Apabila peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM diumumkan ada sekolah mencapai keputusan cemerlang dan ada yang sebaliknya.Biasanya ibubapa tidak berpuas hati dengan pencapaian anak mereka yang tidak cemerlang.Pengetua atau Guru Besar perlu bersedia untuk memberi penjelasan sama ada kepada Pegawai Pelajaran Daerah atau kepada Pengarah Pelajaran Negeri.
Kegagalan sekolah untuk mencapai keputusan cemerlang peperiksaan awam berkaitan dengan beberapa faktor. Pada saya faktor utama ia lah proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya tidak berlaku secara berkesan sama ada dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.
Sekolah berkesan adalah sekolah yang berjaya mengamalkan dan membudayakan pengajaran dan pembelajaran berkesan.Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu elemen yang amat penting untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik sesebuah sekolah.
Penyelidik-penyelidik telah mengenalpasti elemen-elemen penting ialah berkaitan dengan peranan guru yang berkesan akan dapat meningkatkan pendidikan berkualiti.
Di antara ciri-ciri guru yang berkesan adalah seperti berikut:-
1. Berpengetahuan tentang Sukatan Pelajaran dan Huraian
Sukatan Pelajaran serta cara dan metodologi untuk
mencapai objektif pelajaran.
2. Menggunakan segala bahan pengajaran seperti Bahan Bantu Mengajar dan Bahan
Bantu Belajar dengan berkesan.
3. Mengenali pelajar-pelajar, tahap pencapaian pelajar dan mengenalpasti
keperluan setiap pelajar mereka.
4. Menyedia kan peluang untuk pelajar belajar dan menguasai kemahiran yang
berkaitan dengan pelajaran yang diajar.
5. Memberikan maklumbalas yang berkesan kepada pelajar dari masa ke semasa
berkaitan tahap pencapaian yang telah dapat dikuasai oleh pelajar.
6. Membuat refleksi tentang pengajaran dan pembelajaran agar pelajar boleh
menggunakan kemahiran yang diperolehi semasa belajar.
Kajian oleh Doyle (1987) telah menunjukkan pelajar belajar dengan
lebih cemerlang sekiranya guru dapat melakukan perkara berikut:-
1. Menggunakan strategi belajar secara tersusun dan terancang.
2. Menjelaskan objektif pengajaran.
3. Merancang Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
dengan teratur.
4. Menyedia ruang dan peluang untuk pelajar membuat latihamal untuk
meningkatkan kemahiran.
5. Menyoal pelajar dengan pelbagai tahap kecerdasan untuk
memastikan pelajar memahami apa yang diajar.
6. Membuat pembetulan kesalahan pelajar agar pelajar boleh
menggunakan kemahiran yamg diperolehi.
Proses pengajaran dan pembelajaran berkesan tidak tertakluk kepada model pengajaran yang tertentu sahaja.Guru-guru hendaklah meneliti dan memilih model pengajaran yang paling berkesan dalam membantu pelajar-pelajar mereka menguasai topik
pembelajaran.Pemilihan ini seharusnya berdasarkan situasi pembelajaran dan tahap pencapaian kumpulan pelajar yang terlibat.
Kajian oleh Kyriacou pula menunjukkan bahawa seseorang guru
mestilah memiliki perkara berikut:-
1. Tahu apa yang diajar.
2. Tahu cara penyampaian yang paling berkesan.
3. Pandai menggunakan setiap peluang yang ada semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Bijak memilih cara dan metode terbaik untuk
mencapai objektif pengajaran.
Sebagai kesimpulannya, guru harus sentiasa melengkapkan diri dengan input terkini untuk menjadi guru yang lebih berkesan.Guru juga perlu bersedia untuk mengabungjalin pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada dengan perkembangan terkini dalam
dunia pendidikan.Guru juga harus proaktif dan bersedia untuk memajukan diri mereka sepanjang masa sejajar dengan perkembangan pendidikan.
Selasa, 4 Januari 2011
PENGAJARAN YANG BERKESAN.
Posted by NoddenBerek12KBR at 8:05 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan