Isnin, 24 Januari 2011

HIGH IMPACT LEADERSHIPS.

Kriteria seorang Pengetua yang boleh dipandang sebagai seorang Pengetua yang hebat.

1. Seorang Pengetua yang ada keupayaan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang tepat dan tangkas sama ada secara individu ataupun secara kolektif serta dapat diterima oleh surbodinat dengan hati yang terbuka, tenang dan lapang.

2. Pengetua sentiasa membuat penyeliaan, pemantauan, pemerhatian dan meninjau persekitaran sekolah serta mendapat maklumat awal tentang apa sahaja aktiviti yang berlaku di sekolah.Mempastikan proses pengajaran dan pembelajaran, sukan dan olahraga, kelab dan persatuan serta unit beruniform dilaksana mengikut jadual seperti yang dirancang dan berjalan dengan sempurna dan lancar.

3. Pengetua ada kebolehan dan berkeupayaan serta ada kemahiran menarik sokongan, penyertaan dan penglibatan secara total subordinat. Mampu membina teamwork yang mantap untuk bekerja dengan tekun sehingga KPI dapat dicapai.

4. Pengetua sentiasa berani dan ada keazaman kental serta dapat menetapkan sasaran tinggi prestasi kerja dan mutu perkhidmatan yang perlu dicapai.Berkebolehan memimpin middle leader, guru dan staf sokongan serta pelajar supaya sentiasa menyokong usaha ke arah peningkatan kualiti pencapaian berdasarkan ETR yang telah ditetapkan untuk mencapai matlamat dan KPI sekolah.

5. Pengetua ada kapasiti dan berkemahiran menyediakan Perancangan Strategik Sekolah dan Pelan Tindakan Strategik serta dapat mengembleng tenaga middle leader agar kelihatan sebagai seorang yang penting dan menjadi pakar di sekolah yang mampu merancang, memantau serta membimbing guru untuk meningkatkan prestasi kerja dan mutu perkhidmatan mengikut standard yang ditetapkan ke arah mencapai matlamat dan visi sekolah.

6. Pengetua dapat memperkasa diri sendiri dengan mengamalkan pelbagai stail
kepimpinan seperti Instructional Leader, Leader Manager,Transformational
Leader dan Servant Leader. Stail kepimpinan tersebut akan memberi impak
kepada 8 bidang utama pengurusan sekolah .

8 Bidang utama pengurusan sekolah seperti berikut:-

a. Pengurusan Kurikulum.
b. Pengurusan Kokurikulum.
c. Pengurusan Hal Ehwal Murid.
d. Pengurusan Pejabat dan ICT.
e. Pengurusan Kewangan.
f. Pengurusan Staf dan Prestasi.
g. Pengurusan Fizikal dan Kemudahan Sekolah.
h. Pengurusan Komuniti.


Pemimpin Sekolah akan kelihatan hebat bila mana matlamat, visi dan misi sekolah dapat dikongsi bersama dan wujud teamwork di setiap bahagian dalam struktur organisasi sekolah.

Nilai Utama Kepimpinan Sekolah Yang kelihatan Hebat.

1. Percaya kepada kuasa Tuhan dan mengamalkan konsep peluang sama rata dan
keadilan sosial merentasi sempadan etnik, kepercayaan, latarbelakang sosial
dan agama.
2. Mempunyai ekpektasi tinggi kepada prestasi kerja dan mutu perkhidmatan.
3. Menghargai pelanggan dan stakeholders.
4. Sentiasa melaksanakan networking dan bench marking.
5. Mengamalkan teamwork.
6. Memiliki komitmen tinggi.
7. Sentiasa membuat analisis persekitaran organisasi.
8. Ada kualiti peribadi unggul, berintegriti, transparensi, konsisten, risk taking,
berani, senang didampingi dan sentiasa ambil berat terhadap subordinat.


Nilai Yang Menjadi Pegangan Pengetua Berkesan.


1. Bersedia untuk berkhidmat dengan tulus ikhlas dan niat yang betul.
2. Bersikap tegas.
3. Menetapkan matlamat, visi dan misi sekolah yang dikongsi bersama.
4. Risk taking.
5. Berkongsi kepakarsn.
6. Berinovasi dan kreatif.
7. Pemupukan semgat kerja sepasukan (Teamwork).
8. Berkeupayaan membawa perubahan positif.
9. Sentiasa disokong oleh surbodinat.
10. Komunikasi berkesan.
11. Sentiasa bersyukur.
12. Sentiasa berhemah dan merendah diri.
13. Kepercayaan kepada kuasa Tuhan.
14. Berpegang kepada Prinsip Rukun Negara.


Isu Utama Kepimpinan Sekolah kini.

1. Matlamat, visi dan misi perlu jelas.
2. Memiliki kemahiran insaniah.
3. Pengetahuan dan ilmu kepimpinan.
4. Personaliti unggul.
5. Sensitiviti dan proaktif.
6. Sistem penyampaian berkesan.
7. Perancangan Strategik dan Pengurusan Strategik.
8. Pelan Tindakan Strategik.
9. Akur dan patuh kepada mandat dan sumber kuasa serta Dasar Kerajaan.

0 comments: