Ahad, 7 Mac 2010

SAJAK.

SALAM SEJAHTERA CIKGU




Aku tulis sajak ini
dari dairi hati
untuk yang disayangi
guru oh guru
aku persembahkan kepada kalian
dengan tulus ikhlas
walau tidak seindah madah pujangga
terimalah ucapan dari lubuk kalbu
salam sejahtera cikgu.


Tabahkan hati kalian
kerana tangan guru
akan melakar
mencitra dan mengarca
berjuta watak.

Disinar wajah kalian
terpancar seribu sinar
harapan pelajar.

Setitik keringat
setitis air mata bening
senyuman di bibir dan secangkir madah
ada selaut budi
selangit harapan
tentunya akan ada tanda syukur
meniti indah
sepanjang perjalanan kehidupan
bersama ingatan tulus ikhlas
kekal abadi
sepanjang zaman
kerana guru pewaris para Anbia.



Haji Zainuddin Bin Harun
Pengetua
SMK Cherang Ruku
Pasir Puteh, Kelantan.
08.03.2010.

Rabu, 3 Mac 2010

SAJAK.

Asrama SMKCR

Asrama SMKCR
asramaku
asrama terbilang
aku bernaung
di bawah pohonan rimbun kasihmu
menitip ilmu
menatang selaut harapan
kan aku buru kecemerlangan
berbekal sekelumit semangat
demi masa depan
yang gemilang.

Aku berjanji
atas nama
sebuah perjuangan
akan aku tunai semua ikrar
akan aku tuai segala kejayaan
mengukir
kecemerlangan
asrama terbilang.

Asramaku
namamu tetap disebut
terpahat dalam lipatan nostaljia
segala jasa dan pengorbanan
penyelia asrama dan warden
akan di kenang sepanjang hayat.


Haji Zainuddin Bin Harun
Pengetua
SMK Cherang Ruku
04.03,2010.