Isnin, 28 Jun 2010

KEPENGETUAAN SEORANG PENGETUA SEBAGAI CEO KEPIMPINAN SEKOLAH.

Pengetua sebagai CEO di sekolah merupakan seorang individu yang menentukan jatuh bangun sesebuah sekolah. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh Pengetua ia lah kenalpasti masalah utama sekolah yang perlu diambil tindakan untuk mengatasinya. Kenalpasti kelemahan dan kekuatan sekolah serta mengambil peluang yang ada untuk meminimumkan ancaman untuk menjadi sekolah bergerak (moving school).Sekolah yang tidak diurus dengan baik akan menjadi sekolah hanyut (sinking school).

Pengetua mesti memahami bahawa peranan sebagai kepimpinan instruksional (instructional leader) amat penting untuk merancang, melaksana dan menilai agar kegagalan itu berada pada tahap minimum.Pengetua memastikan peningktan pencapaian berdasar GPS dan KPI tercapai. Sebagai contoh ialah pelaksanaan aktiviti pembudayaan ilmu dan inovasi di kalangan guru dan murid. Aktiviti menangani salahlaku moral (muflis akhlak) dilaksanakan oleh Guru Pendidikan Islam dan Guru Pendidikan Moral.Kaunselor menyediakan data TOV dan ETR salahlaku disiplin berdasarkan rekod disiplin yang ada pada Guru Disiplin serta membuat analisis data dan post mortem untuk mencapai keberhasilan aktiviti yang impaknya menambahbaik mutu disiplin pelajar.

Fungsi utama.

Pengetua sebagai CEO di sekolah mampu melakukan transformasi untuk mengubah
status-quo sekolah menjadi cemerlang Berjaya melahirkan modal insan minda kelas pertama bertaraf dunia dan melonjak kecemerlangan sekolah sebagai institusi pendidikan yang dapat bersaing di pentas dunia.

Perkara yang perlu diberi keutamaan seperti berikut:-

a. Membentuk sahsiah pelajar yang baik dan berketrampilan yang dapat mengawal emosi dan bertindak dalam pelbagai situasi yang rencam.
b. Berusaha membina budaya ilmu untuk mengatasi kejahilan agar pelajar dapat menikmati keindahan ilmu kerana ilmu dapat menukar nilai yang tidak baik dan dapat memajukan bangsa menjadi inovatif dan kreatif.
c. Memiliki personaliti unggul (towering personality).Boleh memimpin bukan dipimpin, mahir berkomunikasi dan berkemahiran insaniah (soft skill).
d. Menyediakan Perancangan Strategik bersistematik untuk melonjak kecemerlangan sekolah.
e. Bersedia mempersiapkan sekolah menjadi sekolah berprestasi tinggi.


FAKTOR KEJAYAAN PENGETUA.

a. Komited untuk bekerja dengan suci hati.Menanam komitmen dalam diri melakukan kerja dengan membuat inovasi dan kreatif. Melakukan kerja dengan cepat, cekap dan berhemah.Elak kerja bertangguh.Melakukan pembaharuan dan penambahbaikan berterusan. Melakukan kerja dan tugas harian untuk mencipta kejayaan.
b. Bekerja dengan agresif.Sentiasa mendesak untuk mencapai matlamat dan keberhasilan.Bekerja dalam semangat bermujahadah dan istiqamah.Kerja dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mencipta kejayaan dan kecemerlangan.Bersikap tegas dan bijak membuat keputusan dengan tangkas.
c. Sentiasa mendapat sokongan dan dokongan semua staf di sekolah serta ibu bapa dan pelajar untuk merealisasi visi dan misi sekolah.Pengetua menjadi rule model dan boleh diikut dan dicontohi oleh staf bawahan.



Dailema Pengetua.


1. Gagal menonjolkan diri sebagai kepimpinan sekolah yang berkesan.Tidak bertindak sebagai kepimpinan instruksional. Melaksana tugas rutin dan ’ceremony’ sahaja. Aspek pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran tidak diberi keutamaan.Kebanyakan tugas di delegasi dan empowerment kepada pemimpin pertengahan (middle leaders) seperti Penolong Kanan pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Ko-Kurikulum serta Guru Kanan Mata Pelajaran. Delegasi dan empowerment dibuat tanpa kawalan.
2. Tidak memiliki kemahiran merancang, mengurus, memimpin dan mengelola sekolah secara berkesan. Tidak ada ilmu pengurusan sekolah dan tidak berpengalaman.Tidak berusaha membuat koloboratif dengan Pengetua Cemerlang dan Pengetua Kanan yang berpengalaman.Tidak membuat networking dengan sekolah lain.
3. Pengetua tidak memiliki ’Strategic Thinking’.Tidak realistik, ’unlearn’ dan ’relearn’ serta bertindak mengikut perasaan, tidak rasional dan profesional.Tidak memiliki stail kepimpinan pelbagai dan sentiasa bergantung kepada nasib serta takdir.Tidak berusaha mengubah diri sendiri dan gagal membawa perubahan kepada kemenjadian murid.


Tanggungjawab Pengetua.

1. Sentiasa patuh kepada pekeliling Iktisas sebagai sumber dan punca kuasa.
2. Sentiasa berfikiran terbuka dan berlapang dada.Sentiasa menganggapkan bahawa pendapat sendiri tidak semua betul.Pendapat pihak lain tidak semuanya salah.
3. Jangan mencari pelbagai alasan tetapi cari jalan.Tidak perlu alasan kecuali keberhasilan.
4. Jawatan dan gred jawatan bukan status-quo tetapi satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu ditunai.
5. Melaksanakan penyeliaan, pencerapan dan pemantauan berfokus proses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.
6. Mengutamakan kecemerlangan pelajar agar berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum serta memiliki sahsiah cemerlang.
7. Sentiasa ’jentik’ dan ’geletek’ guru untuk bekerja dan mengajar dengan berkesan.