Isnin, 3 Januari 2011

PERUTUSAN PENGETUA SMK KAMIL SEMPENA TAHUN BARU 2011.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Bersyukur saya ke hadirat Allah SWT kerana dengan izinNya dan limpah rahmatNya kita semua dapat melangkah ke tahun 2011 dengan selamatnya. Mudah-mudahan sepanjang tahun ini kita mendapat keredhaan dan keberkatan dalam usaha untuk merealisasikan kecemerlangan SMK Kamil Tersohor dapat dicapai dengan jayaanya.

Impian sekolah untuk membentuk sebuah organisasi yang mampu mengadaptasi, dinamik dan berkembang sebagai respons kepada keperluan dan aspirasi pendidikan nasional agar dapat dijana sebaik mungkin.Saya berkeyakinan bahawa dengan segala usaha dan perancangan untuk menambahbaik peningkatan pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar akan dapat menjana prestasi SMK Kamil untuk muncul sebagai sekolah berkesan yang kelihatan hebat di peringkat glokal.

Sehubungan dengan itu saya telah menggariskan 8 Bidang Keberhasilan Utama SMK Kamil (SMK Kamil Key Result Area – SMKKKRA) untuk dilaksana sepanjang tahun 2011.

1. Meningkatkan Kecemerlangan Peperiksaan Awam.
2. Meningkat Kecemerlangan Kokurikulum.
3. Melahirkan Pelajar Yang Memiliki ‘Towering Personality’
4. Meningkat tahap Keselamatan, Kebersihan, Keceriaaan Sekolah
Menjadi Lebih Kondusif.
5. Pelajar Dapat Menguasai Fardhu Ain.
6. Pengukuhan Disiplin Dan Akhlak Pelajar.
7. Memperkasa Guru Sebagai Pemimpin Pengajaran
(Instructional Leader).
8. Kepimpinan Berkesan (High Impact Leaderships).

Seorang guru berkualiti adalah guru yang bersedia untuk menerima perubahan dan sentiasa positif dalam menyumbang idea dan tenaga ke arah merealisasikan impian dan cita-cita organisasi secara kolektif dan ada semangat gotong-royong (Espirit Decorp).Ibarat kesebelas pemain utama bola sepak di padang.Setiap pemain ada peranan masing-masing dalam memastikan pasukan akan mencapai kemenangan.Oleh itu setiap orang mestilah peka dam menganggap setiap tugas dan tanggongjawab sebagai satu amanah dan bersedia mempertingkatkan komitmen menjana kecemerlangan SMK Kamil ke mercu yang lebih gemilang dan terbilang.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat berkhidmat dengan lebih cemerlang pada sesi persekolahan tahun 2011 kepada semua guru dan staf sokongan SMK Kamil Tersohor.Semoga hasilnya akan dapat kita semua nikmati menjelang pengumuman rasmi keputusan peperiksaan awam tahun 2011 dan 2012.

Wabillahitaufik Walhidayah.

Sekian,Terima Kasin

0 comments: