Rabu, 4 Mac 2009

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH.

PENGENALAN

Melaksana pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah menjadi tugas utama guru. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku setiap hari waktu persekolahan berjalan mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.Pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran dan penyerapan unsur nilai murni perlu berlaku. Sekaligus akan berlaku peningkatan disiplin dan sahsiah yang menjadi asas dalam proses menbangunkan modal insan untuk keperluan pasaran kerja dan pembangunan negara.

PERANAN GURU

Peranan guru melaksana pengajaran berkesan menjadi faktor penting untuk meningkatkan tahap pembelajaran murid ke arah perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Seseorang guru mesti memahami dan mengajar berpandukan carta aliran kerja P & P dan menggunakan kepelbagaian kaidah pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan pelbagai aras tahap pencapaian murid. Pengajaran yang dilaksanakan semestinya menghasilkan pencapaian objektif pengajaran dan murid mendapat meningkatkan kemahiran pembelajaran serta perubahan tingkahlaku yang positif. Dalam kata lain berlaku proses guru mengajar dan murid belajar. Murid mendapat hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran serta berlaku perubahan tingkahlaku positif yang dapat menunjukkan murid mendapat manfaat dari objektif pengajaran guru di bilik darjah itu.

Guru perlu melakukan penilaian yang berterusan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid serta mengambil tindakan segera mengatasi kelemahan yang dapat dikenalpasti bagi mengelakkan kelemahan terkumpul. Kekuatan pembelajaran murid dipertingkatkan dan diperkukuhkan. Guru perlu berusaha gigih menerap nilai murni, disiplin kendiri dan semangat patriotisme di kalangan murid untuk dihayati dan akan menjadi amalan dalam kehidupan seharian di kalangan murid sama ada di sekolah atau di luar sekolah.

PROSES PEMBELAJARAN MURID

Guru perlu mengajar berpandukan kepada cara murid belajar dan mengingat. Murid belajar dari apa yang didengar, dilihat dan dilakukan. Umumnya pembelajaran murid berlaku dalam beberapa situasi seperti berikut:-

10 % dari apa yang dibaca.
20 % dari apa yang didengar.
30 % dari apa yang dilihat.
50 % dari apa yang didengar dan dilihat.
70 % dari apa yang diucapkan.
90 % dari apa yang diucapkan dan dilakukan.
100 % dari apa yang didengar, dilihat dan dilakukan.

Murid dengar – Murid lupa.
Murid lihat – Murid ingat.
Murid buat – Murid faham.

Apa yang sering berlaku dalam pembelajaran murid ialah apa yang murid tahu murid tidak tahu dan apa yang murid faham murid tidak faham.


TINDAKAN GURU SEMASA MELAKSANAKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH.


1. PERKARA: Kemahiran Belajar.

1.1 MURID:

• Beri tumpuan semasa guru mengajar, tenung mata guru sambililtelinga mendengar
• Ingat semula apa apa guru yang dipelajari.

1.2 GURU:

. Pendedahan kepada murid.
• Jadikan budaya.
• Setiap murid pastikan murid memberi tumpuan dan memerhati mata guru.


2. PERKARA: Teknik Mengingat.


2.1 MURID:

• Coba ingat semula apa yang diajar oleh guru.
• Membuat catatan / nota.

2.3 GURU:

• Latih setiap murid menghafal dan mengingat apa yang dipelajari.
• Galakkan murid membuat latihan berterusan lepas pengajaran berlaku.
• Guru pastikan aspek yang sukar diingati dan bantu murid lemah.


3. PERKARA: Kemahiran


3.1 MURID:

• Menguasai kemahiran asas dan pelbagai kemahiran yang lebih tinggi.

3.2 GURU:

• Laksana penilaian berterusan untuk mengesan kelemahan murid.
• Ambil tindakan pemulihan segera.
• Pasti murid dapat menguasai pelbagai kemahiran.
• Latihan yang mencukupi.
• Kerja rumah yang bersesuaian.


4. PERKARA: Suasana pembelajaran.

4.1 MURID:

• Seronok belajar.
• Ikut serta dalam sesi P & P.

4.2 GURU:

• Laksana pelbagai kaidah P & P yang menarik minat murid.
• Murid minat kepada guru dan mata pelajaran yang diajar guru.
• Kaitkan dengan situasi semasa.


5. PERKARA: Kawalan disiplin murid.

5.1 MURID:

• Hadir ke sekolah setiap hari.
• Berada di dalam kelas sepanjang masa waktu belajar.


5.2 GURU:

• Beri penjelasan dan nasihat.
• Setiap guru ambil tahu dan bertanggongjawab.
• Adakan R & D sebab tidak hadir dan ambil langkah atasi.
• Cegah murid ponteng sekolah dan kelas.
• Aktiviti supaya murid seronok hadir sekolah.
• Buku kawalan kelas.
• Kad kebenaran keluar kelas.
• Semua guru ambil peduli kehadiran dan masalah murid.
• Spot Check.


6. PERKARA: Program Motivasi


6.1 MURID:

• Berdisiplin.
• Ada kesedaran.
• Berfikiran matang.
• Berdikari.
• Ada cita-cita dan wawasan.


6.2 GURU:

• Aktiviti absen sifar.
• Aktiviti pemantapan disiplin kendiri secara terancang dan berterusan.
• Aktiviti pengurusan stres dan psikososial.
• Aktiviti Pengurusan masa, mentor-menti, kerjaya dan peluang melanjut pelajaran
ke IPTA dan IPTS.
• Aktifkan khidmat bimbingan dan kaunseling.
• Motivasi bermula di bilik darjah.
• Penglibatan semua guru dengan memainkan peranan masing-masing secara aktif.


PRASARANA BILIK DARJAH.

Suasana bilik darjah yang kondusif, bersih, kemas dan teratur perlu diwujudkan.Kemudahan asas ada, mencukupi dan berfungsi. Bilik darjah dihiasi dan ada kreativiti. Sesuai sebagai tempat mengajar dan belajar. Sebelum guru mengajar pastikan kelas dalam keadaan sempurna sebelum memulakan pengajaran. Ambil masa 2 minit untuk buat tinjauan keadaan semasa kelas.


BAHAN SOKONGAN.

Sebelum memulakan pengajaran diperlukan guru membuat persiapan rapi dari beberapa aspek:-

• Buku teks.
• Peralatan untuk belajar.
• ABM / BBM dan ABB / BBB.
• Buku rujukan guru dan murid.
• Buku nota dan catatan.
• Buku latihan dan kerja rumah.
• Bahan pengajaran yang mencukupi dan merangkumi semua semua aras dan pelbagai
kemahiran.
• Koleksi soalan dan latihan.
• Koleksi soalan PMR, SPM dan STPM diselit ke dalam latihan di bilik darjah dan
kerja rumah.

Seseorang guru perlu menyediakan buku rekod pengajaran yang kemaskini dan dalam keadaan sempurna.

• Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.
• Rancangan pengajaran tahunan.
• Rancangan harian.
• Patuhi Carta Aliran Pengajaran.
• Merekod markah murid berasaskan headcount dan analisis strategik berunsur TOV,
OTI, ETR dan ATR.

Contoh: BGA – B Gerenti A.
BPA – B Potensi A.
EGL – E Gerenti Lulus.
EPL – E potensi Lulus.

ANALISIS MARKAH STRATEGIK.

Analisis markah murid dilaksana secara lebih detail dan berfungsi. Bukan sekadar A, B, C, D dan E sahaja.

GRED : JULAT MARKAH : MARKAH STRATEGIK

A+ : 90 - 100 : A plus - A yang selesa
A : 80 - 89 : A biasa
BGA : 70 - 79 : B Gerenti A
BPA : 60 - 69 : B Potensi A
CPB : 50 - 59 : C Potensi B
DPC : 40 - 49 : D Potensi C
EGL : 30 - 39 : E Gerenti Lulus
EPL : 20 - 29 : E Potensi Lulus
EK : 0 - 19 : E Kritikal / Gagal

Analisis markah strategik akan memudahkan guru mengambil tindakan bagi meningkatkan prestasi pencapaian murid skor A dan lulus.

Menganalisis kelompok murid mengikut margin markah
ke arah A (GA / Gerenti A dan PA / Potensi A) dan ke arah untuk lulus (GL / Gerenti Lulus dan PL / Potensi Lulus) akan memudahkan guru membantu murid. Guru dapat mengesan kelemahan murid dan mengambil tindakan segera mengatasi kelemahan yang dikenalpasti. Selagi kelemahan itu tidak diambil tindakan mengatasinya akan menyebabkan kegagalan murid mencapai skor A bagi target A akan gagal dan skor lulus tidak akan lulus.

Guru perlu membuat analisis swot dan analisis 5W + 2H.

Contoh 1:

Markah 75 – BGA / B Gerenti A.

Murid ini telah kehilangan 25 Markah dan memerlukan
5 markah untuk skor A.

Guru perlu buat kajian dan menganalisis kelemahan ini mengapakah murid ini hilang 25 markah.

• Ada jawapan yang salah.
• Berapa jawapan yang salah.
• Soalan nombor berapa yang salah.
• Mengapa salah jawapan.
• Cuai – bantu murid atasi masalah cuai.
• Tak cukup masa – bantu mengatasi masalah tak cukup masa.
• Belum kuasai kemahiran yang diuji – kenalpasti masalah kemahiran yang belum
dikuasai dan atasi.
• Kenalpasti masalah dan diperbetulkan.
• Jika dapat dikenalpasti masalah kelemahan murid dan diambil tindakan
segera akan membantu murid dapat menjawab jika soalan format yang sama ditanya
dalam peperiksaan.



Target skor A dan lulus sukar dicapai jika terdapat perkara berikut:-

• Murid masih mengulangi kesalahan yang sama.
• Murid masih mempunyai kelemahan.
• Masih ada kemahiran yang belum dikuasai.

Guru perlu kenalpasti kelemahan dan ambil tindakan segera untuk mengatasi. Membiar kelemahan ini seolah-olah sengaja membiarkan supaya murid-murid gagal capai A dan murid target lulus untuk lulus.Proses ini perlu dilakukan berterusan sepanjang masa.Analisis SWOT dan teknik 5W+2H perlu dilaksanakan.




PENGETUA / PENOLONG KANAN / GURU KANAN.

Melaksana tugas sebagai Pentadbir, Pengurus dan Pemimpin Instruksional.

• Pencerapan P & P untuk memastikan guru melaksana P & P berkesan.
• Jadual pencerapan dan instrumen pencerapan.
• Laporan dan perbincangan penambahbaikan.
• Pemantauan untuk memastikan dasar dipatuhi.
• Bimbingan dan sokongan.
• Pemeriksaan buku rekod pengajaran.
• Pemeriksaan buku latihan murid.
• Pemeriksaan buku nota dan catatan.
• Membuat penyelarasan.

Melaksana headcount untuk menjadi asas penetapan matlamat dan kejayaan.Guru diberi penjelasan dan kefahaman penyediaan headcount.

• Rasional dan tujuan headcount.
• Konsep dan penyediaan headcount.
• Kepentingan headcount.
• Komponen headcount.
• Cara menggunakan headcount.
• Headcount yang hidup dan bernyawa.
• Headcount diliputi semua peringkat mata pelajaran, panitia dan murid
keseluruhannya.
• Ada penyelarasan dalam penyediaan headcount.
• Paparan headcount yang mesra pengguna.


POST MORTEM.

Headcount perlu diikuti dengan post mortem. Data dalam headcount dikaji dan dianalisis untuk dikenalpasti kelemahan supaya tindakan pembetulan lebih tepat di buat berdasarkan data bukan berdasar anggapan.

Guru perlu diberi penjelasan dan kefahaman akan rasional dan tujuan post mortem. Konsep dan kaidah membuat post mortem berdasarkan kaidah analisis swot dan teknik 5W+2H. Post mortem dilaksanakan untuk mengesan kelemahan dan punca masalah serta mengambil tindakan penyelesaian masalah. Kenalpasti punca masalah akan memudahkan penyelesaian masalah.Guru perlu sentiasa laksanakan post mortem selepas ujian bulanan, peperiksaan penggal dan peperiksaan percubaan.Hasil post mortem dijadikan asas untuk tindakan bersama secara bersepadu dan bersenergi.

PENUTUP.

Bukan mudah untuk berjaya dan cemerlang.
Bukan susah untuk gagal dan kecundang.
Orang yang berani dan gigih berusaha berterusan akan cemerlang.