langkah-langkah memaju dan mempertingkatkan kualiti diri sendiri,
perkhidmatan dan organisasi.

E – Empati.
Mempunyai kebolehan memahami bagaimana orang lain melihat dan merasa terhadap
sesuatu perkara. Perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan sekiranya kita berupaya
menghayati kehendak orang lain sebagaimana kita hendak orang lain melakukannya
terhadap diri kita.

R – Relevan.
Memastikan supaya tindakan dan perkhidmatan yang diberikan sentiasa diperbaharui.
Penambahbaikan perlu berterusan supaya sesuai dengan kehendak semasa.

D – Daya Saing.
Mempunyai kelebihan dan keunikan tertentu dalam menyampaikan perkhidmatan agar
sentisa diingati, dihargai dan mampu bersaing sehingga bertaraf dunia.


A – Amanah, Adil dan Integriti.
Melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan amanah, adil dan berintegriti.
Ia dapat direalisasikan melalui pembinaan akhlak, moral dan budi pekerti mulia menerusi
pengamalan kerohanian, etika serta nilai murni.


N – Nilai Tambah dan Kelaianan.
Sentiasa mencipta kelainan dan memberi nilai tambah dalam diri individu, kumpulan dan
organisasi ketika menyampaikan perkhidmatan.


A – Arif dan Berilmu.
Melakukan sesuatu tindakan atau keputusan yang bijaksana dan mengamalkan
pembelajaran berterusan bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan.



Proses 5P Pembentukan Budaya Kerja Kelas Pertama.

Pemikiran - Berfikir positif, rasional dan bijaksana serta bersedia membantu dengan segera
serta mengutamakan tugas dan tanggungjawab daripada kepentigan peribadi.


Penyedaran - Individu itu sedar untuk melaksana tugas dan tanggungjawab dengan cara
terbaik. Sentiasa sedar dan menghayati bahawa kerja itu satu amanah dan
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Beliau sedar bahawa perlakuan positif
yang dilakukan memberi manfaat kepada dirinya dan orang lain.


Perlakuan - Seseorang itu akan terdorong melakukan amalan baik apabila dia sedar kesan
setiap pebuatannya. Pelanggannya sentiasa dibantu dengan sebaik mungkin.


Pengekalan - Perlakuan yang positif terus dikekalkan dan dilakukan secara berulang-ulang
pada masa yang diperlukan. Perlakuan itu menjadi amalan sepanjang masa.


Pembaharuan
Imej - Individu yang kekal dengan perlakuan yang baik akan mempamerkan imej baru
yang positif, sopan dan ceria berbeza daripada sebelum tercetusnya pemikiran
untuk berubah. Secara tidak langsung, perlakuan itu akan menjadi budaya
kerjanya kerana telah diamalkan dan dilakukan secara berterusan.


5 Langkah Pengukuhan Budaya Kerja Kelas Pertama Di Dalam Organisasi.

1. Penyediaan persekitaran kondusif.
2. Pembangunan sistem kerja berkesan.
3. Peningkatan kemahiran dan kompetensi anggota.
4. Pembentukan gaya bekerja.
5. Perkongsian kefahaman dan nilai.

Isnin, 18 Ogos 2008

INTEGRITI DALAM PENDIDIKAN.

1. Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu anggota perkhidmatan pelajaran dan organisasi pelajaran berlandaskan etika dan piagam pelanggan berdasar sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik.Kod etika dan piagam pelanggan diamal dan dihayati oleh anggota organisasi yang akhirnya menjadi budaya kerja organisasi. Melaksana amanah dan kuasa yang dipertanggungjawab dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam.

2. Guru bertanggungjawab mendidik murid untuk persediaan kehidupan mereka pada masa depan. Hubungan guru yang baik dengan murid yang berteraskan keikhlasan dan sifat penyayang akan memberi impak baik.Murid ibarat pokok yang ditanam perlu disirami dan dibajai dengan kasih sayang. Guru pula menjadi lautan yang luas dan murid menjadi ikan.Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau. Benih yang baik jatuh ke darat menjadi gunung. Guru juga perlu memupuk kerjasama dan permuafakatan dengan ibu bapa dan komuniti setempat.

3. Guru selaku pendidik perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap murid. Di antaranya ialah seperti berikut:-

a. Sentiasa memikirkan masa depan murid.
b. Ada tahap kesabaran yang tinggi.
c. Bersifat pengasih dan penyayang.
d. Pupuk suasana seronok belajar.
e. Beri pengharapan baru.
f. Bentuk roh dan sahsiah terpuji.
g. Ada kapasiti mengubah murid menjadi yang terbaik.

4. Fungsi guru memupuk integriti:-

a. Sebagai pendidik (Muallim).
b. Sebagai a good motivator.
c. Sebagai a good coach.
d. Sebagai a good preacher (Murabbi).


5. Ditangan guru akan terletak satu amanah merealisasi misi nasional bagi mencapai wawasan dan matlamat negara dalam jangka masa 15 tahun akan datang. Teras kedua dan teras ketiga menyatakan peranan pendidikan secara langsung.Teras kedua meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’. Dan teras ketiga menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. Guru berkeupayaan melahirkan modal insan kelas pertama bila bekerja dengan niat yang ikhlas dan ada sifat penyayang terhadap murid-muridnya yang tertanam di sanubarinya.
Minda kelas pertama adalah ciri-ciri modal insan yang akan memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.Ia merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik ke arah pembangunan tamadun dengan acuan imej tersendiri.

6. Tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah melalui peningkatan terhadap keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, pengukuhan keupayaan sains, R&D dan inovasi serta pembentukan masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.Dalam konteks ini pendekatan guru mengajar dan murid belajar perlu dijadikan amalan profesyen guru di sekolah.Guru yang berintegriti dan beretika sangat diperlukan dalam pendidikan.Etika dan integriti yang dimiliki oleh seseorang guru akan menjadikan seseorang guru itu bertanggungjawab kepada Tuhannya.


Terima kasih cikgu !

Ahad, 17 Ogos 2008

MENGORAK LANGKAH MEMBURU KECEMERLANGAN.



1. Rukun Kejayaan dan laluan kecemerlangan pelajar.

S - Sikap positif dan sanggup berkorban serta berubah seiring dengan keperluan semasa
dan masa akan datang.
M -Memiliki matlamat dan wawasan yang jelas.
A - Azam dan kemahuan yang kuat untuk kejayaan dan kecemerlangan.
R - Rancangan yang strategik dengan pengurusan masa yang sistematik.
T- Tekun, tawakal dan istiqamah.
S - Sentiasa berdoa dan berhajat kepada kejayaan dan kecemerlangan dalam semua kerja buat
sebagai seorang pelajar.

2. Aktiviti sokongan.

D - Doa.
U - Usaha gigih.
I - Iltizam (Komitmen) / ingin.
T - Tawakal.

3. Langkah yang perlu diambil secara strategik dan bersepadu.

a. Penentuan dan penetapan TOV (take off Value).
b. Pelaksanaan OTI (Operational Targeted Increament).
c. Pencapaian ETR (Expected Target Result).
d. Pencapaian sebenar keputusan peperiksaan awam ATR (Actual Target Result).


4. Melaksana aktiviti SATU.

S - Sedia.
A – Awal.
T – Tumpuan.
U – Ulangkaji.

5. Mengamalkan budaya SEMUT.

S – Sentiasa berusaha dengan gigih.
E – Efisen.
M – Melaksana kerja dengan tekun.
U – Urusan dibereskan tanpa berlengah.
T - Tanggungjawab disempurnakan sebaik mungkin.

6. Peranan ibubapa memastikan anak belajar di rumah.

a. Dorongan.
b. Beri semangat dan galakkan serta nasihat.
c. Kawalan.
d. Pemantauan.
e. Jalin permuafakatan dengan guru.

7. Peranan guru di sekolah memastikan guru mengajar dan murid belajar.

a. Mengajar dengan bestari.
b. Mendidik dengan berhemah.
c. Membimbing dengan bijaksana.
d. Menerap konsep penyayang.

8. Peranan PIBG.

1. Permuafakatan guru, ibubapa dan pelajar.
2. Kerjasama.
3. Sumbangan kewangan, tenaga dan moral.

9. Peranan pelajar.

a. Belajar bersungguh-sungguh secara berkesan.
b. Berdisiplin, berbudi pekerti dan bersahsiah mulia.
c. Taat kepada agama dan Tuhan.
d. Taat kepada ibubapa.
e. Taat kepada guru.
f. Berilmu dan berintelek.
g. Bersemangat sukan ’Sportmanships’ dan ’Sporting’.
h. Fokus kepada wawasan diri ( Pada tahun 2009 saya akan............).
i. Mantap IQ, EQ, SQ dan ESQ. Kejayaan seorang pelajar bukan 100% bergantung kepada IQ
tetapi lebih kepada sikap (ESQ).

10. Santapan Minda.

a. 3 Elemen Kecemerlangan.

1. Extra Might – Kekuatan ilmu pengetahuan, Kemahiran tinggi dan keinginan tanpa
batasan.
2. Extra Mind - Kebijaksanaan menyelesai masalah dan membuat keputusan.
3. Extra Mile - Berpandangan jauh dan mempunyai high perfomance speed dan high
Performance work culture untuk mengelola, melaksana dan menillai.

b. Elemen Sokongan.

1. Pantauan emosi (EQ).
2. Ilmu pengetahuan (IQ).
3. Kesedaran sosial (SQ).
4. kekuatan dalaman (ESQ).

11. Jelas hala tuju dan destinasi terakhir.

a. Matlamat - Membina kekuatan dalaman dan berjaya dengan cemerlang.
b. Visi - Muncul sebagai insan luar biasa, hebat dan bagus dengan kekuatan IQ, EQ,
SQ dan ESQ.
c. Misi - Berguna untuk mencapai matlamat dan visi bagi diri sendiri, ibu bapa, guru,
agama , bangsa dan negara.

12. Ciri pelajar yang berjaya dan cemerlang.

a. Mendorong diri serta sanggup menerima perubahan dan cabaran.
b. Membentuk motivasi dan berkeupayaan meningkatkan semangat belajar secara konsisten.
c. Boleh berubah dari malas kepada rajin, berusaha untuk cemerlang tanpa putus asa dan
tidak berkompromi.
d. Membina keakraban untuk cemerlang bersama guru dan rakan sekolah.

13. Punca pelajar tidak cemerlang.

a. Main-main dan buang masa.
b. Tiada imaginasi.
c. Tidak kreatif.
d. Selekeh, sambil lewa dan tidak ada minat belajar.
e. Tiada kekuatan IQ, EQ, SQ dan ESQ. Malas berusaha dan selesa berada ditakok lama.
f. Jenis kena rangsang dan motivasi.
g. Beranggapan diri sendiri adalah yang terbaik, bangga diri dan suka memperlekeh serta
merendahkan orang lain.


14. Apakah yang perlu dilaksana dan menjadi kemestian pelajar.

a. Musyaratah - Membuat perjanjian diri.
b. Muaqabah - Sendiri mendidik diri.
c. Muraqabah - Merasai kehadiran Allah.
d. Muhasabah - Menilai diri sendiri.
e. Mujahadah - Berusaha bersungguh-sungguh.
f. Mu’atabah - Menahan diri dari segala kekejian.


15. Waktu bagi manusia.

1. Untuk anda bersama Tuhan.
2. Untuk anda memperkasa diri.
3. Untuk anda menikmati semua hasil usaha anda.


16. Belajar sebagai satu fisabilillah.


TIDAK MUDAH UNTUK BERJAYA DAN CEMERLANG.
TIDAK SUSAH UNTUK GAGAL DAN KECUNDANG.

Selasa, 12 Ogos 2008

PENGETUA BERKUALITI SEBAGAI PENERAJU SEKOLAH BERKESAN

Pengetua perlu melaksana 8 tanggungjawab teras pada setiap masa. Di antaranya ia lah seperti berikut:-

1. Pengurusan Kurikulum.
2. Pengurusan ko-kurikulum.
3. Pengurusan Hal Ehwal Murid.
4. Pengurusan Pejabat.
5. Pengurusan Kewangan.
6. Pengurusan Staf.
7. Pengurusan Fizikal dan Kemudahan Sekolah.
8. Pengurusan komuniti.

Oleh itu pengetua perlu menyedari dan menghayati peranan sebagai seorang pengetua. Di antara peranan yang boleh dilaksana ia lah sebagai pemimpin,fasilitator, motivator, pengurus, penyelesai masalah, perancang, penyelia, pemantau, pengelola, penilai dan seumpamanya. Pengetua perlu membuat refleksi peranan dan tindakan terhadap 8 aspek pengurusan. Kemudian membuat penilaian tahap KPI dan tahap kepuasan pelanggan terhadap pelaksanaan pengurusan tersebut. Pengetua sebagai pemimpin berkualiti menggunakan formula 5W dan 2H (what, why, who, when, where, how dan how long) apabila melaksana pentadbiran, mengurus dan memimpin surbodinat.

Pengetua mesti melaksana penilaian dan penarafan pengurusan sekolah berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah. SKPM-Sekolah diperihalkan dalam 12 elemen dan dikelompokkan ke dalam empat dimensi seperti berikut:-

DIMENSI I : HALA TUJU KEPEMIMPINAN.
Elemen 1 : Visi dan Misi.
Elemen 2 : Kepemimpinan.

DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI.
Elemen 3 : Struktur Organisasi.
Elemen 4 : Perancangan.
Elemen 5 : Iklim.
Elemen 6 : Pengurusan dan Pembangunan Sumber.
Elemen 7 : Pengurusan Maklumat.

DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN.
Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum, Ko-Kurikulum dan Hal Ehwal Murid.
Elemen 9 : Pengajaran dan Pembelajaran.
Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid.
Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid.

DIMENSI IV : KEMENJADIAN MURID.
Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Ko-Kurikulum dan Sahsiah.


Tiga elemen penting yang perlu ada pada seseorang pengetua untuk menjadi pengetua berkualiti ia lah seperti berikut:-

1. Extra Mind - Kebijaksanaan menyelesai masalah dan membuat keputusan.
2. Extra Might – Kekuatan ilmu pengetahuan, kemahiran dan komitmen.
3. Extra Mile – High Performance Speed dan High Performance Work Culture dalam
merancang, mengelola, melaksana, mengawal, memantau dan
menilai.

Tiga elemen ini perlu kepada elemen sokongan seperti kekuatan rohani, jasmani, pantauan emosi dan ilmu pengetahuan.Pengetua berkualiti perlu mempunyai kejelasan hala tuju kepemimpinannya. Maka perlu ada matlamat, visi dan misi. Membina kekuatan dalaman untuk berubah.Muncul sebagai insan luar biasa, bagus dan hebat sekali melalui kekuatan minda serta berguna untuk diri sendiri dan orang lain.

Pengetua berkualiti perlu mempunyai objektif diri sendiri untuk menjadi pemangkin kecemerlangan dengan mendorong diri sendiri menjadi orang baru yang sanggup menerima perubahan.Berkeupayaan membentuk motivasi diri untuk meningkatkan profesionalisme.Menjadi berbeza daripada sebelumnya dan membina keakraban demi kecemerlangan sekolah. Kepemimpinan pengetua akan mengarca 5 situasi sekolah.


5 situasi sekolah.

1. Sekolah Bergerak (Moving School).

· Menggalakkan kemajuan dan perkembangan murid.
· Bekerja bersama ke arah perubahan dan terus berkembang.
· Matlamat sekolah jelas, memiliki semangat, kekuatan dan kemahiran untuk menjadi sekolah berkesan.

2. Sekolah Mengekal Prestasi (Cruising School).

· Mengambarkan kualiti keberkesanan sekolah.
· Lazimnya terletak di kawasan-kawasan mewah.
· Murid-murid menunjukkan pencapaian tanpa kebergantungan kepada kualiti pembelajaran.
· Tidak menyediakan murid-murid untuk menghadapi dunia yang berubah dan lebih selesa mempertahan status sedia ada.


3. Sekolah Berkembang Sederhana (Strolling School).

· Berada pada tahap di antara berkesan dan tidak berkesan.
· Bergerak perlahan untuk meningkatkan perubahan.
· Matlamat yang kurang jelas dan kekadang bercanggah serta membawa kesan negatif kepada peningkatan kemajuan sekolah.


4. Sekolah Merangkak (Struggling School).

· Di ketahui umum tidak berkesan.
· Masa dan tenaga digunakan untuk menyelesaikan masalah.
· Kepakaran tidak diguna secara effektif dan sentiasa berusaha dan mencuba pelbagai pendekatan kaidah.
· Sekolah ini akhirnya akan berjaya.


5. Sekolah Tenggelam (Sinking School).

· Tidak berkesan dan dihantui oleh pelbagai masalah.
· Staf tidak produktif dan tidak boleh berubah.
· Sekolah ini di kawasan terpinggir dan tidak dipedulikan.
· Memerlukan sokongan yang dramatik dengan sokongan penuh semua pihak.


Faktor-Faktor Mempengaruhi Kemajuan Sekolah.

1. Kesesuaian kepemimpinan pengetua.
2. Kesungguhan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Kesediaan murid hendak belajar.
4. Keadaan fizikal dan infrastruktur sekolah yang lengkap dan kodusif.
5. Sokongan ibubapa dan komuniti setempat.

PENGETUA SEBAGAI KEPIMPINAN SEKOLAH

Pengetua sebagai pemimpin sekolah perlu memainkan peranan sebagai kepimpinan profesional.Kecemerlangan dan kelestarian kepemimpinan bermula dengan peranan pengetua.Pengetua yang mempunyai kualiti dan tret atau ciri peribadi yang baik akan dapat mempamer gaya kepemimpinan yang baik, cemerlang, berkesan dan lestari.

Pengetua mesti memiliki kredibiliti dan kompeten dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan dan kepemimpinan.Oleh itu pengetua akan mendapat kepercayaan, kebergantungan, keyakinan , sokongan, kesepakatan bekerja dan dapat meningkatkan kesetiaan serta komitmen daripada anggota organisasi, pelanggan dan stakeholders.

Pengetua sebagai kepimpinan pendidikan di sekolah bertanggungjawab dan diamanahkan kemenjadian murid-muridnya untuk memperolehi ilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi dan memiliki kepintaran pelbagai (Multiple Intelligence),bersahsiah cemerlang serta dapat menjadi sumber tenaga kerja yang compatible dengan pasaran kerja dan menjadi modal insan kelas pertama.

PERANAN PENGETUA

1. Pengetua sebagai pemimpin utama di peringkat sekolah diberi peranan melaksanakan pendidikan berkualiti dan cemerlang.Oleh itu pengetua perlu berusaha meningkatkan dan memantapkan tahap profesionalime dengan memiliki dan mengamalkan Ilmu Teori Pengurusan Sekolah terkini.Ilmu Teori Pengurusan Sekolah yang dimiliki akan membantunya bersikap profesional. Pengetua akan dapat bertindak tangkas dan berkesan serta membuat keputusan berteraskan etika dan moral professional pendidikan. Sekaligus dapat menangani segala isu kependidikan dan dapat menyelesaikan masalah sekolahnya dengan pemikiran rasional secara profesional.Keadaan ini berbeza dengan pengetua di zaman pra-merdeka yang melaksanakan tugas semata-mata mentadbir dan mengurus sekolah. Pengetua tersebut terjebak dengan tugas rutin dan formal serta bergantung kepada naluri, stail kepimpinan dan perwatakan sendiri.
2. Pengetua secara tersurat memainkan peranan sebagai ketua pentadbiran, pengurus dan pemimpin sekolah. Melaksana tugas menyelia pelaksanaan kurikulum sekolah selaras Dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan, menyelia pelaksanaan program pendidikan sekolah dan memberi khidmat sokongan, memberi kepimpinan profesional kepada semua staf sekolahnya dan mempereratkan kerjasama pihak sekolah dengan masyarakat melalui organisasi seperti Persatuan Ibubapa dan Guru.
Perubahan pesat dalam pendidikan di Malaysia dekad ini telah mendesak pengetua melaksana perubahan menjadi kepimpinan instruksional dengan menguasai aspek-aspek teknikal pengajaran dan pembelajaran, melaksana penyeliaan pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah, mentadbir dan mengurus perhubungan kemanusiaan serta melaksana inovasi pendidikan ke arah membina generasi baru yang berupaya menghadapi cabaran-cabaran abad ke-21.
3. Pengetua semestinya tidak boleh hanya berperanan sebagai pentadbir dan pengurus sahaja. Pengetua mesti bertindak sebagai pemimpin pendidikan di sekolahnya.Kepemimpinannya menentukan halatuju sekolahnya.Kepemimpinannya mencorak citra sekolahnya. Peranannya mengarah, mengelola, menyelia, membimbing dan menyelesai masalah bersama guru dan staf sokongan akan memancu ke arah pencapaian visi sekolah. Stail kepimpinan yang berlandaskan prosedur kerja sahaja dan berpegang kepada pendirian bahawa pengetua sentiasa betul dan benar tidak sesuai diamalkan. Pengetua perlu menggunakan kreativiti dengan menghayati reflective rationality dan semangat syura yang berorientasi pelanggan. Pengetua sebagai the central figure dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah berperanan sebagai pemimpin instruksional serta menjadi tempat rujukan, pakar runding, tempat berbincang dan berbicara, tempat rujukan, tempat mendapat khidmat nasihat sebagai kepimpinan instruksional.
4. Pengetua sebagai peneraju sekolah mesti memahami dengan jelas konsep dan idea yang boleh dijadikan asas dan panduan dalam mengurus sekolah.Di antaranya Sekolah Berkesan, Sekolah Berwatak, School view, Class view, Back to basic, Guru mengajar-Murid belajar dan Let manager’s manage dan seumpamanya. Pengetua mesti boleh memahami isu-isu pendidikan dan persekolahan agar dapat merealisasi pendidikan berkualiti untuk murid-murid di sekolahnya. Di samping itu dapat melahirkan the gentlemen, scholars and sportman melalui perancangan strategik sekolah.
5. Pengetua berperanan sebagai role model dan dapat mendorong guru berusaha dengan penuh keghairahan melaksana misi bagi mencapai visi sekolah dengan menjalin dan mengadun tenaga guru dalam satu pasukan kerja. Pengetua memberi inspirasi dan motivasi kepada guru untuk bekerja secara sukarela dan dalam suasana ceria serta berasa kepuasan apabila aktiviti sekolah dapat dilaksana dengan berkesan dan mencapai hasil yang cemerlang berdasar KPI yang telah ditetapkan.
6. Pengetua berkeupayaan melaksana permuafakatan strategik pendidikan di antara PIBG dan NGO yang terlibat secara langsung dengan usaha pembangunan dan kemajuan pendidikan termasuk agensi kerajaan dan swasta. Permufakatan strategik pendidikan dilakukan menerusi aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh warga sekolah dengan pihak yang dilibatkan dalam hal yang disepakati dan dilaksanakan sesuai dengan keperluan dan kemudahan di peringkat sekolah. Permuafakatan strategik pendidikan perlu ada networking, kepakaran, sumber, kemudahan, pengalaman intitusi dan organisasi. Kemudian dibina pasukan petugas menjayakan satu-satu usaha yang telah disepakati bersama. Pemuafakatan strategik pendidikan mesti diinstitusikan agar berlangsung secara berkekalan dan berterusan serta sentiasa dibugarkan.
7. Pengetua mesti membuat analisis swot dan analisis persekitaran sekolahnya.Mengenalpasti kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang di sekolahnya. Sekaligus menyusun perancangan dan langkah menangani kelemahan dan ancaman.Mengembleng kekuatan dan menggunakan peluang yang ada mengatasi kekangan-kekangan di sekolah dan persekitarannya dengan mengarca , memeta dan merencana visi dan misi melalui pelaksanaan perancangan strategik sekolah. Visi dan misi sekolah dipersembahkan dalam bentuk mudah difahami dan boleh diterima serta dihayati bersama oleh seluruh warga sekolah. Pengetua mesti berkeupayaan menggunakan kedudukan, pengaruh, kebijaksanaan, berkeupayaan memujuk, kekuatan menggerak dan kemahiran mengurus, mentadbir dan memimpin serta melentur perbezaan dan kelainan di kalangan guru sekolahnya.
8. Pengetua berperanan mewujudkan dan melaksana perkhidmatan penyayang di sekolah. Pengetua menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan yang diberikan oleh warga sekolah. Perkhidmatan penyayang boleh memotivasi dan membangkit serta menbugarkan semangat guru-guru bekerja dan melahirkan perasaan penghormatan kepada kepemimpinan pengetua.


BEBERAPA CIRI PENGETUA BERKESAN

1. Pengetua memiliki sense of mission dan sense of purpose, berwawasan, jelas halatuju dan matlamat yang hendak dicapai oleh sekolah melalui pernyataan visi dan misi sekolahnya.Berkeupayaan menjelaskan kepada warga sekolah dan komuniti setempat tentang visi dan misi sekolah dengan amalan walk the talk iaitu kepimpinan melalui teladan. Bertindak sebagai strategist yang berkesan dan memiliki kecekapan merangka strategi supaya dapat menjamin visi dan misi yang tersurat dan tersirat tercapai.Berupaya mengemblengkan segala sumber yang ada di sekolah secara maksimum dan bertindak pantas menangani kekurangan dan kekangan yang akan mengagalkan pencapaian visi.
2. Pengetua menjadi ketua guru dan ketua pedagogi serta mempunyai kemahiran membimbing guru dan bertindak sebagai pedagogical innovator. Mempunyai personaliti dan kekuatan minda dari segi intelek dan ilmu bagi menghadapi cabaran serta dapat membuat keputusan dengan tangkas dan tepat.
3. Pengetua memiliki kemahiran berkomunikasi interpersonal dengan baik dan berfikir reflaktif, kreatif dan konstruktif serta beriltizam,beristiqamah dan sanggup bermujahadah dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab.Pengetua yang berkemahiran komunikasi dan diplomasi boleh meraih sokongan guru dan sekaligus menggalakkan penglibatan ibubapa serta komuniti setempat dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan sekolah.
4.Pengetua berpijak pada landasan yang tepat dan disokong oleh sifat muaddib, murrabbi dan mursyid serta memiliki sahsiah bercirikan insan cemerlang. Bijak memimpin, berakhlak terpuji, mempamer teladan yang baik dan berketrampilan serta bersikap amanah, bertanggungjawab, proaktif dan bersikap profesional.
5. Pengetua diiktiraf dan mendapat pengiktirafan umum bahawa sekolah yang ditadbir, diurus dan dipimpinnya menepati konsep sekolah dan tidak dipesepsikan dengan gambaran lain. Seiring dengan pengiktirafan perlu mempunyai iklim dan persekitaran kondusif dan kemantapan pencapaian akademik yang lahir sebagai satu pembudayaan atau etos sehingga wujud perhubungan yang harmoni di kalangan warga sekolah, pelanggan dan stakeholders.
6. Pengetua mempunyai stail kepemimpinan yang dapat menarik sokongan dan kerja sepasukan, berpesonaliti, ada ketokohan dan world view pendidikan yang luas.Pengetua berkelulusan, berilmu dan berkemahiran berkaitan Ilmu Teori Pengurusan Sekolah yang tinggi dan boleh digunasama. Pengetua mempunyai komitmen tinggi dan mendapat pengiktirafan guru, murid dan komuniti setempat serta mempunyai kesihatan yang baik dan sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.


MASALAH DAN CABARAN PENGETUA KINI

1. Pengetua bersikap kurang peka dan kurang positif terhadap memajukan diri dari segi keilmuan profesional, lemah peribadi dan gaya kepemimpinan serta mempunyai mutu kepimpinan yang lemah.Pengetua berprestasi rendah memiliki kekurangan dari segi kemahiran untuk mengenalpasti amalan pengajaran berkesan. Ada Pengetua yang tidak dapat memberi sokongan atau bimbingan pedagogi secara terperinci kepada guru oleh sebab mereka kurang pengetahuan yang diperlukan.
2. Pengetua tidak dapat memberangsangkan dan memotivasi guru untuk meningkatkan kecekapan sebagai kepimpinan bilik darjah dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid.
3. Pengetua kurang memberi tumpuan khusus melaksana tugas sebagai kepimpinan instruksional.Penyeliaan dan pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah bukan agenda utama.Kebanyakannya hanya melaksana tugas rutin sebagai pentadbir sekolah dan ceremony leaders sahaja.
4. Pengetua menghadapi masalah kekurangan resos bahan, ruang, kewangan dan manusia yang membantut kemajuan sekolah. Masalah ini amat ketara di kalangan pengetua sekolah di luar bandar. Keadaan menjadi kronik bila mana pengetua kurang menjalin hubungan dan tidak mendapat sokongan ibubapa dan masyarakat setempat.Dengan sumber terhad tidak ada banyak tugasan dapat dilaksana.Sekolah itu menjadi sinking school.
5. Pengetua melaksana tugas sebagai pentadbir dan pengurus sekolah mengikut kebiasaan dan kelaziman. Mereka terperangkap dengan kerja-kerja biasa dan tugas-tugas rutin. Kerja perancangan kurikulum, pengurusan pedagogi, perencanaan ko-kurikulum berkesan dam pemasyarakatan sekolah tidak diberi tumpuan serta tidak termasuk dalam jadual kerja pengetua.
6. Pengetua kurang pengetahuan dalam bidang pengurusan strategik dan tidak biasa mengamalkan budaya R&D dan tidak melaksana cara-cara pengurusan moden serta tidak melaksanan pemuafakatan Smart Partnerships untuk manafaat sekolah.
7. Pengetua kebanyakannya berumur lebih 50 tahun ke atas dan sentiasa terdedah kepada masalah kesihatan. Pengetua yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai tugas dan segala macam masalah serta beranika kekangan akan mudah terdedah kepada stres yang akan menganggu tugasan sebagai kepimpinan sekolah berkesan.
8. Pengetua terperangkap dalam sempadan sekolahnya sendiri dan tidak melaksanakan dasar pintu terbuka dengan mengadakan koloboratif dengan rakan pengetua lain. Tidak berusaha untuk berkongsi pengalaman dan idea baru. Pengetua secara sedar atau tidak sedar telah membina sempadan lingkungan kerja sendiri. Berasa selamat atau terasing sama ada mempertahankan sempadan yang memagari atau memencil serta mengasing sekolah. Pemuafakatan strategik dengan pihak yang boleh memberi keberkesanan dan keberhasilan program pendidikan sekolah dirasakan akan mengancam kewibwaan sendiri atau ada rasa malu sendiri.


