tag:blogger.com,1999:blog-38828200613916649612024-03-13T20:47:28.838-07:00NoddenBerek12KBRHAJI ZAINUDDIN BIN HARUN,
Managing Director,
ZnR Motivation Camp,
PT 1604, Kg Dalam Rhu,
16700 Pasir Puteh,
Kelantan.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.comBlogger47125tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-66563306084129481522011-04-13T23:36:00.000-07:002011-04-14T00:32:43.197-07:00Ucapan Aluan Pengetua Sempena Forum Kerjaya Profesional, Penyampaian Sijil Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya Dan Penyampaian Biasiswa Kamilian 2011.SMK Kamil amat bertuah kerana Dato’ Haji Pahamin Bin A. Rajab, Penasihat Kamilian sudi hadir untuk merasmikan 3 majlis dalam 1. Iaitu Majlis Forum Kerjaya Profesional, Penyampaian Sijil Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya dan Penyampaian Biasiswa Kamilian sumbangan peribadi Dato Haji Pahamin Bin A. Rajab kepada 30 orang pelajar kategori miskin yang mana ibu bapa mereka dijemput sama hadir pada pagi ini sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan biasiswa kamilian yang cukup memberi makna kepada keluarga dan pelajar berkenaan. Biasiswa Kamilian ini bernilai RM 50.00 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan bagi 30 orang pelajar yang jumlahnya bernilai RM 18,000.00. Sumbangan Biasiswa Kamilian ini telah dianugerahi kepada pelajar SMK Kamil sejak tahun 2005.

Saya selaku Pengetua SMK Kamil, Barisan Guru dan Staf sokongan dan Ibu bapa mengucapkan setinggi ucapan terima kasih kepada Dato Haji Pahamin Bin A. Rajab di atas sumbangan Biasiswa Kamilian itu.

Pada tahun ini juga Dato Haji Pahamin Bin A. Rajab telah memberi sumbangan RM 3,500.00 untuk Pancuran Kolam di bangunan blok Pentadbiran dan Galeri Kamilian.
Dato Haji Pahamin juga telah bermurah hati menaja Forum Kerjaya Profesional dan menyumbang bantuan kewangan untuk membeli VEST kepada 50 orang pelajar Pembimbing Rakan Sebaya SMK Kamil.

Segala sumbangan dan derma bakti Dato Haji Pahamin Bin A. Rajab tetap menjadi satu ingatan dan kenangan manis bagi kami warga SMK Kamil dan mudah-mudahan Dato Haji Pahamin Bin A. Rajab diberkati, akan dimurahi rezeki, sehat sentiasa, dipanjangkan umur serta di dalam peliharaan Allah SWT.

Wabillahi Taufik Walhidayah
Assamualaikum Wm. Wbt.
Sekian, terima kasih.
14 APRIL 2011.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-59542221082257694942011-01-28T08:07:00.000-08:002011-04-17T00:01:53.804-07:00UCAPAN ALUAN PENGETUA SMK KAMIL SEMPENA PENUTUPAN RASMI MAJLIS SILATURAHIM PELAJAR ASRAMA SMK KAMIL SESI 2011Dengan ini saya ingin mengambil peluang dan kesempatan pada hari ini untuk memperkenalkan pernyataan visi dan misi asrama SMK Kamil tahun 2011 -2015.

Visi asrama ialah Asrama SMK Kamil akan melahirkan pelajar cemerlang dan terbilang.
Pelajar asrama akan memiliki peribadi unggul atau towering personality. Ciri utama pelajar unggul dapat dilihat daripada aspek penguasaan ilmu dan kemahiran tinggi, beriman, takwa dan ehsan.Oleh itu pembangunan hal ehwal asrama akan meliputi bidang berikut:-

1. Akademik.
2. Kokurikulum.
3. Sukan.
4. Disiplin.

Untuk menjayakan visi tersebut asrama SMK Kamil telah menetapkan misi asrama iaitu Menyediakan Tadbir Urus dan Sistem Penyampaian Asrama Yang Berkesan.

Aspek yang akan diberi keutamaan seperti berikut:-

1. Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang.
2. Meningkatkan pengurusan fizikal yang kondusif.
3. Menyediakan makanan bermasak yang berkualiti.
4. Membangun sahsiah pelajar ke arah keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
5. Menghasilkan satu pasukan pengurusan yang komited dan bertanggungjawab.

Dengan perlaksanaan visi dan misi tersebut diharapkan key performance indicators berikut dapat dicapai.

1. Proses pengajaran dan pembelajaran pelajar asrama dapat berlaku
dengan terancang.
2. Dapat meningkatkan kemahiran pelajar asrama.
3. Pelajar asrama akan mejadi insan yang soleh dan solehah serta
bertanggungjawab.
4. Dapat menyakinkan diri pelajar untuk hidup dalam sebuah masyarakat yang
dinamik.
5. Bersikap toleransi.
6. Mengukuh integrasi antara pelajar yang terdiri dari pelbagai latarbelakang
kehidupan.
7. Mewujudkan suasana kondusif di asrama.
8. Asrama menjadi tempat yang selamat.
9. Dapat mewujudkan asrama yang harmonis.

Oleh itu beberapa tindakan penambahbaikan akan dilaksanakan.

1. Penyediaan dewan makan asrama bertaraf 5 bintang.
2. Menyediakan tempat belajar yang berhawa dingin.
3. Menyedia kemudahan rangkaian internet untuk pembelajaran.
4. Menyediakan kemudahan perpustakaan mini, cawangan koperasi SMK Kamil Berhad
serta bilik tayang atau home teater.
5. Mempertingkatkan kemudahan prasarana yang lebih baik seperti dormitorI,
tandas, tempat seterika pakaian, tempat ampaian, tempat letak kasut, locker,
katil dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-16483507124123693692011-01-24T22:59:00.000-08:002011-01-28T08:03:16.807-08:00HIGH IMPACT LEADERSHIPS.Kriteria seorang Pengetua yang boleh dipandang sebagai seorang Pengetua yang hebat.

1. Seorang Pengetua yang ada keupayaan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang tepat dan tangkas sama ada secara individu ataupun secara kolektif serta dapat diterima oleh surbodinat dengan hati yang terbuka, tenang dan lapang.

2. Pengetua sentiasa membuat penyeliaan, pemantauan, pemerhatian dan meninjau persekitaran sekolah serta mendapat maklumat awal tentang apa sahaja aktiviti yang berlaku di sekolah.Mempastikan proses pengajaran dan pembelajaran, sukan dan olahraga, kelab dan persatuan serta unit beruniform dilaksana mengikut jadual seperti yang dirancang dan berjalan dengan sempurna dan lancar.

3. Pengetua ada kebolehan dan berkeupayaan serta ada kemahiran menarik sokongan, penyertaan dan penglibatan secara total subordinat. Mampu membina teamwork yang mantap untuk bekerja dengan tekun sehingga KPI dapat dicapai.

4. Pengetua sentiasa berani dan ada keazaman kental serta dapat menetapkan sasaran tinggi prestasi kerja dan mutu perkhidmatan yang perlu dicapai.Berkebolehan memimpin middle leader, guru dan staf sokongan serta pelajar supaya sentiasa menyokong usaha ke arah peningkatan kualiti pencapaian berdasarkan ETR yang telah ditetapkan untuk mencapai matlamat dan KPI sekolah.

5. Pengetua ada kapasiti dan berkemahiran menyediakan Perancangan Strategik Sekolah dan Pelan Tindakan Strategik serta dapat mengembleng tenaga middle leader agar kelihatan sebagai seorang yang penting dan menjadi pakar di sekolah yang mampu merancang, memantau serta membimbing guru untuk meningkatkan prestasi kerja dan mutu perkhidmatan mengikut standard yang ditetapkan ke arah mencapai matlamat dan visi sekolah.

6. Pengetua dapat memperkasa diri sendiri dengan mengamalkan pelbagai stail
kepimpinan seperti Instructional Leader, Leader Manager,Transformational
Leader dan Servant Leader. Stail kepimpinan tersebut akan memberi impak
kepada 8 bidang utama pengurusan sekolah .

8 Bidang utama pengurusan sekolah seperti berikut:-

a. Pengurusan Kurikulum.
b. Pengurusan Kokurikulum.
c. Pengurusan Hal Ehwal Murid.
d. Pengurusan Pejabat dan ICT.
e. Pengurusan Kewangan.
f. Pengurusan Staf dan Prestasi.
g. Pengurusan Fizikal dan Kemudahan Sekolah.
h. Pengurusan Komuniti.

Pemimpin Sekolah akan kelihatan hebat bila mana matlamat, visi dan misi sekolah dapat dikongsi bersama dan wujud teamwork di setiap bahagian dalam struktur organisasi sekolah.

Nilai Utama Kepimpinan Sekolah Yang kelihatan Hebat.

1. Percaya kepada kuasa Tuhan dan mengamalkan konsep peluang sama rata dan
keadilan sosial merentasi sempadan etnik, kepercayaan, latarbelakang sosial
dan agama.
2. Mempunyai ekpektasi tinggi kepada prestasi kerja dan mutu perkhidmatan.
3. Menghargai pelanggan dan stakeholders.
4. Sentiasa melaksanakan networking dan bench marking.
5. Mengamalkan teamwork.
6. Memiliki komitmen tinggi.
7. Sentiasa membuat analisis persekitaran organisasi.
8. Ada kualiti peribadi unggul, berintegriti, transparensi, konsisten, risk taking,
berani, senang didampingi dan sentiasa ambil berat terhadap subordinat.

Nilai Yang Menjadi Pegangan Pengetua Berkesan.

1. Bersedia untuk berkhidmat dengan tulus ikhlas dan niat yang betul.
2. Bersikap tegas.
3. Menetapkan matlamat, visi dan misi sekolah yang dikongsi bersama.
4. Risk taking.
5. Berkongsi kepakarsn.
6. Berinovasi dan kreatif.
7. Pemupukan semgat kerja sepasukan (Teamwork).
8. Berkeupayaan membawa perubahan positif.
9. Sentiasa disokong oleh surbodinat.
10. Komunikasi berkesan.
11. Sentiasa bersyukur.
12. Sentiasa berhemah dan merendah diri.
13. Kepercayaan kepada kuasa Tuhan.
14. Berpegang kepada Prinsip Rukun Negara.

Isu Utama Kepimpinan Sekolah kini.

1. Matlamat, visi dan misi perlu jelas.
2. Memiliki kemahiran insaniah.
3. Pengetahuan dan ilmu kepimpinan.
4. Personaliti unggul.
5. Sensitiviti dan proaktif.
6. Sistem penyampaian berkesan.
7. Perancangan Strategik dan Pengurusan Strategik.
8. Pelan Tindakan Strategik.
9. Akur dan patuh kepada mandat dan sumber kuasa serta Dasar Kerajaan.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-33620095392357018062011-01-04T20:05:00.000-08:002011-01-04T20:32:39.421-08:00PENGAJARAN YANG BERKESAN.Apabila peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM diumumkan ada sekolah mencapai keputusan cemerlang dan ada yang sebaliknya.Biasanya ibubapa tidak berpuas hati dengan pencapaian anak mereka yang tidak cemerlang.Pengetua atau Guru Besar perlu bersedia untuk memberi penjelasan sama ada kepada Pegawai Pelajaran Daerah atau kepada Pengarah Pelajaran Negeri.

Kegagalan sekolah untuk mencapai keputusan cemerlang peperiksaan awam berkaitan dengan beberapa faktor. Pada saya faktor utama ia lah proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya tidak berlaku secara berkesan sama ada dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

Sekolah berkesan adalah sekolah yang berjaya mengamalkan dan membudayakan pengajaran dan pembelajaran berkesan.Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu elemen yang amat penting untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik sesebuah sekolah.
Penyelidik-penyelidik telah mengenalpasti elemen-elemen penting ialah berkaitan dengan peranan guru yang berkesan akan dapat meningkatkan pendidikan berkualiti.

Di antara ciri-ciri guru yang berkesan adalah seperti berikut:-

1. Berpengetahuan tentang Sukatan Pelajaran dan Huraian
Sukatan Pelajaran serta cara dan metodologi untuk
mencapai objektif pelajaran.
2. Menggunakan segala bahan pengajaran seperti Bahan Bantu Mengajar dan Bahan
Bantu Belajar dengan berkesan.
3. Mengenali pelajar-pelajar, tahap pencapaian pelajar dan mengenalpasti
keperluan setiap pelajar mereka.
4. Menyedia kan peluang untuk pelajar belajar dan menguasai kemahiran yang
berkaitan dengan pelajaran yang diajar.
5. Memberikan maklumbalas yang berkesan kepada pelajar dari masa ke semasa
berkaitan tahap pencapaian yang telah dapat dikuasai oleh pelajar.
6. Membuat refleksi tentang pengajaran dan pembelajaran agar pelajar boleh
menggunakan kemahiran yang diperolehi semasa belajar.

Kajian oleh Doyle (1987) telah menunjukkan pelajar belajar dengan
lebih cemerlang sekiranya guru dapat melakukan perkara berikut:-

1. Menggunakan strategi belajar secara tersusun dan terancang.
2. Menjelaskan objektif pengajaran.
3. Merancang Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
dengan teratur.
4. Menyedia ruang dan peluang untuk pelajar membuat latihamal untuk
meningkatkan kemahiran.
5. Menyoal pelajar dengan pelbagai tahap kecerdasan untuk
memastikan pelajar memahami apa yang diajar.
6. Membuat pembetulan kesalahan pelajar agar pelajar boleh
menggunakan kemahiran yamg diperolehi.

Proses pengajaran dan pembelajaran berkesan tidak tertakluk kepada model pengajaran yang tertentu sahaja.Guru-guru hendaklah meneliti dan memilih model pengajaran yang paling berkesan dalam membantu pelajar-pelajar mereka menguasai topik
pembelajaran.Pemilihan ini seharusnya berdasarkan situasi pembelajaran dan tahap pencapaian kumpulan pelajar yang terlibat.

Kajian oleh Kyriacou pula menunjukkan bahawa seseorang guru
mestilah memiliki perkara berikut:-

1. Tahu apa yang diajar.
2. Tahu cara penyampaian yang paling berkesan.
3. Pandai menggunakan setiap peluang yang ada semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Bijak memilih cara dan metode terbaik untuk
mencapai objektif pengajaran.

Sebagai kesimpulannya, guru harus sentiasa melengkapkan diri dengan input terkini untuk menjadi guru yang lebih berkesan.Guru juga perlu bersedia untuk mengabungjalin pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada dengan perkembangan terkini dalam
dunia pendidikan.Guru juga harus proaktif dan bersedia untuk memajukan diri mereka sepanjang masa sejajar dengan perkembangan pendidikan.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-12796410304472310142011-01-03T18:31:00.000-08:002011-01-03T19:21:23.391-08:00PERUTUSAN PENGETUA SMK KAMIL SEMPENA TAHUN BARU 2011.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Bersyukur saya ke hadirat Allah SWT kerana dengan izinNya dan limpah rahmatNya kita semua dapat melangkah ke tahun 2011 dengan selamatnya. Mudah-mudahan sepanjang tahun ini kita mendapat keredhaan dan keberkatan dalam usaha untuk merealisasikan kecemerlangan SMK Kamil Tersohor dapat dicapai dengan jayaanya.

Impian sekolah untuk membentuk sebuah organisasi yang mampu mengadaptasi, dinamik dan berkembang sebagai respons kepada keperluan dan aspirasi pendidikan nasional agar dapat dijana sebaik mungkin.Saya berkeyakinan bahawa dengan segala usaha dan perancangan untuk menambahbaik peningkatan pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar akan dapat menjana prestasi SMK Kamil untuk muncul sebagai sekolah berkesan yang kelihatan hebat di peringkat glokal.

Sehubungan dengan itu saya telah menggariskan 8 Bidang Keberhasilan Utama SMK Kamil (SMK Kamil Key Result Area – SMKKKRA) untuk dilaksana sepanjang tahun 2011.

1. Meningkatkan Kecemerlangan Peperiksaan Awam.
2. Meningkat Kecemerlangan Kokurikulum.
3. Melahirkan Pelajar Yang Memiliki ‘Towering Personality’
4. Meningkat tahap Keselamatan, Kebersihan, Keceriaaan Sekolah
Menjadi Lebih Kondusif.
5. Pelajar Dapat Menguasai Fardhu Ain.
6. Pengukuhan Disiplin Dan Akhlak Pelajar.
7. Memperkasa Guru Sebagai Pemimpin Pengajaran
(Instructional Leader).
8. Kepimpinan Berkesan (High Impact Leaderships).

Seorang guru berkualiti adalah guru yang bersedia untuk menerima perubahan dan sentiasa positif dalam menyumbang idea dan tenaga ke arah merealisasikan impian dan cita-cita organisasi secara kolektif dan ada semangat gotong-royong (Espirit Decorp).Ibarat kesebelas pemain utama bola sepak di padang.Setiap pemain ada peranan masing-masing dalam memastikan pasukan akan mencapai kemenangan.Oleh itu setiap orang mestilah peka dam menganggap setiap tugas dan tanggongjawab sebagai satu amanah dan bersedia mempertingkatkan komitmen menjana kecemerlangan SMK Kamil ke mercu yang lebih gemilang dan terbilang.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat berkhidmat dengan lebih cemerlang pada sesi persekolahan tahun 2011 kepada semua guru dan staf sokongan SMK Kamil Tersohor.Semoga hasilnya akan dapat kita semua nikmati menjelang pengumuman rasmi keputusan peperiksaan awam tahun 2011 dan 2012.

Wabillahitaufik Walhidayah.

Sekian,Terima KasinNoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-12864134030233988752010-12-16T04:28:00.000-08:002010-12-20T05:15:01.805-08:00PENGURUS KEPIMPINAN (LEADER MANAGER)Pengetua sebagai Pengurus Kepimpinan(Leader Manager) perlu pandai dan berani melaksanakan perubahan di sekolah.

Pengetua mesti menjadi Pengurus Kepimpinan (Leader Manager)yang unggul dan ada jati diri sebagai kepimpinan holistik. Pengetua bukan sahaja sebagai pemimpin rutin dan instruksional sahaja malah mesti memainkan pelbagai watak dengan memaparkan kekuatan luaran dan dalaman sebagai seorang yang kelihatan unggul peribadi, berperwatakan hebat, berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi dan memiliki kemahiran berkomunikasi.

Pengetua perlu ada visi dan misi yang jelas. Bersemangat tinggi dan berprestasi diri yang tinggi serta boleh membuat pertimbangan dan keputusan yang tepat, tangkas dan wajar. Pengetua mesti berkeupayaan mendapat kerjasama subordinat, mempraktik apa yang dikata akan dikota, bersedia menerima idea baru, sentiasa mengambil iktibar daripada kesilapan serta berkeupayaan membangun kapasiti subordinat dan memiliki kemahiran komunikasi interpersonal.

Pengetua berkebolehan merancang perubahan sekolah untuk meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah pelajar ke arah melahirkan pelajar kelas pertama bertaraf glokal secara holistik menjelang tahun 2020. Menjadikan budaya kerja cemerlang sebagai satu 'Key Performance Indicator' seorang Pengetua dengan mengutamakan budaya kreatif, inovatif, berintegriti tinggi, bersemangat kerja sepasukan dan ada komitmen tinggi sebagai nilai utama untuk membudayakan sekolah berkesan.

Seseorang yang dilantik sebagai Pengetua perlu sedar bahawa tanggungjawab dan amanah amat besar dan berat. Salah satu tugas utama ialah mempastikan guru –guru di bawah bidang kawalan melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan di luar bilik darjah agar mampu mewujudkan perubahan tingkahlaku pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi Wawasan 2020 serta dapat mengekalkan corak kehidupan serta memupuk perpaduan dalam Gagasan 1Malaysia.Pengetua sebagai Pengurus Kepimpinan (Leader Manager) di sekolah perlu berkeupayaan merealisasi aspirasi negara dan bersedia menjayakan Gagasan 1Malaysia.

Pengetua perlu proaktif, inovatif dan bersedia melengkapkan diri dengan ilmu serta berkemahiran tinggi dalam pelbagai dimensi selaras dengan perubahan era globalisasi dunia tanpa sempadan dan ledakan teknologi maklumat. Menjadikan usaha penambahbaikan dan peningkatan prestasi kemajuan sekolah sebagai agenda utama untuk membuat perubahan tingkahlaku pelajar menjadi pelajar kelas pertama bertaraf glokal. Pengetua berkeupayaan melaksanakan peranan sebagai agen sosialisasi dan Pengurus Kepimpinan yang unggul supaya nilai-nilai murni dapat diterap, dihayati dan diamalkan oleh pelajar.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-10051828038548860522010-12-13T04:57:00.000-08:002010-12-13T05:09:14.523-08:00FOKUS KECEMERLANGAN STRATEGIK SMK KAMIL TERSOHOR 2011-2015.1. KECEMERLANGAN PENGURUSAN PENTADBIRAN
2. KECEMERLANGAN KURIKULUM
3. KECEMERLANGAN KOKURIKULUM
4. KECEMERLANGAN HAL EHWAL MURID
5. KECEMERLANGAN PEMBANGUNAN INSAN
6. KECEMERLANGAN PEMBANGUNAN STAF
7. KECEMERLANGAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT)
8. KECEMERLANGAN PEMBANGUNAN FIZIKAL
9. KECEMERLANGAN LANDSKAP & PERSEKITARAN
10. KECEMERLANGAN HUBUNGAN LUARNoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-11707154361690251362010-11-24T21:15:00.000-08:002010-12-04T23:45:04.202-08:008 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA SMK KAMIL 2011.( SMK KAMIL KEY RESULT AREA )

1. MENINGKATKAN KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN AWAM.

a. KELULUSAN PERATUS AM 100% .
b. GRED PURATA SEKOLAH 2.5%.
c. KECEMERLANGAN SUBJEK MINIMUM 5A.
d. STRAIGHT A’S MENINGKAT MINIMUM 20% SETAHUN.

2. MENINGKATKAN KECEMERLANGAN KOKURIKULUM.

a. SUKAN OLAHRAGA DAN PERMAINAN.
b. PERSATUAN DAN KELAB.
c. UNIT BERUNIFORM.

3. MELAHIRKAN PELAJAR YANG MEMILIKI TOWERING PERSONALITY.

a. BERILMU.
b. BERKEMAHIRAN TINGGI.
c. BERIMAN.
d. BERTAKWA.
e. EHSAN.

4. MENINGKATKAN TAHAP KECERIAAN DAN KEBERSIHAN SEKOLAH MENJADI LEBIH KONDUSIF.

a. ASRAMA.
b. BILIK DARJAH
c. BILIK GURU.
d. PERPUSTAKAAN..
e. BILIK-BILIK KHAS.
f. MAKMAL SAINS.
g. MAKMAL KOMPUTER.
h. BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP.
i. KANTIN
j. PERSEKITARAN SEKOLAH.

5. PELAJAR DAPAT MENGUASAI FARDHU AIN.

a. ASAS FARDHU AIN.
b. KHATAM AL-QURAN.
c. SOLAT FARDHU.
d. SOLAT SUNAT.
e. WIRID.
f. ZIKIR.

6. PENGUKUHAN DISIPLIN DAN AKHLAK PELAJAR

a. ADAB DAN TATA SUSILA.
b. BERSAHSIAH MULIA.
c. ADA JATI DIRI.
d. BERKETERAMPILAN.
e. BERTANGGUNGJAWAB.
f. IKHLAS DAN AMANAH.
g. TEKUN DAN CEKAP.
h. BERSEMANGAT GOTONG-ROYONG.

7. MEMPERKASA GURU SEBAGAI PEMIMPIN PENGAJARAN
(INSTRUCTIONAL LEADER).

a. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN.
b. PENCERAPAN.
c. PEMANTAUAN.
d. PENILAIAN BERTERUSAN.
e. PENAMBAHBAIKAN

8. KEPIMPINAN BERKESAN (HIGH IMPACT LEADERSHIPS).

a. BERILMU DAN BERPENGETAHUAN DALAM BIDANG PENTABIRAN,
PENGURUSAN DAN KEPEMIMPINAN SECARA TEORI DAN PRAKTIK.
b. MEMILIKI NILAI PERIBADI TINGGI DAN BERKETERAMPILAN.
c. ADA AURA SEBAGAI PEMIMPIN.
d. MENGURUS DAN MEMIMPIN DENGAN PEMIKIRAN TERBUKA DAN HATI YANG BERSIH.
e. BOLEH MENJADI IDOLA DAN RULE MODEL KEPADA STAF BAWAHAN.
f. MENGUTAMAKAN KERJA BERKUALITI, KREATIF DAN INOVATIF.
g. BERKEUPAYAAN MELAKSANAKAN NET WORKING DAN KOLOBERATIF.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-9814333656833845412010-11-21T20:48:00.000-08:002010-11-21T21:18:47.166-08:00BIDANG KEBERHASILAN UTAMA SMK CHERANG RUKU 2009/2010.BIDANG KEBERHASILAN KOKURIKULUM SEKOLAH.

1. Dapat meningkatkan penyertaan dan penglibatan pelajar secara bermakna dan
aktif dalam aktiviti kokurikulum dari 60% kepada 90%.
2. Gerakerja kokurikulum dapat memenuhi keperluan sosial, intelek, rohani,
jasmani, emosi dan kesihatan pelajar.
3. Pengurusan kokurikulum dapat dilaksana secara terancang dan bersistematik
serta bersenergi yang boleh menjadi flatform utama para pelajar bergerak
aktif.
4. Penyertaan dan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan
jati diri, penerapan nilai murni, memupuk semangat perpaduan dan
patriotisme, menjana kebijaksanaan, memupuk integriti dan perpaduan
di kalangan para pelajar.
5. Dapat membentuk ketrampilan dn keperibadian serta menjadi insan yang
seimbang dan harmonis selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.

BIDANG KEBERHASILAN PEMBANGUNAN INSAN/SAHSIAH.

1. Dapat meningkatkan mutu disiplin pelajar.
2. Disiplin pelajar berada dalam keadaan terkawal.
3. Tidak berlaku buli, gangsterisme dan vandalism.
4. Membantu meningkatkan pencapaian akademik.
5. Guru dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan
sepenuh jiwa.
6. Dapat meningkatkan keyakinan guru bahawa setiap pelajar boleh diajar,
dididik, diasuh dan dilatih.
7. Membantu ke arah kesamaratan ekuiti pendidikan dan menjana pendidikan
berkualiti.

PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATORS).

1. SMK Cherang Ruku ia lah sekolah luar Bandar pesisir pantai telah mencapai
ranking sekolah NKRA 926 dari 2198 buah sekolah di Malaysia.
2. Penarafan Sebagai Sekolah Cemerlang tahun 2009 dan 2010.
3. Penarafan Sekolah Bestari 3 Bintang sejak 2009.
4. Dianugerahi anugerah Seri Asrama Terbilang peringkat Negeri Kelantan tahun
2010.
5. Dapat mengekalkan pencapaian STPM 100% sejak 2008 dan 2009.
6. Pencapaian lulus 100% dalam 9 mata pelajaran peperiksaan SPM 2009 bagi
subjek Teknologi Maklumat & komunikasi, EST, Pendidikan Seni Visual,
Pendidikan Moral, Perdaganagan, Kimia, Biologi, Fizik dan grafik komputer.
7. Lompatan saujana PMR 2009 dari 44.6% ke 63.02%
8. Pertama kali menjadi juara Olahraga MSSK Daerah Pasir Puteh tahun 2010 sejak
penubuhan sekolah tahun 1990.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-90554725346086688062010-10-20T22:45:00.000-07:002010-11-02T18:12:39.174-07:00PERANCANGAN STRATEGIK SMK KAMIL TERSOHOR 2011 - 2015.VISI

SMK KAMIL AKAN MELAHIRKAN PELAJAR KELAS PERTAMA BERTARAF GLOKAL.

MISI

SMK KAMIL BERUSAHA MENJANA PENDIDIKAN BESTARI KE ARAH MELAHIRKAN PELAJAR TERBILANG SECARA HOLISTIK.

NILAI KORPERAT

K = KETERAMPILAN

A = AMANAH

M = MUAFAKAT

I = ILTIZAM

L = LUHUR

SMK KAMIL TERSOHOR
KERANA

1. WARGANYA YANG BERIMAN, BERTAKWA DAN BERAMAL SOLEH.

2. WARGANYA YANG BERILMU DAN MENGAMALKAN BUDAYA ILMU DALAM KEHIDUPAN.

3. WARGANYA YANG BERAKHLAK MULIA, BERBUDI PEKERTI LUHUR DAN SENTIASA MENGAMALKAN
NILAI-NILAI MURNI DALAM KEHIDUPAN.

4. WARGANYA YANG CERGAS, SIHAT, AKTIF DAN MEMPUNYAI DAYA JUANG YANG TINGGI.

5. PELAJAR YANG SENTIASA BERDIKARI.

6. WARGANYA YANG KREATIF, INOVATIF DAN ANALITIKAL SERTA PEKA KEPADA PERKEMBANGAN
SAINS DAN TEKNOLOGI.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA
ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU
SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS
DARI SEGI INTELEK, EMOSI, ROHANI DAN JASMANI BERDASARKAN
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN.USAHA INI ADALAH UNTUK MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERKETERAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN NEGARA.

FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH.

USAHA YANG TERANCANG, TERKAWAL DAN BERTERUSAN BERDASARKAN PEGANGAN NILAI UTAMA
KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI PELAJAR SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU SERTA MELAHIRKAN PELAJAR BERILMU YANG BERDISIPLIN, BERUSAHA DAN BERBAKTI UNTUK MENCAPAI
KESEJAHTERAAN DIRI, MASYARAKAT, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

MOTO SMK KAMIL

PENGETAHUAN TANGGA KEMAJUAN

MATLAMAT SEKOLAH

• MELAHIRKAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI KEUPAYAAN INTELEK YANG TINGGI, KETAHANAN MENTAL
DAN FIZIKAL.
• MELAHIR PELAJAR YANG BERAKHLAK, BERHEMAH TINGGI, BERTAKWA DAN BERBUDI LUHUR.
• MEMASTIKAN PENGLIBATAN SEMUA PELAJAR UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN
KO-KURIKULUM.
• MEMUPUK SUASANA PERMUAFAKATAN KOMUNITI UNTUK KECEMERLANGAN PELAJAR DAN SEKOLAH.

OBJEKTIF SEKOLAH

• MELAKSANA SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN YANG CEKAP, DINAMIK DAN
TELUS.

• MEMASTIKAN PENCAPAIAN AKADEMIK BERADA PADA TAHAP CEMERLANG.

• MEMBENTUK SAHSIAH TERPUJI DAN BOLEH DICONTOHI.

• MELIBATKAN SEMUA PELAJAR SECARA AKTIF DALAM AKTIVITI KO-KURIKULUM.

• MELAHIRKAN PELAJAR MINDA KELAS PERTAMA.

• MEWUJUDKAN IKLIM DAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG BERSIH,SELAMAT, SELESA DAN INDAH.

PIAGAM PELANGGAN

‘MENUJU KECEMERLANGAN’

KAMI BERJANJI AKAN BERUSAHA UNTUK MEMPERKEMBANGKAN KEUPAYAAN PELAJAR KE ARAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DENGAN MENEKANKAN KEPADA:

1. MENINGKATKAN PRESTASI DAN KECEMERLANGAN PELAJAR DALAM BIDANG KURIKULUM,
KOKURIKULUM DAN SAHSIAH.
2. KEWUJUDAN SUASANA HARMONI, KERJASAMA DAN KEKELUARGAAN DALAM KALANGAN PELAJAR,
GURU DAN IBU BAPA DAN ANGGOTA MASYARAKAT.
3. MENGENALPASTI DAN MENYELESAIKAN MASALAH PELAJAR.
4. BERSEDIA MEMBERI KHIDMAT, MELAYAN DAN MENYELESAIKAN MASALAH DALAM SUASANA MESRA.
5. AMALAN BUDAYA ILMU DAN KERJASAMA SESAMA INSAN DALAM AKTIVITI HARIAN.
6. KETAQWAAN DALAM SELURUH TINDAKAN DAN PERLAKUAN.

PENARAFAN SEKOLAH
BERADA PADA TAHAP

SKOR KESELURUHAN SKPM : 92.50
PERATUS GPS WAJARAN : 72.00
SKOR KOMPOSIT : 78.16%
KEDUDUKAN SEKOLAH IALAH 187/2198

STRATEGI UTAMA

• MEMANTAPKAN ASPEK PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN SERTA SISTEM PENYAMPAIAN
DAN KUALITI PERKHIDMATAN.

• MELAKSANAKAN PROGRAM YANG MEMPUNYAI NILAI TAMBAH DAN KOMPETEN.

• PEMUPUKAN BUDAYA KERJA BERKUALITI DAN PROFESIONAL.

• BEKERJA DENGAN DEDIKASI, AMANAH, PENYAYANG, IKHLAS, GIGIH DAN PROFESIONAL PADA
SETIAP MASA.

• PENYELIAAN, PENCERAPAN DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN.

PRINSIP UTAMA

KAMI BERPEGANG KEPADA PRINSIP BAHAWA:

• PENGETUA SEBAGAI PENGGERAK DAN PENERAJU UTAMA AKTIVITI DAN TERLIBAT SECARA AKTIF.

• GURU SEBAGAI PELAKSANA AKAN BEKERJA DENGAN JUJUR, IKHLAS, BERINTEGRITI DAN AMANAH
BERDASARKAN ’CORE BUSINESS’ DAN MENGUTAMAKAN KUALITI SERTA MEMBERI KEUTAMAAN
TERHADAP PENERAPAN DAN PENGUKUHAN NILAI BUDAYA KUALITI DALAM KERJA SEHARIAN.

• BEKERJA SEPASUKAN DENGAN MEMAINKAN PERANAN BERKESAN UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM,
PROJEK DAN AKTIVITI SERTA MELAKSANAKAN KERJA DENGAN BERTANGGUNGJAWAB DAN
PROFESIONAL.

• MEMPUNYAI KOMITMEN DAN SEMANGAT JUANG UNTUK BERSAING MELONJAKKAN KECEMERLANGAN
SEKOLAH SERTA ADA ’SENSE OF URGENCY’ DAN KOMPETEN.

• IBU BAPA AKAN MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI PENYOKONG DAN PENDORONG UTAMA KEPADA ANAK
MEREKA AGAR BELAJAR UNTUK MENCITRA KECEMERLANGAN.

• PELAJAR BELAJAR TEKUN BELAJAR SECARA BERKESAN.

• KECEMERLANGAN PELAJAR BERGANTUNG KEPADA SIKAP, KECERDASAN ( IQ ), SOSIAL (SQ),
EMOSI (EQ), EMOSI DAN KEROHANIAN ( ESQ ).

• PENDOKUMENTASIAN SETIAP PROGRAM, PROJEK DAN AKTIVITI DENGAN RAPI.

MOTO
PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH

MEREALISASI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SMK KAMIL TERSOHOR.

IKRAR

KAMI STAF SMK KAMIL BERAZAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN DENGAN SUCI HATI.

PENDEKATAN

KONSEP PULANGAN MAKSIMUM
( COST EFFECTIVE CONCEPT )

• MENGURUS SEGALA RESOS MANUSIA, KEWANGAN, FIZIKAL, RUANG DAN MASA DENGAN OPTIMUM,
CEKAP DAN BERHEMAH.

• MENGAMALKAN PRINSIP TANPA CACAT ( ZERO DEFECT ) DAN PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH
( TOTAL QUALITY MANAGEMENT ).

PENDEKATAN BERPERINGKAT ( INCREMENTAL APPROACH )

SEGALA PROGRAM, PROJEK DAN AKTIVITI YANG DIRANCANG PERLU DILAKSANAKAN SECARA BERPERINGKAT, BERJADUAL, BERTERUSAN DAN MENGAMALKAN PRINSIP PENAMBAHBAIKAN ( KAIZEN ).

MELAMPAUI TEORI KONVENSIONAL
( BEYONG THEORY ONE )

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM, PROJEK DAN AKTIVITI MENGGUNAKAN STRATEGI BARU YANG LEBIH BERKESAN, MENGGUNAKAN IDEA BARU DAN LUAR BIASA DARIPA AMALAN BIASA.

PENGURUSAN SETEMPAT
( ON - SITE MANAGEMENT )

PELAKSANAAN TUGASAN DILAKSANAKAN DI SEKOLAH DENGAN MENGAMBILKIRA PELBAGAI FAKTOR MASA, RUANG, KEWANGAN, TENAGA DAN RESOS YANG TERHAD.
MENGUTAMAKAN KERJA SEPASUKAN DAN SECARA KOLEKTIF.

BOTTOM UP APPROACH

MENGAMALKAN PRINSIP DESENTRALISASI IA ITU BERMULA DARI BAWAH KE PERINGKAT ATASAN.

SISTEM AMARAN AWAL
( EARLY WARNING SYSTEM )

• PEMANTAUAN DAN PENILAIAN DILAKSANA SECARA
SPONTAN DENGAN BERKESAN DAN BERTERUSAN.

• SETIAP PROGRAM, PROJEK DAN AKTIVITI DIWUJUDKAN INDEK PETUNJUK KEJAYAAN
( KEY PERFORMANCE INDICATOR ) UNTUK MENGETAHUI STATUS PERKEMBANGAN DAN TAHAP
PRESTASI.

SWOT ANALYSIS

STRENGHTS ( KEKUATAN)

• GURU-GURU BERPENGALAMAN.

• MEMPUNYAI SERAMAI 16 ORANG GURU CEMERLANG.

• SEKOLAH PREMIER DAN SEKOLAH BESTARI 5 BINTANG.

• GURU MENGUASAI KEMAHIRAN ICT.

• MENJALIN HUBUBGAB BAIK DENGAN PIBG, KOMUNITI DAN ALUMNI.

• GURU MEMILIKI MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

WEAKNESSES ( KELEMAHAN )

• INFRASTRUKTUR SEADANYA DAN PERLU PENYENGGARAAN BERTERUSAN.

• SEBAHAGIAN PELAJAR DARI SEKOLAH DAERAH LUAR BANDAR TERDIRI DARIPADA KELUARGA
BERPENDAPATAN RENDAH.

THREATS ( ANCAMAN)

• PELAJAR DARI LUAR BANDAR MENGALAMI MASALAH KEJUTAN BUDAYA.

• PELAJAR TERDEDAH KEPADA GEJALA SOSIAL DI BANDAR.

OPPORTUNITIES ( PELUANG )

• PELAJAR TERPILIH DAN MEMILIKI KELULUSAN AKADEMIK TERBAIK.

• SOKONGAN PADU DARIPADA PIBG,ALUMNI KAMILIAN, KOMUNITI DAN STAKEHOLDER..

PERANCANGAN STRATEGIK SMK KAMIL TERSOHOR

PROJEK 1

SKOR STRAIGHT A'S (STAR)

AKTIVITI

• MESYUARAT PASUKAN PMR, SPM DAN STPM SERTA MENUBUH JAWATAN KUASA BERTINDAK.

• AKUR JANJI DAN PENYEDIAAN LENGKOK PENCAPAIAN AKADEMIK.

• PEMANTAPAN P & P DALAM BILIK DARJAH.

• SEMAKAN BUKU NOTA DAN BUKU LATIHAN PELAJARAN SECARA BERKALA.

• PERFECT SCORE.

• BUDDY ACADEMIC SUPPORT (BAS).

• PEER GROUP TEACHING.

• TEACHERS ON CALL.

• MENTOR- MENTEE.

• GOLDEN HOLIDAY.

• PROGRAM KOLOBORATIF.

• KEM AKADEMIK.

PERANCANGAN STRATEGIK
SMK KAMIL TERSOHOR

PROJEK 2

SEMARAK KOKUM

AKTIVITI

• MESYUARAT PASUKAN PERANCANG DAN MENUBUHKAN JAWATAN KUASA BERTINDAK.

• SUKANTARA.

• KEJOHANAN OLAHRAGA DAN PERMAINAN.

• SUKAN ELIT.

• PESKO

• KO AKADEMIK.

• RIMUP.

• PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM.

PERANCANGAN STRATEGIK
SMK KAMIL TERSOHOR

PROJEK 3

PEMBANGUNAN INSAN

AKTIVITI

• MESYUARAT PASUKAN PERANCANG DAN MENUBUHKAN JAWATAN KUASA BERTINDAK.

• KEM MOTIVASI PEMANTAPAN KENDIRI.

• KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING / PSIKOLOGI.

• KURSUS PENGURUSAN EMOSI DAN STRES.

• GEMPUR MINDA DAN ANJAKAN PARADIGMA.

• ANAK SOLEH.

• ANAK SOLEHAH.

• KHATAM ALQURAN.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-72088421770458645282010-09-29T20:31:00.000-07:002010-09-29T20:33:05.520-07:00Guru oh guru sebagai pendidik.The Actual Teacher ;
1. Bad teacher always complains.
2. Good teacher always explains.
3. Better teacher always demonstrates.
4. Best teacher always motivates.
5. Great teacher always inspires.

Peranan yang boleh diamalkan oleh seorang insan yang bergelar guru:-

1. Guru sebagai pelaksana dan penterjemah kurikulum yang telah digubal melalui proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan di luar bilik darjah.
2. Guru perlu bertindak sebagai agen inovasi dan membuat nilai tambah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Guru perlu mahir dalam memberi layanan yang sewajarnya kepada pelajar yang terdiri dari pelbagai aras kebolehan.
4. Guru perlu faham dirinya sendiri dan kenali potensi setiap pelajar. Jangan under estimated kerana pelajar penuh dengan fantasi , emosi dan idea (love for learning and love for learners)
5. Guru yang signifikan menjadi faktor yang dapat mempengaruhi proses pembelajaran pelajar.Guru perlu berkeupayaan melakukan perubahan minda, emosi dan perubahan tingkah laku positif setiap individu pelajar.
6. Guru berpengetahuan dan berminat terhadap subjek yang diajar dan ada keprihatinan yang tulen terhadap minat dan masalah pelajar.
7. Berkeupayaan dan ada komitmen tinggi untuk berusaha agar pelajar benar-benar terlibat dan mengambil bahagian di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
8. Ada kefahaman tentang apa yang perlu dan apa yang menjadi kemahuan pelajar.
9. Memiliki kemahiran konseptual, interpersonal dan teknikal tentang proses pengajaran dan pembelajaran yang meliputi perancangan pengajaran, teknik pengajaran, teknik penyoalan, perbincangan, penyertaan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan boleh membuat penilaian keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan di luar bilik darjah.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-82828362545845316692010-06-28T23:59:00.000-07:002010-07-05T16:49:54.950-07:00KEPENGETUAAN SEORANG PENGETUA SEBAGAI CEO KEPIMPINAN SEKOLAH.Pengetua sebagai CEO di sekolah merupakan seorang individu yang menentukan jatuh bangun sesebuah sekolah. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh Pengetua ia lah kenalpasti masalah utama sekolah yang perlu diambil tindakan untuk mengatasinya. Kenalpasti kelemahan dan kekuatan sekolah serta mengambil peluang yang ada untuk meminimumkan ancaman untuk menjadi sekolah bergerak (moving school).Sekolah yang tidak diurus dengan baik akan menjadi sekolah hanyut (sinking school).

Pengetua mesti memahami bahawa peranan sebagai kepimpinan instruksional (instructional leader) amat penting untuk merancang, melaksana dan menilai agar kegagalan itu berada pada tahap minimum.Pengetua memastikan peningktan pencapaian berdasar GPS dan KPI tercapai. Sebagai contoh ialah pelaksanaan aktiviti pembudayaan ilmu dan inovasi di kalangan guru dan murid. Aktiviti menangani salahlaku moral (muflis akhlak) dilaksanakan oleh Guru Pendidikan Islam dan Guru Pendidikan Moral.Kaunselor menyediakan data TOV dan ETR salahlaku disiplin berdasarkan rekod disiplin yang ada pada Guru Disiplin serta membuat analisis data dan post mortem untuk mencapai keberhasilan aktiviti yang impaknya menambahbaik mutu disiplin pelajar.

Fungsi utama.

Pengetua sebagai CEO di sekolah mampu melakukan transformasi untuk mengubah
status-quo sekolah menjadi cemerlang Berjaya melahirkan modal insan minda kelas pertama bertaraf dunia dan melonjak kecemerlangan sekolah sebagai institusi pendidikan yang dapat bersaing di pentas dunia.

Perkara yang perlu diberi keutamaan seperti berikut:-

a. Membentuk sahsiah pelajar yang baik dan berketrampilan yang dapat mengawal emosi dan bertindak dalam pelbagai situasi yang rencam.
b. Berusaha membina budaya ilmu untuk mengatasi kejahilan agar pelajar dapat menikmati keindahan ilmu kerana ilmu dapat menukar nilai yang tidak baik dan dapat memajukan bangsa menjadi inovatif dan kreatif.
c. Memiliki personaliti unggul (towering personality).Boleh memimpin bukan dipimpin, mahir berkomunikasi dan berkemahiran insaniah (soft skill).
d. Menyediakan Perancangan Strategik bersistematik untuk melonjak kecemerlangan sekolah.
e. Bersedia mempersiapkan sekolah menjadi sekolah berprestasi tinggi.

FAKTOR KEJAYAAN PENGETUA.

a. Komited untuk bekerja dengan suci hati.Menanam komitmen dalam diri melakukan kerja dengan membuat inovasi dan kreatif. Melakukan kerja dengan cepat, cekap dan berhemah.Elak kerja bertangguh.Melakukan pembaharuan dan penambahbaikan berterusan. Melakukan kerja dan tugas harian untuk mencipta kejayaan.
b. Bekerja dengan agresif.Sentiasa mendesak untuk mencapai matlamat dan keberhasilan.Bekerja dalam semangat bermujahadah dan istiqamah.Kerja dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mencipta kejayaan dan kecemerlangan.Bersikap tegas dan bijak membuat keputusan dengan tangkas.
c. Sentiasa mendapat sokongan dan dokongan semua staf di sekolah serta ibu bapa dan pelajar untuk merealisasi visi dan misi sekolah.Pengetua menjadi rule model dan boleh diikut dan dicontohi oleh staf bawahan.

Dailema Pengetua.

1. Gagal menonjolkan diri sebagai kepimpinan sekolah yang berkesan.Tidak bertindak sebagai kepimpinan instruksional. Melaksana tugas rutin dan ’ceremony’ sahaja. Aspek pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran tidak diberi keutamaan.Kebanyakan tugas di delegasi dan empowerment kepada pemimpin pertengahan (middle leaders) seperti Penolong Kanan pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Ko-Kurikulum serta Guru Kanan Mata Pelajaran. Delegasi dan empowerment dibuat tanpa kawalan.
2. Tidak memiliki kemahiran merancang, mengurus, memimpin dan mengelola sekolah secara berkesan. Tidak ada ilmu pengurusan sekolah dan tidak berpengalaman.Tidak berusaha membuat koloboratif dengan Pengetua Cemerlang dan Pengetua Kanan yang berpengalaman.Tidak membuat networking dengan sekolah lain.
3. Pengetua tidak memiliki ’Strategic Thinking’.Tidak realistik, ’unlearn’ dan ’relearn’ serta bertindak mengikut perasaan, tidak rasional dan profesional.Tidak memiliki stail kepimpinan pelbagai dan sentiasa bergantung kepada nasib serta takdir.Tidak berusaha mengubah diri sendiri dan gagal membawa perubahan kepada kemenjadian murid.

Tanggungjawab Pengetua.

1. Sentiasa patuh kepada pekeliling Iktisas sebagai sumber dan punca kuasa.
2. Sentiasa berfikiran terbuka dan berlapang dada.Sentiasa menganggapkan bahawa pendapat sendiri tidak semua betul.Pendapat pihak lain tidak semuanya salah.
3. Jangan mencari pelbagai alasan tetapi cari jalan.Tidak perlu alasan kecuali keberhasilan.
4. Jawatan dan gred jawatan bukan status-quo tetapi satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu ditunai.
5. Melaksanakan penyeliaan, pencerapan dan pemantauan berfokus proses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.
6. Mengutamakan kecemerlangan pelajar agar berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum serta memiliki sahsiah cemerlang.
7. Sentiasa ’jentik’ dan ’geletek’ guru untuk bekerja dan mengajar dengan berkesan.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-54388899398029640092010-05-15T22:49:00.000-07:002010-05-15T22:50:41.870-07:00SAJAK.SELAMAT HARI GURU CIKGU

Pada tarikh 16 Mei
meniti ucapan
selamat Hari Guru
buat insan
bergelar guru.

Ajarlah dengan menyebut nama Allah
Tuhan Maha Pencipta
didiklah dengan menggunakan pena
agar di suatu hari nanti akan lahir
modal insan minda kelas pertama
berkemahiran tinggi
berbudi luhur.

Cikgu ibarat kandil kemerlap
seperti pelita di jendela
membakar diri
menerangi
di malam gelap.

Jangan ada dusta di antara kita
dokong amanah negara
kerana guru bagai akitek
masa depan anak bangsa.

Cikgu
bila ada waktu mu
tunaikan amanah itu
tuaikan seribu harapan
jangan dibiarkan
itek di air mati kehausan
ayam di kepok mati kelapan
bunga kembang tak jadi.

Sebenarnya
guru pewaris anbia.

Haji Zainuddin Bin Harun
Pengetua
SMK Cherang Ruku
Pasir Puteh, Kelantan
16 Mei 2010.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-84890795208438103462010-05-10T22:57:00.000-07:002010-05-10T22:58:13.549-07:00SAJAK.SEPANJANG PERJALANAN INI.

Bila sudah tiba waktu
semua orang akan tahu
tidak perlu sedu sedan itu
mahu tak mahu
kaki terpaksa melangkah pergi
selamat tinggal buat semua.

Sepanjang perjalanan
telah didaki gunung-ganang
telah didaki bukit bukau
cerun dan jurang dituruni
padang luas telah direntasi
telah diredah hutan belantara
telah diselami lautan luas
dengan berbekal semangat dan sebuah harapan
menjadi seorang guru
Pembina Negara Bangsa.
medan perjuangan sebuah sekolah.

Di bilik darjah
ilmu dicurah
tanpa jemu mengajar dan mendidik
akan lahir
seorang murid minda kelas pertama
berkemahiran tinggi dan berbudi luhur
patriotiknya kepada Agama, Negara dan Bangsa Malaysia.

Terima kasih
di atas segala kerjasama dan pertolongan yang ikhlas
segalanya tidak terbalas
moga Allah SWT
yang akan memberi ganjaran
walaupun sebesar zarah

Di album hati tetap terukir segala peristiwa
senyum dan ketawa
susah dan senang bersama
kalian tetap di hati ini.

Kini di hujung perkhidmatan
sesekali menoleh ke belakang
kaki terus melangkah ke depan
rupanya sudah jauh perjalanan
destinasi terakhir tentunya
akan kembali
menemui Ilahi.

Haji Zainuddin Bin Harun
Pengetua
SMK Cherang Ruku
Pasir Putih,Kelantan
11.052010.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-1606868159719793622010-05-04T19:53:00.000-07:002010-05-05T19:39:53.992-07:00PENGETUA OH PENGETUA.Pengetua sebagai peneraju utama sekolah berkesan. Kepimpinan Pengetua akan menentukan halatuju dan jatuh bangun sesebuah sekolah.Pengetua harus faham dan melaksanakan peranan sebagai kepimpinan instruksional.Kenalpasti kekuatan dan kelemahan sekolah. Pandai mengurus segala macam ancaman dan pandai mengambil peluang yang ada untuk meneruskan kelangsungan sekolah sebagai institusi pendidikan untuk melonjak kemenjadian modal insan yang berilmu dan berkemahiran tinggi.

Pengetua sebagai kepimpinan instruksional mesti merangka dan melaksanakan Perancangan Strategik Sekolah dalam tempoh 3 tahun atau 5 tahun dengan merancang, melaksana dan menilai keberkesanan program, projek dan aktiviti untuk mencapai visi sekolah.

Faktor kritikal kejayaan seseorang Pengetua bergantung kepada sifat ’Towering personality’ yang perlu dimiliki. Komited menjalankan tugas harian untuk berjaya. Berkeupayaan menanam komitmen dalam diri dengan melakukan kerja dengan berhemah dan cepat serta menggelakkan kerja bertangguh.

Seorang Pengetua mesti boleh berkomunikasi secara berkesan dengan dapat mengungkapkan misi dan visi sekolah dengan cara menarik yang dapat menyentuh perasaan staf di bawahnya serta dapat mendorong semangat untuk rela bekerja dengan ikhlas dan beramanah.Pengetua perlu ada sifat agresif dengan sentiasa mendesak untuk mencapai matlamat yang dirancangkan.

Pengetua bekerja dalam semangat bermujahadah. Melaksanakan kerja dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah untuk mencapai pertunjuk prestasi utama (KPI).Berkeupayaan menarik sokongan staf untuk bekerja bersama-sama dengan Pengetua dalam semua keadaan dalam suasana yang harmonis.

Pada kebiasaannya seseorang Pengetua sentiasa menghadapi halangan dan rintangan kerana tidak ada sifat ’Towering Personality’. Malas melaku seuatu penambahbaikan kerana lemah pemikiran dan mudah terpengaruh dengan keseronokan dunia serta cepat bosan dan jemu.

Isu utama ia lah kegagalan dan ketidak berkesanan Pengetua sebagai kepimpinan instruksional. Di sekolah menengah masih kedapatan pelajar yang tidak menguasai kemahiran asas linus dan numerasi. Penyampaian pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah kurang berkesan. Didapati guru mengajar tetapi pelajar tidak belajar.Sekolah menjadi tempat pelajar membuang masa. Kelemahan dapat dikesan dalam kemerosotan prestasi peperiksaan awam dari segi Gred Purata Sekolah(GPS), penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum secara sambil lewa dan peratus peningkatan keruntuhan disiplin pelajar berkaitan moral dan gejala sosial semakin meningkat.

Justeru itu beberapa langkah strategik boleh dirangka dan dilaksanakan oleh Pengetua sebagai kepimpinan utama sekolah dengan melaksanakan Pelan Tindakan Strategik dalam aspek berikut:-

1. Aspek kemuflisan sahsiah pelajar untuk menangani masalah disiplin, gejala sosial dan keruntuhan akhlak pelajar. Tugasan ini boleh dilaksanakan oleh Kaunselor, Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Pendidikan Moral melalui pengumpulan data salahlaku disiplin dan membuat penetapan TOV, ETR dan ATR.Seterusnya merangka perancangan, pelaksanaan dan penilaian aktiviti.
2. Aspek Pembudayaan Ilmu dan Inovasi dikalangan guru dan pelajar.Tugasan ini boleh dilaksana oleh Pusat Sumber dan Pusat Akses.Usaha meningkatkan suasana Pusat Sumber menjadi kondusif dan pembestarian sekolah serta Pusat sumber dan Pusat Akses sebagai koridor ilmu.
3. Semarak kokurikulum dengan mengaktifkan semula sukan dan permainan, persatuan dan kelab dan unit beruniform.Aktiviti kokurikulum dapat membentuk jati diri, memupuk perpaduan dan memupuk bakat kepimpinan pelajar. Aktiviti kokurikulum dilaksana sepanjang tahun. Jangan menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai aktiviti bermusim dan memenuhi keperluan serta arahan pihak atasan sahaja.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-61937747516145633852010-03-07T17:25:00.000-08:002010-03-07T17:26:42.947-08:00SAJAK.SALAM SEJAHTERA CIKGU

Aku tulis sajak ini
dari dairi hati
untuk yang disayangi
guru oh guru
aku persembahkan kepada kalian
dengan tulus ikhlas
walau tidak seindah madah pujangga
terimalah ucapan dari lubuk kalbu
salam sejahtera cikgu.

Tabahkan hati kalian
kerana tangan guru
akan melakar
mencitra dan mengarca
berjuta watak.

Disinar wajah kalian
terpancar seribu sinar
harapan pelajar.

Setitik keringat
setitis air mata bening
senyuman di bibir dan secangkir madah
ada selaut budi
selangit harapan
tentunya akan ada tanda syukur
meniti indah
sepanjang perjalanan kehidupan
bersama ingatan tulus ikhlas
kekal abadi
sepanjang zaman
kerana guru pewaris para Anbia.

Haji Zainuddin Bin Harun
Pengetua
SMK Cherang Ruku
Pasir Puteh, Kelantan.
08.03.2010.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-43664643214657492092010-03-03T19:28:00.000-08:002010-03-03T19:29:32.143-08:00SAJAK.Asrama SMKCR

Asrama SMKCR
asramaku
asrama terbilang
aku bernaung
di bawah pohonan rimbun kasihmu
menitip ilmu
menatang selaut harapan
kan aku buru kecemerlangan
berbekal sekelumit semangat
demi masa depan
yang gemilang.

Aku berjanji
atas nama
sebuah perjuangan
akan aku tunai semua ikrar
akan aku tuai segala kejayaan
mengukir
kecemerlangan
asrama terbilang.

Asramaku
namamu tetap disebut
terpahat dalam lipatan nostaljia
segala jasa dan pengorbanan
penyelia asrama dan warden
akan di kenang sepanjang hayat.

Haji Zainuddin Bin Harun
Pengetua
SMK Cherang Ruku
04.03,2010.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-43190822208110376792010-02-28T20:03:00.000-08:002010-03-01T15:54:48.832-08:00SAJAK.Padamu Jua Guruku.

Telahpun sampai waktu
semua orang tahu
SMKCR melakar sejarah baru
kecemerlangan PMR, SPM dan STPM tahun 2009
menjadi penentu
mencitra sekolah cemerlang
yang diukir dalam visimu.

Diucapkan setinggi pujian
oleh sekalian
dari bibir ke bibir
SMKCR telah tersohor
berjaya melonjak kecemerlangan
melahir pelajar berwawasan.

Padamu jua guruku
ada kekuatan sebuah satu pasukan guru
yang tanpa jemu
menitiskan ilmu
melahir pelajar yang berilmu.

Biarpun susah sungguh
SMKCR telah berubah
menjadi sekolah
bergerak gagah
menongkah
arus perdana
menjadi sekolah berwatak
melonjak
menjadi sekolah cemerlang dan terbilang
di Semerak.

Haji Zainuddin Bin Harun
Pengetua
SMK Cherang Ruku
Pasir Puteh
Kelantan.
01.03.2010.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-31971306309723170262010-02-09T15:51:00.000-08:002010-02-09T16:03:59.240-08:00RANGKA PENYEDIAAN PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH.Satu perancangan jangka pendek atau panjang secara cekap,teliti, berfokus dengan mengambilkira budaya sekolah.

ELEMEN PERLU ADA DALAM USAHA PENYEDIAAN PERANCANGAN STRATEGIK.

1. Penetapan Visi
2. Pengubalan Misi
3. Kajian Keperluan/ Isu Utama
4. Analisis Persekitaran
5. Senarai Strategi Alternatif
6. Pilih Strategi
7. Pembentukan Matlamat
8. Penerapan Nilai-Nilai Utama
9. Pelan Pelaksanaan Strategik (Pendek / Panjang)
10. PenilaianNoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-58108421078011062812010-01-22T20:39:00.000-08:002010-07-18T07:25:37.875-07:00PERANCANGAN STRATEGIK PROGRAM PERUBAHAN TERANCANG DAN PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN SMK CHERANG RUKU TAHUN 2011 HINGGA 2015.VISI

MEREALISASIKAN SEKOLAH CEMERLANG
UNTUK MENJADIKAN PELAJAR TERBILANG.

MISI

MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN KONDUSIF
MELALUI
USAHA MEMBUDAYAKAN PENGAJARAN BERKESAN
KE ARAH
MELAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG DAN TERBILANG
DI BIDANG AKADEMIK, KO-KURIKULUM DAN SAHSIAH.

NILAI UTAMA

• BERDEDIKASI KEPADA BUDAYA KECEMERLANGAN.
• BERTINDAK ADIL DAN BERINTEGRITI.
• BEKERJA DENGAN SEMANGAT TINGGI.
• BEKERJASAMA DAN BERSEDIA MEMBANTU ANTARA SATU SAMA LAIN.
• BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN.
• BERFIKIRAN TERBUKA.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, EMOSI, ROHANI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN. USAHA INI ADALAH UNTUK MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN NEGARA.

FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH.

USAHA YANG TERANCANG, TERKAWAL DAN BERTERUSAN BERDASARKAN PEGANGAN NILAI UTAMA KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI PELAJAR SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU SERTA MELAHIRKAN PELAJAR BERILMU YANG BERDISIPLIN, BERUSAHA DAN BERBAKTI UNTUK MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI, MASYARAKAT, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

MOTTO SMKCR.

BERDISIPLIN

BERUSAHA

BERBAKTI

MATLAMAT SEKOLAH.

• MELAHIRKAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI KEUPAYAAN INTELEK YANG TINGGI, KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL.
• MELAHIR PELAJAR YANG BERAKHLAK, BERHEMAH TINGGI, BERTAKWA DAN BERBUDI LUHUR.
• MEMASTIKAN PENGLIBATAN SEMUA PELAJAR UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN KO-KURIKULUM.
• MEMUPUK SUASANA PERMUAFAKATAN KOMUNITI UNTUK KECEMERLANGAN PELAJAR DAN SEKOLAH.

OBJEKTIF SEKOLAH.

• MELAKSANA SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN YANG CEKAP, DINAMIK DAN TELUS.
• MEMASTIKAN PENCAPAIAN AKADEMIK BERADA PADA TAHAP CEMERLANG.
• MEMBENTUK SAHSIAH TERPUJI DAN BOLEH DICONTOHI.
• MELIBATKAN SEMUA PELAJAR SECARA AKTIF DALAM AKTIVITI KO-KURIKULUM.
• MELAHIRKAN PELAJAR MINDA KELAS PERTAMA.
• MEWUJUDKAN IKLIM DAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG BERSIH, SELAMAT, SELESA DAN INDAH.

PIAGAM PELANGGAN.

MENGUTAMAKAN KUALITI:

1. MEMBERI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI DAN BERSEMANGAT TINGGI.
2. MENYEDIAKAN RANGSANGAN UNTUK MENAMBAHKAN SEMANGAT BELAJAR DAN MEMBINA SIKAP POSITIF SERTA MENCAPAI KECEMERLANGAN.
3. MEMBINA DANMENGEKALKAN BUDAYA CEMERLANG DALAM KURIKULUM DAN KO-KURIKULUM.
4. MELAHIRKAN PELAJAR BERMORAL TINGGI, BERAKHLAK MULIA DAN BERTAKWA.
5. MEMUPUK KESEDARAN DAN BERTANGGUNJAWAB YANG TINGGI DI KALANGAN GURU DAN STAF SOKONGAN.
6. MENINGKATKAN PERMUAFAKATAN DAN PENGLIBATAN PIBG SECARA BERTERUSAN DALAM URUSAN PENDIDIKAN SEKOLAH.
7. MEWUJUDKAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG BERSIH,SELAMAT, SELESA DAN INDAH.

KAMI SEDIA MENERIMA TEGURAN DAN SARANAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN KAMI.

STANDARD TINGGI KUALITI PENDIDIKAN.

PENARAFAN SEKOLAH BERADA PADA TAHAP 6 SEKOLAH CEMERLANG (INDEK KOMPOSIT 87 %) DAN SEKOLAH BESTARI TAHAP 3 BINTANG.

STRATEGI UTAMA.

• MEMANTAPKAN ASPEK PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN SERTA SISTEM PENYAMPAIAN DAN KUALITI PERKHIDMATAN.

• MELAKSANAKAN PROGRAM YANG MEMPUNYAI NILAI TAMBAH DAN KOMPETEN.

• PEMUPUKAN BUDAYA KERJA BERKUALITI DAN PROFESIONAL.

• BEKERJA DENGAN DEDIKASI, AMANAH, PENYAYANG, IKHLAS, GIGIH DAN PROFESIONAL PADA SETIAP MASA.

• PENYELIAAN, PENCERAPAN DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN.

PRINSIP.

KAMI BERPEGANG KEPADA PRINSIP BAHAWA:

• PENGETUA SEBAGAI PENGERAK DAN PENERAJU UTAMA AKTIVITI DAN TERLIBAT SECARA AKTIF.
• GURU SEBAGAI PELAKSANA AKAN BEKERJA DENGAN JUJUR, IKHLAS, BERINTEGRITI DAN AMANAH BERDASARKAN ’CORE BUSINESS’ DAN MENGUTAMAKAN KUALITI SERTA MEMBERI KEUTAMAAN TERHADAP PENERAPAN DAN PENGUKUHAN NILAI BUDAYA KUALITI DALAM KERJA SEHARIAN.
• BEKERJA SEPASUKAN DENGAN MEMAINKAN PERANAN BERKESAN UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM, PROJEK DAN AKTIVITI SERTA MELAKSANAKAN KERJA DENGAN BERTANGGUNGJAWAB DAN PROFESIONAL.
• MEMPUNYAI KOMITMEN DAN SEMANGAT JUANG UNTUK BERSAING MELONJAKKAN KECEMERLANGAN SEKOLAH SERTA ADA ’SENSE OF URGENCY’ DAN KOMPETEN.
• IBU BAPA AKAN MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI PENYOKONG DAN PENDORONG UTAMA KEPADA ANAK MEREKA AGAR BELAJAR UNTUK MENCITRA KECEMERLANGAN.
• PELAJAR BELAJAR TEKUN BELAJAR SECARA BERKESAN .
• KECEMERLANGAN PELAJAR BUKAN BERGANTUNG KEPADA DARJAH KECERDASAN ( IQ ) SAHAJA TETAPI LEBIH KEPADA SIKAP ( ESQ ).
• PENDOKUMENTASIAN SETIAP PROGRAM, PROJEK DAN AKTIVITI DENGAN RAPI.

MOTTO PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH.

MEREALISASIKAN
KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SEKOLAH.

IKRAR:

KAMI STAF SMK CHERANG RUKU
BERAZAM
MELAKSANAKAN
TANGGUNJAWAB YANG DIAMANAHKAN DENGAN SUCI HATI.

PENDEKATAN.

KONSEP PULANGAN MAKSIMUM
( COST EFFECTIVE CONCEPT )

• MENGURUS SEGALA RESOS MANUSIA, KEWANGAN, FIZIKAL, RUANG DAN MASA DENGAN OPTIMUM, CEKAP DAN BERHEMAH.
• MENGAMALKAN PRINSIP TANPA CACAT ( ZERO DEFECT ) DAN PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH
( TOTAL QUALITY MANAGEMENT ).

PENDEKATAN BERPERINGKAT.
( INCREMENTAL APPROACH ).

• SEGALA PROGRAM, PROJEK DAN AKTIVITI YANG DIRANCANG PERLU DILAKSANAKAN SECARA BERPERINGKAT, BERJADUAL, BERTERUSAN DAN MENGAMALKAN PRINSIP PENAMBAHBAIKAN ( KAIZEN ).

MELAMPAUI TEORI KONVENSIONAL
( BEYONG THEORY ONE ).

• PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM, PROJEK DAN AKTIVITI MENGGUNAKAN STRATEGI BARU YANG LEBIH BERKESAN, MENGGUNAKAN IDEA BARU DAN LUAR BIASA DARIPA AMALAN BIASA.

PENGURUSAN SETEMPAT
( ON - SITE MANAGEMENT ).

• PELAKSANAAN TUGASAN DILAKSANAKAN DI SEKOLAH DENGAN MENGAMBILKIRA PELBAGAI FAKTOR MASA, RUANG, KEWANGAN, TENAGA DAN RESOS YANG TERHAD.
• MENGUTAMAKAN KERJA SEPASUKAN DAN SECARA KOLEKTIF.

BOTTOM UP APPROACH.

• MENGAMALKAN PRINSIP DESENTARLISASI IA ITU BERMULA DARI BAWAH KE PERINGKAT ATASAN.

SISTEM AMARAN AWAL
( EARLY WARNING SYSTEM ).

• PEMANTAUAN DAN PENILAIAN DILAKSANA SECARA SPONTAN DENGAN BERKESAN DAN BERTERUSAN.
• SETIAP PROGRAM, PROJEK DAN AKTIVITI DIWUJUDKAN INDEK PETUNJUK KEJAYAAN ( KEY PERFORMANCE INDICATOR ) UNTUK MENGETAHUI STATUS PERKEMBANGAN DAN TAHAP PRESTASI.

SWOT ANALYSIS.

STRENGHTS ( KEKUATAN ).

• GURU BERKELAYAKAN DAN BERPENGALAMAN.
• ADA KEMUDAHAN MAKMAL KOMPUTER, PUSAT AKSES, BILIK MEDIA, BILIK PPSMI, BILIK BAHASA, BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP, PUSAT SUMBER, BENGKEL MPV, MAKMAL SAINS DAN ASRAMA.
• SUMBER KEWANGAN DAN TABONG PIBG YANG BEGITU MANTAP.
• BAHAN RUJUKAN, BBB DAN ABM MENCUKUPI.
• PROGRAM KECEMERLANGAN YANG MANTAP.
• PASUKAN GURU PMR, SPM DAN STPM MANTAP.
• ASRAMA SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN AKADEMIK.

WEAKNESSES ( KELEMAHAN ).

• KEMUDAHAN INFRASTRUKTUK TIDAK DIMANFAAT SECARA MAKSIMUM OLEH PELAJAR.
• BILIK DARJAH TIDAK MENCUKUPI.
• KEHADIRAN KELAS TUISYEN SEKOLAH TIDAK KONSISTEN.
• PELAJAR KURANG KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN BELAJAR DI RUMAH.
• PELAJAR KURANG KOMITMEN DAN SUKA MEMBUANG MASA DENGAN AKTIVITI YANG TIDAK BERMANFAAT.
• TAHAP PENGUASAAN ICT DI KALANGAN PELAJAR AMAT RENDAH DAN LEMAH.
• PELAJAR KURANG BERMOTIVASI, TIDAK BOLEH BERDIKARI DAN PERLU BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA GURU.
• 85 % PELAJAR BERADA PADA TAHAP PENGUASAAN MINIMUM AKADEMIK DAN 15 % TIDAK CAPAI TAHAP PENGUASAAN MINIMUM AKADEMIK.
• 90 % PELAJAR TERDIRI KELUARGA MISKIN.
• PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BERADA PADA TAHAP 90 % LEMAH.
• IBU BAPA BERADA PADA ’ZON SELESA’ DENGAN MENYERAHKAN TABGGUNGJAWAB MENDIDIK ANAK-ANAK MEREKA KEPADA SEKOLAH.

THREATS ( ANCAMAN ).

• MORAL DAN SAHSIAH TIDAK BERKUALITI.
• KEMISKINAN MATERIAL, ROHANI, DAN MENTAL.
• PERSEKITARAN LUARAN SEKOLAH YANG TIDAK KONDUSIF.
• BERHENTI SEKOLAH DAN TERPAKSA BEKERJA UNTUK MEMBANTU KELUARGA.
• IBU BAPA KURANG BERI PENGAWASAN ANAK-ANAK MEREKA DI RUMAH.
• PENGARUH KURANG SIHAT DARIPADA RAKAN YANG TIDAK BERSEKOLAH.
• IBU BAPA KURANG PEKA DAN TIDAK BERPENGETAHUAN TENTANG PERKEMBANGAN DUNIA PENDIDIKAN TERKINI.

OPPORTUNITIES ( PELUANG ).

• SUMBANGAN KEWANGAN DARI KOMUNITI LUAR.
• BELAJAR DENGAN PERANTARA MEDIA ICT.
• PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPTA, IPTS, MRSM, POLITEK, SEKOLAH BERASRAMA PENUH, INSTITUT KEGURUAN SERTA LAIN-LAIN INSTITUSI ADA TERBUKA LUAS.
• BANTAUAN KEAWANGAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUIAN, PIBG DAN TABONG KEBAJIKAN SEKOLAH.
• BANTUAN AHLI JAWATAN KUASA PIBG DAN POLIS MENGURANGKAN MASALAH SALAHLAKU DISIPLIN DAN MASALAH SOSIAL YANG KURANG SIHAT DI LUAR KAWASAN SEKOLAH.

PERANCANGAN STRATEGIK
PROGRAM PERUBAHAN TERANCANG.

PROJEK 1.

PAKAT RATAN.

AKTIVITI:
• MESYUARAT PASUKAN PMR, SPM DAN STPM SERTA MENUBUH JAWATAN KUASA BERTINDAK.
• AKUR JANJI DAN PENYEDIAAN LENGKOK PENCAPAIAN AKADEMIK.
• PEMANTAPAN P & P DALAM BILIK DARJAH.
• SEMAKAN BUKU NOTA DAN BUKU LATIHAN PELAJAR.
• KELAS TUISYEN SEKOLAH.
- KELAS SERAMBI.
- GOLDEN HOLIDAY.
- KELAS GEMILANG ( ELIT ).
- KELAS BIMBINGAN GALUS DAN HALUS.
- KELAS GEMS TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5.

• BERSAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING.
-TEMU MESRA
- KONSULTASI.
- MENGAPAI BINTANG.
- MOTIVASI.
• LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE IPTA DAN IPTS.
• KEM MATA PELAJARAN, SEMINAR DAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN PMR, SPM DAN STPM.
• TEACHERS ON CALL ( TOC ).
• ANUGERAH KECEMERLANGAN.
• 1001 SOALAN ( AKTIVITI PECUTAN, LATIH TUBI, LATIH AMAL DAN ASSINGMENT).
• PEER GROUP TEACHING (RAKAN DINAMIK).
• SOLAT HAJAT .
• MAJLIS IXZIN ILMU.

PERANCANGAN STRATEGIK PROGRAM PERUBAHAN TERANCANG.

PROJEK 2.

SEMARAK KOKUM.

AKTIVITI.

• MESYUARAT PASUKAN PERANCANG DAN MENUBUHKAN JAWATAN KUASA BERTINDAK.
• SUKAN TARA.
• KEJOHANAN OLAHRAGA DAN PERMAINAN.
• SUKAN ELIT ( HOKI, PING PONG DAN TAKRAW ).
• PERTANDINGAN KO-AKADEMIK.
• PERKHEMAHAN PASUKAN BERUNIFORM.
• LARIAN KEMERDEKAAN.
• BASIKALTON.
• RIMUP.
• PESKO.

PERANCANGAN STRATEGIK PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN.

PROJEK 3.

JIMAT

AKTIVITI.

• MESYUARAT PASUKAN PERANCANG DAN MENUBUHKAN JAWATAN KUASA BERTINDAK.
• KEM MOTIVASI PEMANTAPAN KENDIRI.
• KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING / PSIKOLOGI.
• KURSUS PENGURUSAN EMOSI DAN STRES.
• GEMPUR MINDA DAN ANJAKAN PARADIGMA.
• ANAK SOLEH.
• ANAK SOLEHAH.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-38186276985971149562010-01-18T18:57:00.001-08:002010-02-01T15:29:28.439-08:00SAJAK.YAKIN BOLEH CEMERLANG.

SMKCR
Namamu telah terukir
dari bibir ke bibir
tersohor sekolah luar Bandar
melakar lompatan saujana PMR.

Pun begitu
di depan masih ada cabaran
tetap menanti dengan cemburu
dalam ruang waktu itu
berlaku
satu pertempuran baru
akan tumpah peluh dan air mata guru.

Mari kita bersama
membina kekuatan
bulatkan iltizam
yakin boleh cemerlang
merealisasikan sekolah cemerlang
untuk menjadikan pelajar terbilang.

Kejayaan dan kecemerlangan
Tetap dalam genggaman.

Pasti akan terjadi
Lompatan saujana sekali lagi.

Haji Zainuddin Bin Harun
Pengetua,
SMK Cherang Ruku,
Pasir Puteh, Kelantan.
18 Januari 2010.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-61758944292128306852010-01-16T18:47:00.000-08:002010-01-17T18:45:26.716-08:00SAJAK.Setinggi penghargaan kepada Pasukan PMR 2009 kerana lompatan saujana PMR 2009
dan menjadi sekolah terbaik luar bandar Negeri Kelantan.

Istimewa untuk Cikgu Zalani Bin Mamat
selaku Guru Penyelaras PMR dan Pencetus idea pakat ratan,
Ustaz Rosidi Bin Ramli, Penolong PPD Pasir Puteh selaku Penghulu SMK Cherang Ruku,
Hajjah Siti Ramlah Bt Mustapha, Penolong Kanan Akademik,
Mohd Rozaki Bin Bakar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Guru Kanan Mata Pelajaran,
Ketua Panitia Akademik,
Kaunselor SMKCR,
Guru Tingkatan 3,
Pengerusi dan AJK PIBG,
Ibu bapa dan Pelajar Tingkatan 3 tahun 2009.

PAKAT RATAN

Berbekal satu wawasan
merealisasikan
Sekolah Cemerlang
untuk menjadikan
pelajar terbilang
cekal memburu kecemerlangan.

Kita warga SMK Cherang Ruku,
Sederap melangkah bersama menuju
matlamat yang satu
membawa azam yang baru
bergerak maju.

Mari kita semua
berikrar setia
untuk mencitra
lompatan saujana.

Bukan mudah
untuk berjaya dan cemerlang.

Bukan susah
untuk gagal dan kecundang.

Apapun
kita pakat ratan.

Haji Zainuddin Bin Harun,
Pengetua,
SMK Cherang Ruku,
Pasir Puteh, Kelantan.
16 Januari, 2010.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-11505525445026876902010-01-13T20:04:00.000-08:002010-01-13T20:06:33.324-08:00PENYELIAAN DAN PENCERAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH.Objektif utama penyeliaan dan pencerapan pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membantu guru membina dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif, efisen dan pragmatik.Penyeliaan dan pencerapan boleh menjana perkongsian pintar melalui perbincangan dan teguran semasa penyeliaan dan pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di bilik darjah. Penyeliaan dan pencerapan bukan untuk mencari kesilapan dan memberi hukuman kepada guru kerana kurang keberkesanan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Penyeliaan dan pencerapan seharusnya menjadi satu transformasi bagi megukuhkan lagi sistem pendidikan untuk melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Kemajuan teknologi masa kini memerlukan perubahan paradigma yang mantap dalam kalangan guru.. Justeru itu Pengetua perlu membina satu instrumen penyeliaan dan pencerapan pengajaran dan pembelajaran yang dianggap sebagai ’Standard’ dan boleh dijadikan panduan oleh guru. Mekanisme yang perlu diadakan ia lah satu instrumen penyeliaan dan pencerapan yang mengandungi elemen-elemen yang spesifik dan jelas perlu untuk memberi impak kepada proses penyeliaan dan pencerapan yang berkualiti dan bermanfaat kepada guru.

Penyeliaan dan pencerapan menjadi satu agenda teguran yang telus, halus dan tulus ke arah memartabatkan lagi profesion keguruan agar menjadi kompetitif seiring dengan perubahan era globalisasi. Instrumen itu boleh digunapakai oleh Pengetua dalam proses penyeliaan dan pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran serta guru-guru akur dengan elemen-elemen yang perlu diberi keutamaan dalam pengajaran di bilik darjah.

Pengetua berfungsi sebagai kepimpinan instruksional dan pelaksana utama kurikulum di sekolahnya. Tugas penyeliaan dan pencerapan pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan tugas utama terpenting yang perlu dilaksanakan. Tugas ini akan menjadikan pengetua dapat meningkatkan profesionalisme kepengetuaan dalam pengurusan kurikulum sekolah sejajar dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara.

Pengetua dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta dapat memperbaiki dan mempertingkatkan mutu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya.Di samping itu dapat menggunakan sumber maklumat hasil penyeliaa dan pencerapan untuk menilai kualiti guru dan kemajuan pelajar hasil dari pengajaran dan pembelajarn di bilik darjah. Pengetua juga dapat menjalin hubungan profesionalisme dan berinteraksi secara positif serta memupuk semangat ’espirit decorp’ di kalangan guru dan pelajar di sekolahnya. Sekaligus dapat membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan membentuk sikapguru ke arah yang lebih positif. Pelajar dapat manfaat dan menikmati proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.

BIDANG PENYELIAAN DAN PENCERAPAN:

1. Bidang Organisasi.
2. Bidang Pengajaran dan Pembelajaran.

Bidang organisasi yang boleh menjadi kayu ukur pengajaran dan pembelajaran berkesan meliputi aspek-aspek berikut:-

1. Iklim kelas yang meliputi organisasi kelas, kawalan kelas, komunikasi dan motivasi pelajar, sikap pelajar dan kebersihan serta keceriaan kelas.
2. Penyeliaan gerakerja.
3. Penilaian prestasi.
4. Profil pelajar.
5. Panitia mata pelajaran.

Bidang pengajaran dan pembelajaran yang perlu diselia dan dicerap ialah seperti berikut:-

1. Sukatan Pelajaran.
2. Huraian Sukatan Pelajaran.
3. Rancangan pengajaran Tahunan.
4. Rancangan Pengajaran Harian
5. Persediaan Alat Bantu Mengajar.
6. Persediaan Alat Bantu Belajar.
7. Set Induksi.
8. Penyampaian Pengajaran Guru.
9. Teknik Soaljawab Guru.
10. Interaksi Guru dan Pelajar.
11. Peneguhan.
12. Latihan dan Tugasan.
13. Pemeriksaan dan Merekod Tugasan Pelajar..
14. Penutup dan Aplikasi Pengajaran.
15. Hasil Kerja Pelajar.
16. Pengurusan Masa.
17. Perwatakan dan Penampilan Guru.

Pelaksanaan penyeliaan dan pencerapan pengajaran dan pembelajaran di kelas dilaksanakan oleh Pengetua ke atas semua guru. Penyeliaan dan pencerapan perlu direkod dengan kemas dan sistematik.Setiap penyeliaan dan pencerapan perlu dirancang dengan teliti dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan dan guru.Jika perlu boleh dapatkan kerjasama Penolong Kanan Akademik, Penolong Kanan Petang, Ketua Bidang Mata Pelajaran dan Ketua Panitia Mata Pelajaran.Penyeliaan dan pencerapan mesti berlandaskan hubungan profesionalisme dengan guru dan bukan mencari kesalahan.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-82130276079648495582009-12-01T16:55:00.000-08:002009-12-01T16:57:10.899-08:00CATATAN RINGKASNama saya ialah Haji Zainuddin bin Harun. Di Kampong Berek 12, Jalan Hospital, Kota Bharu, saya dikenali dengan nama Nodden.Nodden nama timangan.Saya dilahirkan di kampong Padang Bongor, Kota Bharu, Kelantan pada 28 Ogos 1953.Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Paya Bemban, Kota Bharu, Kelantan tahun 1960.Pada tahun 1966 telah meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Garong, Kota Bharu, Kelantan dari tingkatan satu hingga tingkatan 3.Pada tahun 1969 hinga 1970 telah meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan dari tingkatan 4 hingga tingkatan 5.Kemudian meneruskan pendidikan tingkatan 6 Rendah di Institut Pendidikan, Kota Bharu, Kelantan ( sekolah swasta ) pada tahun 1971. Tahun 1972 hingga 1973 telah mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Harian Johor Bharu, Johor.Pada 4 Januari 1974 telah bertugas sebagai guru terlatih kategori C2 di Sekolah Rendah Kebangsaan (LKTP) Jengka 5, Maran, Pahang.Pada Tahun 1975 telah dilantik sebagai guru kategori C1 apabila mendapat kelulusan sijil penuh Sijil Tinggi Persekolahan. Pada tahun 1976 hingga tahun 1980 telah melanjut pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dan telah dianugerahi ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Politik.Pada 30 April 1980 telah bertugas sebagai guru siswazah di Sekolah Menengah St. Ursula, Tawau, Sabah.Dilantik Sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara, Tawau, Sabah pada 1 Januari 1986. Pada 1 Januari 1987 telah dilantik sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Lahad Datu, Sabah.Pada 1 Januari 1989 hingga 15 April 1989 dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran apabila sekolah tersebut dinaikkan gred A.Pada 16 April 1989 hingga 15 Julai 1997 dilantik sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak, Kunak, Sabah.Dari 16 Julai 1997 hingga 16 Disember 1999 dilantik sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahang, Penampang, Sabah. Pada 16 Disember 1999 telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua Kategori DG 2 (DG48) hakiki dan ditukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong, Beaufort, Sabah pada 17 Disember 1999.Pada 1 Disember 2002 telah ditukar sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai, Kelantan.Mulai 1 Januari 2006 bertugas sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan hingga kini.Pada 01.01.2008 telah dilantik sebagai Pengetua Gred DG 52.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3882820061391664961.post-82144009806912383522009-11-13T17:43:00.000-08:002009-11-16T16:04:50.246-08:00PELAKSANAAN PERANCANGAN STRATEGIK SMK CHERANG RUKU 2006 - 2010.RINGKASAN EKSEKUTIF:

Kertas tugasan ini akan membicarakan tentang bagaimana Pengurusan Strategik yang diamalkan oleh Pihak Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku dengan melaksanakan Perancangan Strategik Program Perubahan Terancang Dan Program Pembangunan Insan Tahun 2006 Hingga 2010 mampu meningkatkan semangat kerja berpasukan, memotivasikan staf serta menjalinkan rasa kemesraan antara semua staf melalui pemahaman dan penghayatan hala tuju yang sama untuk mencapai visi Sekolah Menengah Cherang Ruku menjadi sekolah cemerlang menjelang tahun 2010.

Pelaksanaan Perancangan Strategik Program Perubahan Terancang Dan Program Pembangunan Insan telah dapat menjana kecemerlangan di setiap peringkat termasuk bidang Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Ko-Kurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Pejabat dan ICT, Pengurusan Pembangunan dan Fizikal, Pengurusn Staf dan Prestasi dan Pengurusan Perhubungan Luar (Komuniti).

Perancangan Strategik Program Perubahan Terancang Dan Program Pembangunan Insan berjaya menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku sebagai Sekolah cemerlang dan Sekolah Bestari 3 Bintang peringkat sekolah luar bandar pada tahun 2009. Sasaran utama ia lah kemenjadian murid dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah untuk menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan serta menjadi modal insan minda kelas pertama.

Di samping itu Perancangan Strategik Program Perubahan Terancang Dan Program Pembangunan Insan secara tidak langsung berpeluang menyumbangkan sokongan kepada dua agenda besar negara yang diimplementasikan dalam tempoh yang sama tahun 2006 hingga 2010. Pertama, agenda Misi Nasional, teras 2 meningkat keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Kedua, agenda Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ia itu Rancangan Lima Tahun Kementerian Pelajaran Malaysia untuk teras 2, membangun modal insan. Teras 3, memperkasa sekolah kebangsaan, teras 4, merapat jurang pendidikan dan teras 6, melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

Dalam konteks ini Pengurusan Strategik melibatkan pihak Pengurusan Sekolah sahaja. Manakala Perancangan Strategik merupakan satu pendekatan pengurusan yang merancang hala tuju organisasi.Perancangan Strategik melibatkan semua staf sekolah supaya visi sekolah dapat dikongsi dan dihayati bersama serta dapat mewujudkan semangat kekitaan, setia kawan, patriotisme dan rasa kesepunyaan di kalangan semua staf Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku. Akhirnya Perancangan Strategik yang dirancang dan dilaksanakan menjadi amalan dan budaya.

Edaris Abbu Bakri (2004), menyatakan bahawa secara umumnya Pengurusan Strategik boleh dianggap sebagai ‘otak’ manakala Perancangan Strategik pula adalah ‘tulang belakang’ kepada pengurusan. Pengurusan Strategik dapat mampu meningkatkan semangat kerja berpasukan, memotivasikan staf serta menjalin kemesraan antara semua staf melalui pemahaman dan penghayatan hala tuju yang sama.

1. PENGENALAN:

Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan telah melaksanakan Perancangan Strategik Program Perubahan Terancang dan Program Pembangunan Insan Tahun 2006 hingga 2010. Perancangan Strategik tersebut telah berupaya meningkatkan semangat kerjasama berpasukan, memotivasi staf serta menjalin rasa kemesraan antara semua staf melalui pemahaman dan penghayatan hala tuju yang sama. Impak dari pelaksanaan Perancangan Strategik telah membolehkan staf Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku mengkaji dan memahami persekitaran di mana Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku wujud dan beroperasi. Membolehkan Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku meneroka faktor-faktor dan arah aliran yang akan memberi kesan terhadap peranan sekolah sebagai institusi pendidikan.

Pengetua dapat menggunakan kepakaran dan pengalaman kepengetuaan untuk memenuhi mandat dan misi serta mengenalpasti isu-isu strategik yang perlu ditangani untuk menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku sebagai sekolah cemerlang menjelang tahun 2010. Pada akhirnya Perancangan Strategik Program Perubahan Terancang dan Program Pembangunan Insan Tahun 2006 hingga 2010 akan dapat memperkasa dan melonjakkan kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku.

PERANCANGAN STRATEGIK PROGRAM PERUBAHAN TERANCANG.

PROJEK 1 :

PROJEK MEREALISASI KECEMERLANGAN AKADEMIK SEKOLAH ( PERAH ).

AKTIVITI :

a. Mesyuarat Pasukan PMR, SPM dan STPM serta menubuh jawatan kuasa
bertindak.
b Akurjanji dan penentuan target PMR, SPM dan STPM.
c. Penyediaan Lengkok Pencapaian Akademik dan perjumpaan ibu bapa.
d Pemantapan P & P dalam bilik darjah.
e Semakan buku nota dan buku latihan pelajar.
f Kelas Pengkayaan.
g Kelas pemulihan.
h Ceramah keibubapaan.
i Head count.
j Kem motivasi dan kepimpinan PMR, SPM dan STPM.
k Kelas GEMS tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
l Kelas Stayback ( Serambi ) PMR, SPM dan STPM.
m Golden Holiday ( Kelas tuisyen terancang masa cuti ).
n Kelas gemilang ( Elit ).
o Teacher’s On Call ( TOC ).
p Pemantauan latihan dan kerja bertulis pelajar.
q Lawatan sambil belajar ke IPTA dan IPTS.
r Kem mata pelajaran, seminar, dan bengkel teknik menjawab soalan PMR, SPM dan
STPM
s Anugerah pelajar cemerlang.
t. 1001 Soalan ( Aktiviti pecutan, latih amal, latih tubi dan assingnment ).
u. Majlis izin ilmu dan solat hajat.

PROJEK 2:

PROJEK MEMPERTINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI
KO-KURIKULUM.

AKTIVITI:

a Mesyuarat pasukan perancang.
b Menubuh jawatan kuasa bertindak.
c Sukantara.
d Kejohanan olahraga dan permainan.
e Sukan Elit ( Hoki dan Ping Pong ).
f Pertandingan Ko-Akademik.
g Perkhemahan Pasukan Unit Beruniform.
h Larian Kemerdekaan.
i RIMUP.
j Pesta Ko-Kurikulum ( PESKO ).

PERANCANGAN STRATEGIK PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN.

PROJEK 3:

JIWA MURNI.

AKTIVITI:

a Mesyuarat pasukan perancang.
b Menubuh jawatan kuasa bertindak.
C Kem motivasi pemantapan kendiri.
d Khidmat Bimbingan dan Kaunseling / Psikologi.
e Kursus pengurusan emosi dan stres.
f Gempur minda dan anjakan paradigma.

2. DEFINISI KONSEP:

Istilah strategik berasal dari perkataan Greek ia itu ‘Strategia’ yang membawa maksud fungsi seorang Jeneral yang menggunakan kepakaran sebagai seorang ketua pemerintah angkatan tentera untuk sentiasa berada dalam keadaan posisi lebih baik dari musuh bagi meraih kemenangan di medan perang. Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, strategik bermaksud kebolehan dalam mengurus sesuatu dan mempunyai hala tuju yang jelas. Manakala pengurusan ia lah proses sosial yang dibentuk untuk mendapat kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli sesebuah organisasi bagi mencapai sesuatu matlamat tertentu.

Konsep Pengurusan Strategik telah digunakan secara meluas dalam bidang perniagaan, korporat dan pendidikan. Dalam bidang pendidikan di Malaysia telah diperkenalkan sejak tahun 1980an menerusi konsep ‘blue print’ yang merujuk kepada cara bagaimana sekolah ingin mencapai matlamatnya dalam tempoh jangka masa 3 tahun atau 5 tahun.

Mengikut Fidler,B. (2002), Pengurusan Strategik boleh didefinisikan sebagai satu proses formulasi strategi dan implementasi strategi yang melibatkan proses analisis strategik, pilihan strategik dan pelaksanaan strategik. Proses formulasi melibatkan proses pembinaan visi hingga ke peringkat Pelan Taktikal Strategik dan Pelan Tindakan Strategik. Implementasi pula adalah peringkat pelaksanaan tindakan yang dirancang untuk memastikan visi oraganisasi tercapai. Penilaian dilaksanakan di peringkat akhir untuk menentukan pencapaian visi organisasi sebenarnya tercapai. Ketiga-tiga peringkat ini dilaksana secara bersenergi.

Bryson,John M dan Alston, Furham K. (1966), telah mendefinisikan Perancangan Strategik sebagai satu usaha yang teratur untuk menghasilkan keputusan-keputusan yang ‘fundamental’ dan tindakan-tindakan yang boleh membantu serta mengemudi sesebuah sekolah untuk kecemerlangan. Perancangan Strategik melibatkan proses merancang dan menetapkan hala tuju organisasi yang akan menjadi panduan serta ikutan semua staf organisasi.

Dari segi Perkhidmatan Awam, Perancangan Strategik adalah satu kerangka kerja untuk melaksanakan mandat kerajaan melalui penjelasan visi dan misi, menganalisis persekitaran, pemilihan fokus keutamaan, matlamat, Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators), penetapan sasaran, objektif, menjana strategi-strategi dan Pelan Tindakan Strategik. Perancangan Strategik boleh memberi impak dan kelebihan kepada organisasi dari segi keberkesanan, kecekapan, menambahbaik, kesefahaman dan pembelajaran, menambahbaik komunikasi dan hubungan luar serta dapat meningkat sokongan politik.

3. SENARIO SEKARANG:

Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku telah berusaha mencapai visi menjadi Sekolah Cemerlang menjelang tahun 2010 melalui pelaksanaan Perancangan Strategik Program Perubahan Terancang Dan Program Pembangunan Insan Tahun 2006 Hingga 2010.
Kecemerlangan sekolah meliputi Bidang Kurikulum, Ko-Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Pembangunan dan Fizikal, Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah yang berpaksi kepada prinsip ‘Good Governance’. Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku juga berkeupayaan menjalin permuafakatan dan koloboratif dengan ibu bapa serta komuniti setempat dan ada kejelekitan dalam usaha melaksana ‘Smart Partnerships’ dengan pihak di luar sekolah. Contohnya dengan ‘Maxis Broadband’ dalam bidang ICTL. Guru dan staf sokongan memiliki sikap dan disiplin yang tinggi.

Sasaran utama Perancangan Strategik Sekolah ia lah aspek kemenjadian murid dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan yang akan menjadi modal insan minda kelas pertama.

4. PERANAN PENGETUA:

Perancangan Strategik dapat berfungsi sebagai satu pendekatan bagaimana Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku melaksana fungsi kepimpinan dan kepemimpinan.

Di antaranya ia lah melaksana fungsi kepimpinan dan kepemimpinan seperti berikut:-

a Membina visi sekolah (vision).
b Membuat perancangan (planning).
c Mengambil inisiatif dan berusaha (initiate).
d Mengawal (controlling).
e Menyokong (support).
f Memberitahu (inform).
g Memotivasi orang bawahan (motivate).
h. Membimbing ( coaching).
i Membina pasukan kerja (team works).
j Mengukur dan menilai (monitoring)
k. Menjadi contoh teladan ( role model).
l Mengupayakan orang bawahan (empowerment).

Dengan melaksana Perancangan Strategik itu dapat membantu Pengetua kenalpasti beberapa bidang pengurusan sekolah yang perlu diberi perhatian dan keutamaan.

Beberapa aspek pengurusan sekolah yang diberi keutamaan seperti berkut:-

a Pengurusan kurikulum.
b Pengurusan Ko-kurikulum.
c Pengurusan Hal Ehwal Murid.
d Pengurusan Staf dan Prestasi.
e Pengurusan Pembangunan dan Fizikal.
f Pengurusan Pejabat dan ICT.
g Pengurusan Kewangan.
h Pengurusan Perhubungan Luar (Komuniti).

Keupayaan Pengetua memahami dan melaksana fungsi kepimpinan serta faham beberapa bidang Pengurusan Strategik Sekolah yang perlu diberi perhatian dan keutamaan dapat memudahkan usaha untuk melaksanakan Perancangan Strategik Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku dari segi konseptual dan realiti.

Dengan melaksanakan Perancangan Strategik Sekolah dapat meningkatkan semangat kerja sepasukan semua staf kerana Pengetua sebagai peneraju utama memainkan peranan memimpin dan membimbing ke arah hala tuju yang sama dan melihat masa depan dengan lebih yakin bagi mencapai visi sekolah. Dengan kata lain bekerja bersama sebagai satu permulaan. Bekerjasama dapat membina kemajuan. Berkat muafakat akan menghasilkan kejayaan. Kejayaan itu dikongsi bersama.

Sebagai Pengetua, saya telah menonjolkan keberanian dalam proses praperancangan dan implementasi Perancangan Strategik dengan menyampaikan hasrat visi dan misi yang jelas kepada semua staf serta ‘Key Performance Indicators’ yang perlu dicapai. Semua staf dipupuk kesediaan dari segi ‘Emotional Spiritual Quotient’ (ESQ), dan ‘Intelligence Quotient’ ( IQ). Semua Staf dapat membina ‘Social Quotient’ (SQ) dan ‘Emotional Quotient’ (EQ) yang membawa kepada pemupukan dan penghayatan budaya kerja yang berkualiti dan kompeten. Inisiatif telah diambil untuk pembinaan watak (Character Building) semua staf melalui aktiviti taklimat, mesyuarat pasukan, kursus dalaman, kursus motivasi dan lawatan penanda aras. Semua staf dapat mengawal diri dan kelakuan (Self Control) serta membuat ‘strategic collabration’. Ini akan memotivasi semua staf dan dapat menjalin kemesraan serta dapat menghayati hala tuju organisasi yang sama. Prinsip kerja bukan untuk Pengetua tetapi bekerja bersama Pengetua dapat direalisasikan.

Di peringkat praperancangan Pengetua berusaha untuk memperolehi persefahaman awal dengan pasukan-pasukan pembuat keputusan dalam dan luar berkaitan proses Perancangan Strategik secara keseluruhan, kerangka jadual dan pembahagian tugas-tugas penting. Menjalankan penilaian atau pentaksiran terhadap kesediaan membuat dan menerima perubahan. Tujuan penilaian ini untuk menentukan sejauh manakah keupayaan staf sekolah dalam usaha pelaksanaan Perancangan Strategik. Langkah ini juga untuk melihat jika terdapat kekurangan-kekurangan yang perlu diperbaiki.

Persetujuan diperlukan terhadap perkara-perkara berikut:-

a. Penubuhan pasukan penyelaras yang menetap dasar dan hala tuju.
b. Skop kerja jawatan kuasa Perancangan Strategik, aktiviti-aktiviti dalam
penjadualan dan tarikh-tarikh penetapan maklum balas.
c. Penubuhan pasukan pemantau pelaksanaan Perancangan Strategik yang akan
menyelaras proses-proses seharian.
d. Pemilihan dan perlantikan pakar untuk membantu dalam proses rekabentuk dan
pemudahcara proses perancangan.
e. Komitmen pelbagai peringkat bagi memulakan dan melaksanakan perancangan.

Bryson, John M, (2003), menjelaskan apakah yang perlu dilakukan tentang mandat seperti yang dinyatakan dalam dasar organisasi dan ’stakeholders’. Pengetua membuat analisis mandat sebagai sumber kuasa yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengetua kena patuh kepada dasar kerajaan.

Mandat sebagai sumber kuasa seperti berikut:-

a Dasar Pendidikan Kebangsaan.
b Dasar Wawasan Negara.
c Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
d Akta Pendidikan 1966 (Akta 550).
e Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010.
f Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI).
g Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA).
h Perintah Am.
i Arahan Perbendaharaan.

Mandat kerajaan boleh diertikan sebagai ekspektasi, undang-undang, dasar kerajaan, peraturan-peraturan, prosedur serta keperluan belanjawan. Dengan berdasarkan analisis ’stakeholders’ , dasar dan mandat boleh dijadikan asas untuk membina pernyataan visi dan misi Perancangan Strategik Sekolah yang berkaitan dengan tujuan kewujudan sekolah dan nilai yang jadi pegangan. Dalam perkara ini sekolah melaksanakan Perancangan Strategik yang ianya sepatut lakukan sebagai institusi pendidikan.

Perkara yang perlu diberi perhatian dan keutamaan ia lah membina pernyataan visi sekolah dan nilai yang menjadi pegangan. Nanus, B (1994), menjelaskan kriteria-kriteria untuk satu pernyataan visi yang baik seperti berikut:-

a. Berorientasikan masa depan.
b. Memandu ke arah masa depan yang jelas.
c Sesuai dengan budaya dan nilai organisasi.
d Satu set piawai kecemerlangan dan kualiti.
e Jelas tujuannya.
f Membangkitkan semangat dan memupukkan komitmen atau kepercayaan.
g Mengambarkan keunikan organisasi.
h Cukup ’ambitious’.

Elemen tersebut di atas terdapat dalam visi Perancangan Strategik Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku. Contoh pernyataan visi Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku seperti berikut:-

“SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERANG RUKU AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG
MENJELANG TAHUN 2010”

Pernyatan visi ini bersifat operasi, dinamik dan sesuai bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku yang masih dan sedang berusaha untuk merapat jurang pendidkan, melonjakkan kecemerlangan dan memperkasa sekolah menjadi Sekolah Cemerlang luar bandar.

Visi Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku akan menjadi Sekolah Cemerlang menjelang tahun 2010 dicapai melalui pernyataan misi seperti berikut:-

a Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang kondusif bagi individu murid
untuk cemerlang dalam kurikulum, ko-kurikulum dan sahsiah.
b Memupuk suasana mesra murid dan mesra guru untuk mengurus, memimpin,
mentadbir dan mengelola sekolah dengan cekap dan berkesan.
c Memberi keutamaan kepada ’core business’ dan memotivasi warga sekolah ke
arah penambahbaikan yang berterusan melalui pengajaran berkesan.
d Memupuk budaya teknologi maklumat ( ICT ) di kalangan warga Sekolah Menengah
Kebangsaan Cherang Ruku.
e Menjalin hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti.

Perancangan Strategik yang dilaksana di Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku memberi peluang kepada Pengetua menjana idea baru dan berani mengambil risiko untuk melakukan perubahan dan transformasi dengan menggunakan pendekatan ’Maintaine’, ’ Improve’ dan ’Change’ ( MIC ). Pengetua kelihatan kepada semua staf sebagai seorang yang inovatif dan kreatif dengan membuat transformasi dan melakukan kerja bukan sahaja berdasarkan ’Hard works’ tetapi dengan cara ’Smart works’.

Perancangan Strategik boleh menjadikan Pengetua sebagai ’Role model’ kepada semua staf. Semua staf akan bekerja bersama Pengetua. Semua staf akan dapat melakukan kerja secara rasional dan analitikal bila Pengetua sebagai Pengurus Perancangan Strategik dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar serta dorongan. Pengetua berkemampuan menjadi sumber inspirasi dan menjadi ’Role Model’ kepada semua staf serta berjaya membawa perubahan ke arah kebaikan sekolah. Menjadikan perubahan dan transformasi sebagai agenda utama sekolah. Perubahan dan transformasi diketahui, dapat dirasai dan memberi manfaat kepada sekolah, semua staf, pelanggan dan ’stakeholders’.

Pengetua selaku Pengurus Perancangan Strategik telah berjaya memberi bimbing kepada semua staf.Semua staf dengan penuh yakin dapat mematuhi dan menjamin segala aktiviti akan mencapai matlamat. Sebab semua staf dapat merasai dan sedar bahawa mereka sentiasa diperhati, diselia dan dipantau serta dikawalselia secara berterusan.

Pelaksanaan Perancangan Strategik memberi peluang kepada Pengetua mendorong, memberi bimbingan dan mempengaruhi semua staf untuk mencapai visi dan melaksanakan misi . Contoh langkah yang diambil untuk memilih staf yang sesuai untuk
melaksana Pelan Tindakan Strategik. Tindakan ini menggalakkan staf melaksanakan kerja dengan bertanggongjawab dan berdedikasi. Pengetua memiliki corak dan gaya berkomunikasi berkesan. Contohnya melalui taklimat, mesyuarat, interaksi dan mengamalkan prinsip perhubungan kemanusiaan yang ada sifat penyayang, mesra, jujur dan ikhlas yang dapat dilihat serta dirasai oleh semua staf, pelanggan dan ’stakeholders’. Pengalaman Pengetua dan semua staf dikongsi bersama. Ini dapat memanfaatkan kepakaran dan kecekapan serta keputusan dapat dibuat dengan tangkas dan tepat untuk menjayakan Perancangan Strategik. Lantas dapat menyelesaikan masalah sekolah dan dapat mencapai matlamat Perancangan Strategik dengan penglibatan semua pihak.

Dalam proses merangka dan menulis pernyataan visi dan misi sekolah akan menyebabkan semua staf akan dapat kejelasan aspek-aspek berikut:-

a Staf di sekolah sebagai anggota organisasi menjadi jelas dan dapat
menghayati ’Core business’ dan tanggongjawab secara konkrit dan melaksanakan
tugas pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
b Hala tuju masa depan sekolah menjadi lebih jelas.
c Dapat merangka strategi dan misi untuk mencapai visi sekolah.
d. Dapat melahirkan dan mengamal serta menghayati nilai baik dengan baik serta
menjadi pegangan dalam usaha mencapai hala tuju, visi dan misi sekolah.
e. Visi berorientasi masa depan dalam tempoh 5 tahun.

Visi menarik dan menjadi sumber inspirasi kepada semua staf untuk menyumbang dan bekerja sebagai satu pasukan.

Perancangan Strategik Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku mengambil tempoh selama 5 tahun.Visi Perancangan Strategik menyatakan apa yang ingin dicapai melalui perancangan masa depan dan ke arah mana hala tuju organisasi sekolah. Pengetua mengambil tanggongjawab membuat ’Road Map’ masa depan sekolah, menentukan posisi kejayaan masa depan sekolah, menyedia hala tuju serta membina identiti sekolah yang kukuh. Contohnya sekolah dikenali oleh pelanggan dan ’stakeholders’ dan dilihat sebagai ’ Moving school’.

Perancangan Strategik Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku dapat mengubah situasi yang lebih baik di masa depan berbanding dengan apa yang wujud sebelumnya. Dengan adanya visi yang jelas, ringkas dan mudah difahami oleh semua staf dapat dikongsi bersama pelanggan dan ’stakeholders’ akan hala tuju sekolah. Perancangan Strategik akan dapat memberi kesan kepada emosi dan dapat mencipta serta merealisasi visi dan matlamat sekolah.

Nilai yang baik yang diterap dalam Perancangan Strategik Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku seperti ’ Dedikasi, Amanah, Penyayang, Ikhlas, Gigih dan Profesional’ boleh menjadi agen perubahan dalam usaha mencapai matlamat dan visi sekolah. Jika nilai tidak baik menyebabkan timbul tindakan menghalal cara. Itu lah menjadi punca penyebab ada staf yang kurang komited kepada tugas dan tanggongjawab serta tidak ada integriti kepada sekolah. Sekolah menjadi ’Sinking School’ bukan ’Moving School’. Reputasi sekolah akan merosot dipandangan pelanggan dan ’stakeholders’

Langkah yang perlu diambil sebelum pelaksanaan Pelan Taktikal Strategik dan Pelan Tindakan Strategik untuk menjadi sekolah cemerlang tahun 2010 ialah menentukan hala tuju sekolah dengan melihat dan membuat analisis mandat, dasar, visi, misi, termasuk nilai, piagam pelanggan, slogan, motto, logo dan warna korporat yang menjadi lambang sekolah. Langkah perlu diambil untuk merangka perancangan berdasar kepada analisis persekitaran dalaman dan persekitaran luaran dengan menggunakan teknik ’Swot Analysis’. Berdasarkan kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang serta menentukan faktor kejayaan kritikal organisasi sekolah. Contohnya pernyataan misi dan visi sekolah dapat difahami, dikongsi dan dihayati oleh semua staf, pelanggan dan ’stakeholders’.Oleh itu misi dan visi dapat dicapai dengan mudah kerana difahami, dikongsi dan dihayati bersama.

Perancangan Strategik Sekolah dapat menyerlah hala tuju sekolah.Kepimpinan yang mantap, visi dan misi yang jelas berlaku. Kepimpinan sinaran yang mantap dan menyerlah dalam aspek ’ Planning’, ’Organizing’, ’Leading’ dan ’Coaching’ ( POLC ) akan menjadikan Perancangan Strategik yang dilaksanakan akan meningkatkan semangat bekerja berpasukan semua staf. Visi akan menjadi hala tuju organisasi sekolah untuk mencapai matlamat.Misi dijadikan langkah strategik yang dilaksanakan untuk merealisasikan visi ke arah Sekolah Cemerlang. Perancangan Strategik dilaksanakan dalam tiga peringkat ia itu program, projek dan aktiviti. Pelan Operasi melalui Pelan Taktikal Strategik dan pelan pelaksanaan melalui Pelan Tindakan Strategik dapat memberi ruang kepada semua staf untuk meningkatkan partisipasi dan bekerja berpasukan. Dapat memotivasi semua staf dan menjalin kemesraan kerana dapat bekerja bersama-sama melaksanakan program, projek dan aktiviti dalam suasana kemesraan serta mencapai matlamat bersama.

Pelan Tindakan Strategik yang dilaksanakan mengambilkira indikator kejayaan yang sedia ada pada sekolah. Ini membolehkan Perancangan Strategik yang dilaksanakan telah dilaksanakan dengan melakukan perkara yang betul dengan betul untuk orang yang betul dan pada masa yang betul serta tempat yang betul. Oleh itu visi sekolah dapat direalisasikan. Contohnya Pengetua melaksanakan fungsi kepimpinan dengan cara membina visi yang dapat menyebabkan semua staf berusaha merealisasikan Perancangan Strategik. Ini dapat dibuktikan dengan pelaksanaan penarafan Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku yang telah dilaksanakan berdasarkan instrumen Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia ( STKPM ) telah menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku mencapai status sebagai Sekolah Cemerlang pada tahun 2009. Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku juga telah diiktiraf sebagai Sekolah Bestari 3 Bintang.

Dengan itu visi sekolah untuk menjadi Sekolah Cemerlang menjelang tahun 2010 telah dicapai pada tahun 2009 kerana semua staf ada wawasan dan matlamat serta hala tuju yang sama dan dapat bekerja dalam suasana kemesraan. Semua staf ada matlamat yang jelas, amalan-amalan yang tekal, kesejawatan dan bekerjasama. Pengetua dapat mengenalpasti keperluan latihan staf dan menjalankan latihan dalaman jika dikenalpasti ada staf yang kurang cekap. Di samping itu dapat merangka program khas kurikulum untuk pengukuhan, pengkayaan dan pemulihan untuk mengatasi kelemahan murid dalam peperiksaan awam.

Setiap unit dan bahagian yang melaksanakan Pelan Tindakan Strategik dikehendaki melaporkan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama ( KPI ) masing-masing dalam mesyuarat kajian separuh penggal pelaksanaan Perancangan Strategik. Tindakan ini menyebabkan semua staf yang terlibat lebih bersedia dan bertanggongjawab serta dapat meningkatkan komitmen mereka. Laporan tersebut akan dinilai oleh Pengetua sebagai Pengurus Perancangan Strategik dengan mengkaji pencapaian berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama ( KPI ). Dengan itu dapat meningkatkan unsur integriti dan akauntabiliti semua staf yang terlibat dalam pelaksanaan Pelan Tindakan Strategik. Perancangan Strategik yang dilaksanakan menunjukkan Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku bergerak menuju hala tuju dan berada dilandasan yang betul serta telah dapat mencapai sasaran dan matlamatnya.

5. IMPAK PERANCANGAN STRATEGIK:

Perancangan Strategik Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku berjaya melonjakkan kecemerlangan akademik.. Pencapaian kecemerlangan bidang akademik dapat dilihat dari analisis pencapaian PMR, SPM dan STPM.

PMR:

Bilangan Pelajar Skor ’A’ 2006 2007 2008 Percubaan PMR 2009
9 A 2 Orang 1 Orang 3 Orang
8 A 2 Orang 5 Orang 2 Orang 1 Orang.
7 A 3 Orang 4 Orang 4 Orang 1 Orang.
6 A 10 Orang 5 Orang 3 Orang 2 Orang
5 A 6 Orang 4 Orang 1 Orang 2 Orang
4 A 3 Orang 13Orang 7 Orang 1 Orang
3 A 19 Orang 13 Orang 11 Orang 9 Orang.
2 A 36 Orang 24 Orang 20 Orang 11 Orang.
1 A 45 Orang 34 Orang 50 Orang 35 Orang.

SPM:

Bilangan Perlajar Skor ’A’ 2006 2007 2008 Percubaan SPM 2009
10 A 1 Orang
9 A
8 A 1 Orang
7 A
6 A 1 Orang 1 Orang
5 A 3 Orang 1 Orang 8 Orang 4 Orang
4 A 3 Orang 1 Orang 8 Orang 9 Orang
3 A 14 Orang 9 Orang 17 Orang 6 Orang
2 A 22 Orang 33Orang 30 Orang 13 Orang
1 A 37 Orang 24 Orang 30 Orang 29 Orang

STPM:

Bilangan pelajar Skor Prinsipal 2006 2007 2008 Percubaan STPM 2009
5 P 48 Orang 28 Orang 21 Orang 38 Orang
4 P 28 Orang 38 Orang 35 Orang 19 Orang
3 P 20 Orang 19 Orang 26 Orang 30 Orang
2 P 15 Orang 11 Orang 16 Orang 21 Orang
1 P 6 Orang 10 Orang 11 Orang 13 Orang
Lulus sebahagian 2 Orang 3 Orang.
Gagal 10 Orang.
Bilangan Lulus 117 Orang 106 Orang 109 Orang 131 Orang
Peratus 98.32 % 97.25 % 100 % 92.37 %
Skor 5 A 1 Orang
4 A 2 Orang
3 A 8 Orang 1 Orang 1 Orang
2 A 10 Orang 2 Orang 5 Orang
1 A 26 Orang 18 Orang 14 Orang 14 Orang
Berjaya ke IPTA 66 Orang 47 Orang 52 Orang Jangkaan 57 Orang

Dari data tersebut dapat dirumuskan bahawa walaupun Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku bukan sekolah kawalan yang menerima murid dari ’feeder school’ yang hanya memiliki pencapaian tertinggi 2A sahaja tetapi telah dapat meningkatkan tahap kecemerlangan akademik melalui pelaksanaan Perancangan Strategik Sekolah.

Dengan pelaksanaan Perancangan Strategik di bawah Projek Peningkatan Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Ko-Kurikulum telah meningkat nilai tambah pendidikan aspek kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum dapat memenuhi keperluan sosial, intelek, rohani dan jasmani serta emosi dan kesihatan.

Perkara tersebut telah dapat dicapai melalui ko-kurikulum seperti berikut:-

a Pengurusan unit ko-kurikulum dilaksana secara terancang dan sistematik serta
bersenergi yang menjadi flatform utama para pelajar bergerak aktif.
b Penyertaan dalam aktiviti ko-kurikulum pasukan beruniform dapat meningkatkan
jati diri dan nilai murni.
c Aktiviti perkhemahan unit beruniform dapat menyemai semangat perpaduan dan
setia kawan serta etika bekerjasama.
d Pelajar yang aktif dalam persatuan dan kelab dapat menjana kebijaksanaan dan
mempunyai integriti.
e Aktiviti pertandingan dan seni warisan dapat menggilap bakat dan menyemai
sifat menghargai khazanah bangsa untuk terus dipertahankan.

Tidak dapat dinafikan bahawa Perancangan Strategik dalam bidang ko-kurikulum melalui Pelan Tindakan Strategik Projek Meningkatkan Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Ko-Kurikulum dapat membentuk ketrampilan dan keperibadian pelajar dan benar-benar memberi kesan positif terhadap usaha menjana kualiti insan seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semua staf juga secara tidak langsung dapat bekerjasama menjayakan Pelan Tindakan Strategik. Dapat meningkatkan kerja berpasukan dan menjalin kemesraan melalui penglibatan menjayakan aktiviti ko-kurikulum. Pelaksanaan Pelan Tindakan Strategik menyebabkan semua staf berpeluang meyumbangkan kepakaran, kreativiti dan bakat masing-masing .

Beberapa kejayaan sekolah dapat dikongsi bersama seperti berikut:-

a Juara Dikir Barat peringkat kebangsaan tahun 2007 dan 2008 serta tempat ke-3
tahun 2009.
b Pasukan Kadet Polis dapat mewakili sekolah ke peringkat negeri dan
kebangsaan.
c Pasukan Ping Pong dapat mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan.
d Pasukan Kadet Remaja Sekolah mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan.

Perancangan Strategik Pembangunan Insan di bawah Projek Jiwa Murni telah berjaya meningkatkan mutu disiplin murid. Disiplin berada dalam keadaan terkawal.Tidak berlaku gangsterisme dan buli di sekolah. Sekaligus membantu peningkatan pencapaian akademik. Guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sepenuh jiwa. Berusaha dan berdedikasi menjalankan tugas dan tanggongjawab demi ’survival’ murid. Guru ada keyakinan diri bahawa semua murid boleh diajar dan diasuh serta dilatih. Sekaligus membantu kesamarataan ekuiti pendidikan dengan menjana pendidikan berkualiti.

Guru dapat membantu peningkatan bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah pelajar.Sebagai contoh aktiviti ’absen sifar’ telah dapat meningkatkan kehadiran murid dari 78 % sehingga 97 %. Aktiviti motivasi telah meningkatkan disiplin kendiri dari 85 % ke- 98 %. Kaunselor dapat melaksanakan aktiviti motivasi dan aktiviti pengurusan stres. Pelajar ’high risk’ dapat dibantu dan dapat mengurangkan bilangan dari 5 % kepada 0.5 %. Kes salahlaku dapat dibanteraskan. Dalam konteks ini guru dapat bekerjasama menyumbang tenaga ke arah meningkatkan mutu disiplin sekolah. Kes salahlaku dapat dikurangkan dan kes yang ada hanyalah kes kesalahan ringan dengan skala kecil (1.5 %).

7. KESIMPULAN:

Amalan Pengurusan Strategik dengan melaksanakan Perancangan Strategik Program Perubahan Terancang dan Program Pembangunan Insan Tahun 2006 hingga 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku telah dapat meningkatkan semangat kerja berpasukan, memotivasikan staf serta menjalin rasa kemesraan antara semua staf melalui pemahaman dan penghayatan hala tuju yang sama. Visi menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku sebagai Sekolah Cemerlang menjelang tahun 2010 telah dapat dikongsi dan dihayati bersama serta direalisasikan menjadi realiti pada tahun 2009. Perancangan Strategik yang dilaksanakan telah berjaya melonjakkan kecemerlangan dan memperkasa Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku sebagai Sekolah Cemerlang luar bandar dan Sekolah Bestari 3 Bintang pada tahun 2009.NoddenBerek12KBRhttp://www.blogger.com/profile/08542435454957063166noreply@blogger.com0