Rabu, 13 April 2011

Ucapan Aluan Pengetua Sempena Forum Kerjaya Profesional, Penyampaian Sijil Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya Dan Penyampaian Biasiswa Kamilian 2011.

SMK Kamil amat bertuah kerana Dato’ Haji Pahamin Bin A. Rajab, Penasihat Kamilian sudi hadir untuk merasmikan 3 majlis dalam 1. Iaitu Majlis Forum Kerjaya Profesional, Penyampaian Sijil Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya dan Penyampaian Biasiswa Kamilian sumbangan peribadi Dato Haji Pahamin Bin A. Rajab kepada 30 orang pelajar kategori miskin yang mana ibu bapa mereka dijemput sama hadir pada pagi ini sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan biasiswa kamilian yang cukup memberi makna kepada keluarga dan pelajar berkenaan. Biasiswa Kamilian ini bernilai RM 50.00 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan bagi 30 orang pelajar yang jumlahnya bernilai RM 18,000.00. Sumbangan Biasiswa Kamilian ini telah dianugerahi kepada pelajar SMK Kamil sejak tahun 2005.

Saya selaku Pengetua SMK Kamil, Barisan Guru dan Staf sokongan dan Ibu bapa mengucapkan setinggi ucapan terima kasih kepada Dato Haji Pahamin Bin A. Rajab di atas sumbangan Biasiswa Kamilian itu.

Pada tahun ini juga Dato Haji Pahamin Bin A. Rajab telah memberi sumbangan RM 3,500.00 untuk Pancuran Kolam di bangunan blok Pentadbiran dan Galeri Kamilian.
Dato Haji Pahamin juga telah bermurah hati menaja Forum Kerjaya Profesional dan menyumbang bantuan kewangan untuk membeli VEST kepada 50 orang pelajar Pembimbing Rakan Sebaya SMK Kamil.

Segala sumbangan dan derma bakti Dato Haji Pahamin Bin A. Rajab tetap menjadi satu ingatan dan kenangan manis bagi kami warga SMK Kamil dan mudah-mudahan Dato Haji Pahamin Bin A. Rajab diberkati, akan dimurahi rezeki, sehat sentiasa, dipanjangkan umur serta di dalam peliharaan Allah SWT.

Wabillahi Taufik Walhidayah
Assamualaikum Wm. Wbt.
Sekian, terima kasih.
14 APRIL 2011.

1 comments:

odilmabe berkata...

Borgata Hotel Casino & Spa - Biloxi - KLM Hub
Borgata 영천 출장샵 Hotel Casino & 군포 출장마사지 Spa. 931 S. 강릉 출장마사지 Biloxi, MS 39530. Phone: +1 702-427-1000. Borgata Hotel Casino & 김천 출장마사지 Spa. 0.00 서산 출장샵 miles. 3 min walk to The