KESIMPULAN

Pengetua memainkan peranan penting ke arah menjadikan sekolahnya sebagai sekolah berkesan.Pengetua menjadi faktor penentu kejayaan sekolah.Kepemimpinan pengetua akan menentukan kemenjadian sekolah berkesan.Sekolah itu menjadi moving school.Ibubapa dan murid menaruh harapan yang tinggi kepada sekolah itu.
Sekolah berkesan ialah sebuah sekolah yang berjaya menghasilkan murid yang berjaya dalam aspek akademik, ko-kurikulum, pembangunan sahsiah dan kemahiran sosial melalui pemupukan budaya tradisi dan watak sekolah itu sendiri.

Peter Mortimer (1995) telah mengemukakan sebelas faktor sekolah berkesan.

1. Kepimpinan profesional.
2. Perkongsian visi dan matlamat.
3. Persekitaran pembelajaran.
4. Tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran.
5. Pengajaran bermatlamat.
6. Harapan yang tinggi terhadap pencapaian pelajar.
7. Pengukuhan positif.
8. Pemantauan kemajuan.
9. Hak dan tanggungjawab pelajar.
10. Hubugan rapat keluarga – sekolah.
11. Organisasi pembelajaran.

Sekolah berkesan mempunyai pengetua sebagai kepimpinan instruksional yang memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran bermatlamat. Pengetua berkemahiran mengurus perubahan sekolah dari segi konsep dan idea kepada perlakuan dan tindakan serta mengadunkan faktor-faktor di bawah kawalan kepada perubahan pendidikan berkualiti. Sekolah menjadi moving school yang dianggap sebagai sekolah berkesan.Sekolah berkesan akan menjelmakan perwatakan tersendiri melalui etos sekolah.Murid-murid akan dibentuk supaya mempunyai perwatakan cemerlang seperti berbudi pekerti mulia, berpegang kepada prinsip agama dan Tuhan, berilmu dan mempunyai tahap intelektual yang tinggi, memilikki ketahanan fizikal, semangat kesukanan (sportmanships) dan kegiatan luar dengan berpaksi disiplin yang kental. Sekolah boleh menjadi sekolah berkesan apabila pengetua menjadi pengetua berkesan.

Jumaat, 1 Ogos 2008

KEPIMPINAN VISIONARI.

Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif tertentu. Kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka supaya mereka bekerja dan berusaha ke arah mencapai matlamat organisasi.

Pemimpin yang berjaya mendorong semangat dan berupaya melaksana fungsi membina wawasan yang jelas dapat menyakinkan pengikut untuk menyelesaikan masalah bagi mencapai matlamat organisasi.Bagaimana fungsi membina wawasan membantu seseorang pemimpin merealisasikan matlamat organisasi bergantung kepada keupayaan pemimpin membayangkan masa depan organisasi.

Pemimpin itu berupaya melibatkan dan meningkatkan penyertaan pengikut dengan mengamalkan apa yang dikata dilaksanakan. Pemimpin dapat mengurus organisasi dengan baik dan berpuas hati dengan perubahan yang dilakukan serta memiliki perwatakan kepimpinan yang berilmu, berpengalaman dan berwawasan. Pemimpin berwawasan sedar terhadap realiti semasa dan melihat masa depan dengan positif serta dapat menjana halatuju organisasi dan tugas utama dengan jelas dan berkesan.

Pemimpin organisasi dapat menetapkan halatuju dan matlamat organisasi dengan jelas dari segi penetapan segala visi dan misi.Berkeupayaan mengekploitasi segala resos yang ada di dalam organisasi serta melaksana strategi berdasarkan resos yang ada. Resos digembleng secara optima.

Pemimpin yang melaksana fungsi kepimpinan dengan membina wawasan biasanya akan menentukan sasaran kerja utama, mengenalpasti siapa pelanggan, membina pernyataan visi dan misi organisasi. Visi dijadikan sebagai asas untuk organisasi bergerak di landasan yang betul. Misi sebagai wahana penentu apakah bidang kerja utama, siapakah ahli organisasi dan apakah yang hendak dicapai. Ini memudahkan matlamat organisasi dicapai.

Pemimpin yang melaksana fungsi kepimpinan melalui usaha membina wawasan mempunyai pandangan menyeluruh mengenai tugas utama. Pemimpin dapat merangsang dan merancang sesuatu wawasan terhadap apa yang ingin dicapai dalam jangka masa pendek dan jangka panjang. Dalam konteks ini pemimpin menentukan kemenjadian organisasi. Contohnya, dengan adanya wawasan, pemimpin organisasi dapat merangka perancangan tentang strategi-strategi termasuk keperluan resos manusia, kewangan dan kemudahan sedia ada untuk mengurus organisasi secara berkesan. Ke arah mencapai matlamat organisasi.

Kepimpinan yang berwawasan mesti bersikap positif dan bersedia ditegur serta dapat menerima teguran membina secara terbuka. Berfikiran terbuka boleh menjadi faktor kekuatan seseorang pemimpin organisasi. Peminpin organisasi akan sentiasa peka kepada soal kemanusiaan dan dapat mengenali diri ahli organisasi dari dekat. Mengambil tahu kebajikan dan masalah ahli organisasi. Pemimpin organisasi di lihat oleh ahli organisasi memiliki sifat mulia, prihatin dan ikhlas. Dapat mewujudkan sifat dan semangat kesepunyaan di kalangan ahli organisasi. Dengan itu mereka berusaha gigih untuk mencapai matlamat bersama.

Pemimpin dapat menyediakan pelbagai saloran komunikasi berkesan. Contohnya mengadakan penyebaran maklumat kepada semua ahli organisasi melalui proses difusi dan terapan. Membentuk norma kerja dan adab yang harus dipatuhi.Di samping itu memperkembangkan dan mengintegrasi aktiviti perancangan, pengelolaan, dorongan dan kawalan secara sistematik. Ahli organisasi akan tahu dan faham halatuju dan matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang atau dalam tempoh 3 tahun dan 5 tahun.

Pemimpin organisasi berdaya fikir futuristik dengan mempunyai keupayaan untuk membuat ramalan dan perancangan masa depan.Contohnya dapat menjangka tentang kewujudan sesuatu masalah dan mengambil daya usaha untuk mengatasi. Mengelola sumber yang terhad dengan berhemah serta menyelaras sumber dan resos yang ada untuk mencapai matlamat. Jika sumber dan resos tidak diekploitasi dengan berhemah dan betul boleh menjejas matlamat organisasi.

Pemimpin organisasi mendorong dan memberi bimbingan serta mempengaruhi orang bawahan untuk mencapai visi dan melaksana misi. Contohnya langkah dibuat dengan memilih kakitangan yang sesuai dengan memberi dorongan, bimbingan dan menggalakkan ahli organisasi melaksana kerja dengan bertanggungjawab dan dedikasi.Pemimpin memiliki corak dan gaya komunikasi berkesan. Contohnya melalui mesyuarat, interaksi dan mengamalkan prinsip perhubungan manusia yang ada sifat penyayang, mesra, jujur dan ikhlas. Dapat dilihat dan dirasai oleh ahli organisasi, pelanggan dan stakeholders.Pegalaman pemimpin dan ahli organisasi dikongsi bersama.Ini dapat memanafaat kepakaran dan kecekapan serta membuat keputusan dengan tangkas dan tepat untuk mencapai matlamat. Lantas dapat menyelesaikan masalah organisasi dan dapat mencapai matlamat organisasi dengan penyertaan dan peglibatan semua pihak.

Pemimpin organisasi berkeupayaan memberi dorongan dan membimbing kepada ahli organisasi. Dengan penuh keyakinan dapat menentukan dan menjamin segala aktiviti akan mencapai matlamat. Melaksanakan sistem pemantauan melalui penyeliaan dan kawalan berterusan segala aktiviti dan perlaksanaan aktiviti boleh mencapai matlamat organisasi.Sebab ahli organisasi dapat merasai dan sedar bahawa pemimpin sentiasa memerhati, menyelia dan memantau serta mengawal berterusan.

Pemimpin organisasi mencipta visi jangka pendek dan jangka panjang organisasi bagi tempoh masa 3 tahun hingga 5 tahun. Visi itu menyatakan apa yang ingin dicapai melalui perancangan masa depan dan ke arah manakah halatuju organisasi. Contohnya ahli organisasi dan stakeholder dapat memahami dan menghayati visi bersama.Pemimpin mengambil tanggungjawab membuat “Road Map” masa depan organisasi, menentukan posisi kejayaan masa depan organisasi, menyedia halatuju jangka pendek dan jangka panjang serta membina identiti organisasi yang kukuh.Contohnya organisasi itu dapat dikenali oleh pelanggan dan stakeholders.

Pemimpin organisasi dapat mengambarkan situasi yang lebih baik di masa depan berbanding dengan apa yang wujud sekarang. Dengan adanya visi yang jelas, ringkas, mudah difahami oleh ahli organisasi dan dapat dikongsi bersama pelanggan dan stakeholders akan halatuju sesebuah organisasi akan memberi kesan kepada emosi dan dapat mencipta serta merealisasikan kejayaan matlamat organisasi.

Sebelum perlaksanaan visi, langkah perlu diambil untuk merangka pra-perancangan visi berdasarkan pegangan dan nilai dengan mengambilkira keadaan persekitaran dalaman dan persekitaran luaran serta menentukan faktor kejayaan kritikal organisasi. Contohnya pernyataan visi dan misi organisasi dapat difahami, dikongsi dan dihayati oleh semua ahli organisasi dan memberi kepuasan kepada pelanggan dan stakeholders organisasi itu. Oleh itu matlamat organisasi dapat dicapai dengan mudah kerana difahami dan dikongsi serta dihayati bersama oleh ahli organisasi, pelanggan dan stakeholders.

Pemimpin organisasi menjadi sumber inspirasi dan menjadi teladan kepada ahli organisasi serta berjaya membawa perubahan ke arah kebaikan organisasi. Menjadikan perubahan sebagai agenda utama organisasi. Perubahan itu diketahui, dirasai dan memberi manafaat kepada organisasi, pelanggan dan stakeholders.

Pemimpin organisasi menyediakan insentif dan peluang kenaikan gaji, pangkat, keselesaan tempat kerja dan suasana kerja yang kondusif. Pemimpin organisasi memaklumkan dan merancang peningkatan prestasi ahli organisasi untuk meningkatkan kepuasan bekerja. Pemimpin organisasi mengamalkan teknik-teknik kepimpinan berkesan dan dapat meningkatkan motivasi.Contohnya kepimpinan yang melaksana fungsi membina wawasan perlu mengadakan sistem , peraturan- peraturan dan norma kerja organisasi serta adab yang perlu dipatuhi. Ini dapat memperkembangkan dan mengintegrasi aktiviti perancangan, pengelolaan, mendorong dan kawalan secara sistematik.Perancangan, pengelolaan, mendorong dan kawalan yang dilaksanakan melibatkan penentuan tindakan masa depan secara optima dengan menghubungkan masa yang ada sekarang dengan sesuatu yang hendak dicapai pada masa depan.

Pemimpin melaksana strategi berdasarkan visi dan misi organisasi. Strategi yang dilaksanakan dengan mengambilkira analisis situasi dan penjanaan strategi mengunakan tows matriks dapat membantu pelan tindakan yang dilaksanakan. Pemimpin mengambilkira indikator kejayaan yang sedia ada pada organisasi. Ini boleh menjadikan seseorang pemimpin organisasi cemerlang sebagai pemimpin yang memimpin organisasi dengan melakukan perkara yang betul dengan betul untuk orang yang betul pada masa yang betul dan tempat yang betul. Oleh itu matlamat organisasi dapat direalisasi. Contohnya pemimpin yang melaksana fungsi kepimpinan dengan cara membina wawasan dapat menyebabkan ahli organisasi berusaha merealisasi matlamat organisasi.

Pemimpin yang melaksanakan fungsi kepimpinan dapat menjadikan organisasi berkesan.Contohnya ada wawasan dan mempunyai matlamat bersama. Ada matlamat yang jelas, amalan-amalan yang tekal, kesejawatan dan berkerjasama. Pemimpin dapat mengenalpasti keperluan latihan staf dan menjalankan latihan dalaman jika dikenalpasti ahli organisasi kurang cekap. Di sekolah umpamanya, pengetua berwawasan akan merangka program khas kurikulum untuk pengukuhan, pengayaan dan pemulihan untuk mengatasi kelemahan murid dalam peperiksaan awam.

Untuk mecapai matlamat organisasi perlu pemimpin memainkan pelbagai fungsi kepimpinan. Perilaku pemimpin mesti mengambarkan struktur tugas, kuasa formal dan bekerja sepasukan.Dalam keadaan kecemasan diperlukan pemimpin autokratik bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.Dalam keadaan tiada kecemasan diperlukan pemimpin konsultatif. Dalam keadaan kecemasan pemimpin transaksi mesti bergantung kepada ahli organisasi yang berkemahiran di dalam sesuatu bidang tertentu. Keupayaan pemimpin mengenalpasti kemahiran yang dimiliki ahli organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.Begitu juga suasana kondusif ditempat kerja dan persekitaran luaran perlu diberi perhatian dan tumpuan oleh pemimpin organisasi. Contohnya ahli yang tidak bermotivasi, tidak berkemahiran, suasana kerja yang tidak kondusif dan persekitaran luaran yang tidak menentu, boleh menyebabkan matlamat organisasi tidak dapat dicapai. Ini menyebabkan hilang keyakinan pelanggan dan stakeholders terhadap organisasi.

Pemimpin yang berjaya mendorong semangat dan berupaya melaksana fungsi membina wawasan yang jelas dapat menyakinkan pengikut untuk menyelesaikan masalah bagi mencapai matlamat organisasi.Bagaimana fungsi membina wawasan membantu seseorang pemimpin merealisasikan matlamat organisasi bergantung kepada keupayaan pemimpin membayangkan masa depan organisasi.

Pemimpin itu berupaya melibatkan dan meningkatkan penyertaan pengikut dengan mengamalkan apa yang dikata dilaksanakan. Pemimpin dapat mengurus organisasi dengan baik dan berpuas hati dengan perubahan yang dilakukan serta memiliki perwatakan kepimpinan yang berilmu, berpengalaman dan berwawasan. Pemimpin berwawasan sedar terhadap realiti semasa dan melihat masa depan dengan positif serta dapat menjana halatuju organisasi dan tugas utama dengan jelas dan berkesan.

Pemimpin organisasi dapat menetapkan halatuju dan matlamat organisasi dengan jelas dari segi penetapan segala visi dan misi.Berkeupayaan mengekploitasi segala resos yang ada di dalam organisasi serta melaksana strategi berdasarkan resos yang ada. Resos digembleng secara optima.

Pemimpin yang melaksana fungsi kepimpinan dengan membina wawasan biasanya akan menentukan sasaran kerja utama, mengenalpasti siapa pelanggan, membina pernyataan visi dan misi organisasi. Visi dijadikan sebagai asas untuk organisasi bergerak di landasan yang betul. Misi sebagai wahana penentu apakah bidang kerja utama, siapakah ahli organisasi dan apakah yang hendak dicapai. Ini memudahkan matlamat organisasi dicapai.

Pemimpin yang melaksana fungsi kepimpinan melalui usaha membina wawasan mempunyai pandangan menyeluruh mengenai tugas utama. Pemimpin dapat merancang dan meransang sesuatu wawasan terhadap apa yang ingin dicapai dalam jangka masa pendek dan jangka panjang. Dalam konteks ini pemimpin menentukan kemenjadian organisasi. Contohnya, dengan adanya wawasan , pemimpin organisasi dapat merangka perancangan tentang strategi-strategi termasuk keperluan resos manusia, kewangan dan kemudahan sedia ada untuk mengurus organisasi secara berkesan. Ke arah mencapai matlamat organisasi.

Kepimpinan yang berwawasan mesti bersikap positif dan bersedia ditegur serta dapat menerima teguran membina secara terbuka. Berfikiran terbuka boleh menjadi faktor kekuatan seseorang pemimpin organisasi. Peminpin organisasi akan sentiasa peka kepada soal kemanusiaan dan dapat mengenali diri ahli organisasi dari dekat. Mengambil tahu kebajikan dan masalah ahli organisasi. Pemimpin organisasi di lihat oleh ahli organisasi memiliki sifat mulia, prihatin dan ikhlas. Dapat mewujudkan sifat dan semangat kesepunyaan di kalangan ahli organisasi. Dengan itu mereka berusaha gigih untuk mencapai matlamat bersama.

Pemimpin dapat menyediakan pelbagai saloran komunikasi berkesan. Contohnya mengadakan penyebaran maklumat kepada semua ahli organisasi melalui proses difusi dan terapan. Membentuk norma kerja dan adab yang harus dipatuhi.Di samping itu memperkembangkan dan mengintegrasi aktiviti perancangan, pengelolaan, dorongan dan kawalan secara sistematik. Ahli organisasi akan tahu dan faham halatuju dan matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang atau dalam tempoh 3 tahun dan 5 tahun.

Pemimpin organisasi berdaya fikir futuristik dengan mempunyai keupayaan untuk membuat ramalan dan perancangan masa depan.Contohnya dapat menjangka tentang kewujudan sesuatu masalah dan mengambil daya usaha untuk mengatasi. Mengelola sumber yang terhad dengan berhemah serta menyelaras sumber dan resos yang ada untuk mencapai matlamat. Jika sumber dan resos tidak diekploitasi dengan berhemah dan betul boleh menjejas matlamat organisasi.

Pemimpin organisasi mendorong dan memberi bimbingan serta mempengaruhi orang bawahan untuk mencapai visi dan melaksana misi. Contohnya langkah dibuat dengan memilih kakitangan yang sesuai dengan memberi dorongan, bimbingan dan menggalakkan ahli organisasi melaksana kerja dengan bertanggungjawab dan dedikasi.Pemimpin memiliki corak dan gaya komunikasi berkesan. Contohnya melalui mesyuarat, interaksi dan mengamalkan prinsip perhubungan manusia yang ada sifat penyayang, mesra, jujur dan ikhlas. Dapat dilihat dan dirasai oleh ahli organisasi, pelanggan dan stakeholders.Pegalaman pemimpin dan ahli organisasi dikongsi bersama.Ini dapat memanafaat kepakaran dan kecekapan serta membuat keputusan dengan tangkas dan tepat untuk mencapai matlamat. Lantas dapat menyelesaikan masalah organisasi dan dapat mencapai matlamat organisasi dengan penyertaan dan peglibatan semua pihak.

Pemimpin organisasi berkeupayaan memberi dorongan dan membimbing kepada ahli organisasi. Dengan penuh keyakinan dapat menentukan dan menjamin segala aktiviti akan mencapai matlamat. Melaksanakan sistem pemantauan melalui penyeliaan dan kawalan berterusan segala aktiviti dan perlaksanaan aktiviti boleh mencapai matlamat organisasi.Sebab ahli organisasi dapat merasai dan sedar bahawa pemimpin sentiasa memerhati, menyelia dan memantau serta mengawal berterusan.

Pemimpin organisasi mencipta visi jangka pendek dan jangka panjang organisasi bagi tempoh masa 3 tahun hingga 5 tahun. Visi itu menyatakan apa yang ingin dicapai melalui perancangan masa depan dan ke arah manakah halatuju organisasi. Contohnya ahli organisasi dan stakeholder dapat memahami dan menghayati visi bersama.Pemimpin mengambil tanggungjawab membuat “Road Map” masa depan organisasi, menentukan posisi kejayaan masa depan organisasi, menyedia halatuju jangka pendek dan jangka panjang serta membina identiti organisasi yang kukuh.Contohnya organisasi itu dapat dikenali oleh pelanggan dan stakeholders.

Pemimpin organisasi dapat mengambarkan situasi yang lebih baik di masa depan berbanding dengan apa yang wujud sekarang. Dengan adanya visi yang jelas, ringkas, mudah difahami oleh ahli organisasi dan dapat dikongsi bersama pelanggan dan stakeholders akan halatuju sesebuah organisasi akan memberi kesan kepada emosi dan dapat mencipta serta merealisasikan kejayaan matlamat organisasi.

Sebelum perlaksanaan visi, langkah perlu diambil untuk merangka pra-perancangan visi berdasarkan pegangan dan nilai dengan mengambilkira keadaan persekitaran dalaman dan persekitaran luaran serta menentukan faktor kejayaan kritikal organisasi. Contohnya pernyataan visi dan misi organisasi dapat difahami, dikongsi dan dihayati oleh semua ahli organisasi dan memberi kepuasan kepada pelanggan dan stakeholders organisasi itu. Oleh itu matlamat organisasi dapat dicapai dengan mudah kerana difahami dan dikongsi serta dihayati bersama oleh ahli organisasi, pelanggan dan stakeholders.

Pemimpin organisasi menjadi sumber inspirasi dan menjadi teladan kepada ahli organisasi serta berjaya membawa perubahan ke arah kebaikan organisasi. Menjadikan perubahan sebagai agenda utama organisasi. Perubahan itu diketahui, dirasai dan memberi manafaat kepada organisasi, pelanggan dan stakeholders.

Pemimpin organisasi menyediakan insentif dan peluang kenaikan gaji, pangkat, keselesaan tempat kerja dan suasana kerja yang kondusif. Pemimpin organisasi memaklumkan dan merancang peningkatan prestasi ahli organisasi untuk meningkatkan kepuasan bekerja. Pemimpin organisasi mengamalkan teknik-teknik kepimpinan berkesan dan dapat meningkatkan motivasi.Contohnya kepimpinan yang melaksana fungsi membina wawasan perlu mengadakan sistem , peraturan- peraturan dan norma kerja organisasi serta adab yang perlu dipatuhi. Ini dapat memperkembangkan dan mengintegrasi aktiviti perancangan, pengelolaan, mendorong dan kawalan secara sistematik.Perancangan, pengelolaan, mendorong dan kawalan yang dilaksanakan melibatkan penentuan tindakan masa depan secara optima dengan menghubungkan masa yang ada sekarang dengan sesuatu yang hendak dicapai pada masa depan.

Pemimpin melaksana strategi berdasarkan visi dan misi organisasi. Strategi yang dilaksanakan dengan mengambilkira analisis situasi dan penjanaan strategi mengunakan tows matriks dapat membantu pelan tindakan yang dilaksanakan. Pemimpin mengambilkira indikator kejayaan yang sedia ada pada organisasi. Ini boleh menjadikan seseorang pemimpin organisasi cemerlang sebagai pemimpin yang memimpin organisasi dengan melakukan perkara yang betul dengan betul untuk orang yang betul pada masa yang betul dan tempat yang betul. Oleh itu matlamat organisasi dapat direalisasi. Contohnya pemimpin yang melaksana fungsi kepimpinan dengan cara membina wawasan dapat menyebabkan ahli organisasi berusaha merealisasi matlamat organisasi.

Pemimpin yang melaksanakan fungsi kepimpinan dapat menjadikan organisasi berkesan.Contohnya ada wawasan dan mempunyai matlamat bersama. Ada matlamat yang jelas, amalan-amalan yang tekal, kesejawatan dan berkerjasama. Pemimpin dapat mengenalpasti keperluan latihan staf dan menjalankan latihan dalaman jika dikenalpasti ahli organisasi kurang cekap. Di sekolah umpamanya, pengetua berwawasan akan merangka program khas kurikulum untuk pengukuhan, pengayaan dan pemulihan untuk mengatasi kelemahan murid dalam peperiksaan awam.

RUMUSAN

Sebagai rumusan dapatlah dikatakan bahawa pemimpin berwawasan akan menentukan kemenjadian organisasi melalui pernyataan visi dan misi. Pernyataan visi dan misi yang ringkas dan mudah difahami oleh semua ahli organisasi, pelanggan dan stakeholders. Pemimpin mengambil inisiatif mengadakan prospektus dengan pernyataan yang realistik, jelas dan komprehensif kepada ahli organisasi, pelanggan dan stakeholders. Halatuju dan matlamat organisasi dapat difahami dan dihayati bersama. Keadaan ini dapat menyumbangkan kepada mudah tercapainya matlamat organisasi.

Kecemerlangan organisasi bergantung kepada kepimpinan berwawasan kerana dapat memberi keutamaan yang berfokus kepada manusia dan wawasan. Pemimpin yang berjaya melaksanakan fungsi kepimpinan dengan membina wawasan organisasi dapat membuat peningkatan yang besar matlamat organisasi dan dapat merealisasi matlamat organisasi.Kejelasan wawasan, peghayatan wawasan, keghairahan terhadap wawasan, ketabahan dan dedikasi kepada wawasan , pandangan global, kebolehan percayaan keberkesanan organisasi dan perkongsian paradigma boleh meningkatkan kepuasan pekerja. Sekaligus menunjukkan kejayaan pemimpin dan pekerja merealisasikan matlamat organisasi.

REFLEKSI

Pada umumnya tidak dapat dinafikan bahawa fungsi kepimpinan yang membina wawasan dapat membantu pemimpin mencapai matlamat organisasi. Walau bagaimanapun fungsi ini memerlukan seseorang pemimpin karismatik. Kepimpinan karismatik mempunyai wawasan, berkeyakinan, berpengaruh dan bersungguh-sungguh berusaha mencapai matlamat organisasi.

Kepimpinan karismatik sukar ditemui.Tidak semua pemimpin dapat menjadi pemimpin karismatik. Terdapat juga pemimpin bersifat pemimpin transaksi dan pemimpin transformasi.Pemimpin transaksi memandu atau mendorong pengikut ke arah mencapai matlamat dengan menjelaskan peranan dan tugas.Pemimpin transformasi lebih menonjol dari segi komitmen dan boleh menjadi agen perubahan untuk mencapai matlamat organisasi.

Bagi menilai dan membuat refleksi sama ada boleh atau tidak matlamat organisasi dicapai perlu juga diberi perhatian bukan kepada fungsi pembinaan wawasan. Perlu juga diberi perhatian kepada sama ada pemimpin itu mempunyai ciri-ciri kemahiran, kematangan, berpandangan luas dan dapat mengawal diri. Pemimpin itu juga perlu ada kejujuran dan adil. Jika tidak pemimpin itu akan mengamalkan “Machiavallin “ dengan mengamalkan “matlamat menghalalkan cara.” Untuk mencapai matlamat organisasi perlu ahli organisasi memberi kerjasama kepada pemimpin organisasi dan tidak bergantung kepada fungsi kepimpinan sahaja. Contohnya kemahiran ahli organisasi, suasana tempat kerja dan persekitaran luaran mempengaruhi pencapaian matlamat organisasi.

CADANGAN

Untuk mecapai matlamat organisasi perlu pemimpin memainkan pelbagai fungsi kepimpinan. Perilaku pemimpin mesti mengambarkan struktur tugas, kuasa formal dan pengalaman serta dapat bekerja sepasukan.Dalam keadaan kecemasan diperlukan pemimpin autokratik bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.Dalam keadaan tiada kecemasan diperlukan pemimpin konsultatif. Dalam keadaan kecemasan pemimpin transaksi mesti bergantung kepada ahli organisasi yang berkemahiran di dalam sesuatu bidang tertentu.Pemimpin mesti berkeupayaan mengenalpasti kemahiran yang dimiliki ahli organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.Begitu juga suasana kondusif ditempat kerja dan persekitaran luaran perlu diberi perhatian dan tumpuan oleh pemimpin organisasi. Contohnya ahli yang tidak bermotivasi, tidak berkemahiran, suasana kerja yang tidak kondusif dan persekitaran luaran yang tidak menentu, boleh menyebabkan matlamat organisasi tidak dapat dicapai. Situasi seperti ini boleh menyebabkan hilang keyakinan pelanggan dan stakeholders terhadap organisasi.

Sekian, terima kasih.