Jumaat, 28 Januari 2011

UCAPAN ALUAN PENGETUA SMK KAMIL SEMPENA PENUTUPAN RASMI MAJLIS SILATURAHIM PELAJAR ASRAMA SMK KAMIL SESI 2011

Dengan ini saya ingin mengambil peluang dan kesempatan pada hari ini untuk memperkenalkan pernyataan visi dan misi asrama SMK Kamil tahun 2011 -2015.

Visi asrama ialah Asrama SMK Kamil akan melahirkan pelajar cemerlang dan terbilang.
Pelajar asrama akan memiliki peribadi unggul atau towering personality. Ciri utama pelajar unggul dapat dilihat daripada aspek penguasaan ilmu dan kemahiran tinggi, beriman, takwa dan ehsan.Oleh itu pembangunan hal ehwal asrama akan meliputi bidang berikut:-

1. Akademik.
2. Kokurikulum.
3. Sukan.
4. Disiplin.

Untuk menjayakan visi tersebut asrama SMK Kamil telah menetapkan misi asrama iaitu Menyediakan Tadbir Urus dan Sistem Penyampaian Asrama Yang Berkesan.

Aspek yang akan diberi keutamaan seperti berikut:-

1. Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang.
2. Meningkatkan pengurusan fizikal yang kondusif.
3. Menyediakan makanan bermasak yang berkualiti.
4. Membangun sahsiah pelajar ke arah keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
5. Menghasilkan satu pasukan pengurusan yang komited dan bertanggungjawab.

Dengan perlaksanaan visi dan misi tersebut diharapkan key performance indicators berikut dapat dicapai.

1. Proses pengajaran dan pembelajaran pelajar asrama dapat berlaku
dengan terancang.
2. Dapat meningkatkan kemahiran pelajar asrama.
3. Pelajar asrama akan mejadi insan yang soleh dan solehah serta
bertanggungjawab.
4. Dapat menyakinkan diri pelajar untuk hidup dalam sebuah masyarakat yang
dinamik.
5. Bersikap toleransi.
6. Mengukuh integrasi antara pelajar yang terdiri dari pelbagai latarbelakang
kehidupan.
7. Mewujudkan suasana kondusif di asrama.
8. Asrama menjadi tempat yang selamat.
9. Dapat mewujudkan asrama yang harmonis.

Oleh itu beberapa tindakan penambahbaikan akan dilaksanakan.

1. Penyediaan dewan makan asrama bertaraf 5 bintang.
2. Menyediakan tempat belajar yang berhawa dingin.
3. Menyedia kemudahan rangkaian internet untuk pembelajaran.
4. Menyediakan kemudahan perpustakaan mini, cawangan koperasi SMK Kamil Berhad
serta bilik tayang atau home teater.
5. Mempertingkatkan kemudahan prasarana yang lebih baik seperti dormitorI,
tandas, tempat seterika pakaian, tempat ampaian, tempat letak kasut, locker,
katil dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

0 comments: