Rabu, 20 Oktober 2010

PERANCANGAN STRATEGIK SMK KAMIL TERSOHOR 2011 - 2015.

VISI

SMK KAMIL AKAN MELAHIRKAN PELAJAR KELAS PERTAMA BERTARAF GLOKAL.

MISI

SMK KAMIL BERUSAHA MENJANA PENDIDIKAN BESTARI KE ARAH MELAHIRKAN PELAJAR TERBILANG SECARA HOLISTIK.


NILAI KORPERAT

K = KETERAMPILAN

A = AMANAH

M = MUAFAKAT

I = ILTIZAM

L = LUHUR


SMK KAMIL TERSOHOR
KERANA

1. WARGANYA YANG BERIMAN, BERTAKWA DAN BERAMAL SOLEH.

2. WARGANYA YANG BERILMU DAN MENGAMALKAN BUDAYA ILMU DALAM KEHIDUPAN.

3. WARGANYA YANG BERAKHLAK MULIA, BERBUDI PEKERTI LUHUR DAN SENTIASA MENGAMALKAN
NILAI-NILAI MURNI DALAM KEHIDUPAN.

4. WARGANYA YANG CERGAS, SIHAT, AKTIF DAN MEMPUNYAI DAYA JUANG YANG TINGGI.

5. PELAJAR YANG SENTIASA BERDIKARI.

6. WARGANYA YANG KREATIF, INOVATIF DAN ANALITIKAL SERTA PEKA KEPADA PERKEMBANGAN
SAINS DAN TEKNOLOGI.



FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


PENDIDIKAN DI MALAYSIA
ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU
SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS
DARI SEGI INTELEK, EMOSI, ROHANI DAN JASMANI BERDASARKAN
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN.USAHA INI ADALAH UNTUK MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERKETERAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN NEGARA.


FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH.


USAHA YANG TERANCANG, TERKAWAL DAN BERTERUSAN BERDASARKAN PEGANGAN NILAI UTAMA
KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI PELAJAR SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU SERTA MELAHIRKAN PELAJAR BERILMU YANG BERDISIPLIN, BERUSAHA DAN BERBAKTI UNTUK MENCAPAI
KESEJAHTERAAN DIRI, MASYARAKAT, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.


MOTO SMK KAMIL


PENGETAHUAN TANGGA KEMAJUAN

MATLAMAT SEKOLAH


• MELAHIRKAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI KEUPAYAAN INTELEK YANG TINGGI, KETAHANAN MENTAL
DAN FIZIKAL.
• MELAHIR PELAJAR YANG BERAKHLAK, BERHEMAH TINGGI, BERTAKWA DAN BERBUDI LUHUR.
• MEMASTIKAN PENGLIBATAN SEMUA PELAJAR UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN
KO-KURIKULUM.
• MEMUPUK SUASANA PERMUAFAKATAN KOMUNITI UNTUK KECEMERLANGAN PELAJAR DAN SEKOLAH.


OBJEKTIF SEKOLAH

• MELAKSANA SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN YANG CEKAP, DINAMIK DAN
TELUS.

• MEMASTIKAN PENCAPAIAN AKADEMIK BERADA PADA TAHAP CEMERLANG.

• MEMBENTUK SAHSIAH TERPUJI DAN BOLEH DICONTOHI.

• MELIBATKAN SEMUA PELAJAR SECARA AKTIF DALAM AKTIVITI KO-KURIKULUM.

• MELAHIRKAN PELAJAR MINDA KELAS PERTAMA.

• MEWUJUDKAN IKLIM DAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG BERSIH,SELAMAT, SELESA DAN INDAH.


PIAGAM PELANGGAN

‘MENUJU KECEMERLANGAN’

KAMI BERJANJI AKAN BERUSAHA UNTUK MEMPERKEMBANGKAN KEUPAYAAN PELAJAR KE ARAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DENGAN MENEKANKAN KEPADA:

1. MENINGKATKAN PRESTASI DAN KECEMERLANGAN PELAJAR DALAM BIDANG KURIKULUM,
KOKURIKULUM DAN SAHSIAH.
2. KEWUJUDAN SUASANA HARMONI, KERJASAMA DAN KEKELUARGAAN DALAM KALANGAN PELAJAR,
GURU DAN IBU BAPA DAN ANGGOTA MASYARAKAT.
3. MENGENALPASTI DAN MENYELESAIKAN MASALAH PELAJAR.
4. BERSEDIA MEMBERI KHIDMAT, MELAYAN DAN MENYELESAIKAN MASALAH DALAM SUASANA MESRA.
5. AMALAN BUDAYA ILMU DAN KERJASAMA SESAMA INSAN DALAM AKTIVITI HARIAN.
6. KETAQWAAN DALAM SELURUH TINDAKAN DAN PERLAKUAN.



PENARAFAN SEKOLAH
BERADA PADA TAHAP

SKOR KESELURUHAN SKPM : 92.50
PERATUS GPS WAJARAN : 72.00
SKOR KOMPOSIT : 78.16%
KEDUDUKAN SEKOLAH IALAH 187/2198

STRATEGI UTAMA

• MEMANTAPKAN ASPEK PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN SERTA SISTEM PENYAMPAIAN
DAN KUALITI PERKHIDMATAN.

• MELAKSANAKAN PROGRAM YANG MEMPUNYAI NILAI TAMBAH DAN KOMPETEN.

• PEMUPUKAN BUDAYA KERJA BERKUALITI DAN PROFESIONAL.

• BEKERJA DENGAN DEDIKASI, AMANAH, PENYAYANG, IKHLAS, GIGIH DAN PROFESIONAL PADA
SETIAP MASA.

• PENYELIAAN, PENCERAPAN DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN.


PRINSIP UTAMA

KAMI BERPEGANG KEPADA PRINSIP BAHAWA:

• PENGETUA SEBAGAI PENGGERAK DAN PENERAJU UTAMA AKTIVITI DAN TERLIBAT SECARA AKTIF.

• GURU SEBAGAI PELAKSANA AKAN BEKERJA DENGAN JUJUR, IKHLAS, BERINTEGRITI DAN AMANAH
BERDASARKAN ’CORE BUSINESS’ DAN MENGUTAMAKAN KUALITI SERTA MEMBERI KEUTAMAAN
TERHADAP PENERAPAN DAN PENGUKUHAN NILAI BUDAYA KUALITI DALAM KERJA SEHARIAN.


• BEKERJA SEPASUKAN DENGAN MEMAINKAN PERANAN BERKESAN UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM,
PROJEK DAN AKTIVITI SERTA MELAKSANAKAN KERJA DENGAN BERTANGGUNGJAWAB DAN
PROFESIONAL.

• MEMPUNYAI KOMITMEN DAN SEMANGAT JUANG UNTUK BERSAING MELONJAKKAN KECEMERLANGAN
SEKOLAH SERTA ADA ’SENSE OF URGENCY’ DAN KOMPETEN.


• IBU BAPA AKAN MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI PENYOKONG DAN PENDORONG UTAMA KEPADA ANAK
MEREKA AGAR BELAJAR UNTUK MENCITRA KECEMERLANGAN.

• PELAJAR BELAJAR TEKUN BELAJAR SECARA BERKESAN.

• KECEMERLANGAN PELAJAR BERGANTUNG KEPADA SIKAP, KECERDASAN ( IQ ), SOSIAL (SQ),
EMOSI (EQ), EMOSI DAN KEROHANIAN ( ESQ ).

• PENDOKUMENTASIAN SETIAP PROGRAM, PROJEK DAN AKTIVITI DENGAN RAPI.



MOTO
PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH

MEREALISASI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SMK KAMIL TERSOHOR.


IKRAR

KAMI STAF SMK KAMIL BERAZAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN DENGAN SUCI HATI.


PENDEKATAN

KONSEP PULANGAN MAKSIMUM
( COST EFFECTIVE CONCEPT )


• MENGURUS SEGALA RESOS MANUSIA, KEWANGAN, FIZIKAL, RUANG DAN MASA DENGAN OPTIMUM,
CEKAP DAN BERHEMAH.

• MENGAMALKAN PRINSIP TANPA CACAT ( ZERO DEFECT ) DAN PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH
( TOTAL QUALITY MANAGEMENT ).


PENDEKATAN BERPERINGKAT ( INCREMENTAL APPROACH )

SEGALA PROGRAM, PROJEK DAN AKTIVITI YANG DIRANCANG PERLU DILAKSANAKAN SECARA BERPERINGKAT, BERJADUAL, BERTERUSAN DAN MENGAMALKAN PRINSIP PENAMBAHBAIKAN ( KAIZEN ).


MELAMPAUI TEORI KONVENSIONAL
( BEYONG THEORY ONE )

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM, PROJEK DAN AKTIVITI MENGGUNAKAN STRATEGI BARU YANG LEBIH BERKESAN, MENGGUNAKAN IDEA BARU DAN LUAR BIASA DARIPA AMALAN BIASA.


PENGURUSAN SETEMPAT
( ON - SITE MANAGEMENT )


PELAKSANAAN TUGASAN DILAKSANAKAN DI SEKOLAH DENGAN MENGAMBILKIRA PELBAGAI FAKTOR MASA, RUANG, KEWANGAN, TENAGA DAN RESOS YANG TERHAD.
MENGUTAMAKAN KERJA SEPASUKAN DAN SECARA KOLEKTIF.

BOTTOM UP APPROACH

MENGAMALKAN PRINSIP DESENTRALISASI IA ITU BERMULA DARI BAWAH KE PERINGKAT ATASAN.

SISTEM AMARAN AWAL
( EARLY WARNING SYSTEM )

• PEMANTAUAN DAN PENILAIAN DILAKSANA SECARA
SPONTAN DENGAN BERKESAN DAN BERTERUSAN.

• SETIAP PROGRAM, PROJEK DAN AKTIVITI DIWUJUDKAN INDEK PETUNJUK KEJAYAAN
( KEY PERFORMANCE INDICATOR ) UNTUK MENGETAHUI STATUS PERKEMBANGAN DAN TAHAP
PRESTASI.


SWOT ANALYSIS


STRENGHTS ( KEKUATAN)

• GURU-GURU BERPENGALAMAN.

• MEMPUNYAI SERAMAI 16 ORANG GURU CEMERLANG.

• SEKOLAH PREMIER DAN SEKOLAH BESTARI 5 BINTANG.

• GURU MENGUASAI KEMAHIRAN ICT.

• MENJALIN HUBUBGAB BAIK DENGAN PIBG, KOMUNITI DAN ALUMNI.

• GURU MEMILIKI MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.



WEAKNESSES ( KELEMAHAN )

• INFRASTRUKTUR SEADANYA DAN PERLU PENYENGGARAAN BERTERUSAN.

• SEBAHAGIAN PELAJAR DARI SEKOLAH DAERAH LUAR BANDAR TERDIRI DARIPADA KELUARGA
BERPENDAPATAN RENDAH.

THREATS ( ANCAMAN)

• PELAJAR DARI LUAR BANDAR MENGALAMI MASALAH KEJUTAN BUDAYA.

• PELAJAR TERDEDAH KEPADA GEJALA SOSIAL DI BANDAR.


OPPORTUNITIES ( PELUANG )

• PELAJAR TERPILIH DAN MEMILIKI KELULUSAN AKADEMIK TERBAIK.

• SOKONGAN PADU DARIPADA PIBG,ALUMNI KAMILIAN, KOMUNITI DAN STAKEHOLDER..


PERANCANGAN STRATEGIK SMK KAMIL TERSOHOR


PROJEK 1

SKOR STRAIGHT A'S (STAR)



AKTIVITI

• MESYUARAT PASUKAN PMR, SPM DAN STPM SERTA MENUBUH JAWATAN KUASA BERTINDAK.

• AKUR JANJI DAN PENYEDIAAN LENGKOK PENCAPAIAN AKADEMIK.

• PEMANTAPAN P & P DALAM BILIK DARJAH.

• SEMAKAN BUKU NOTA DAN BUKU LATIHAN PELAJARAN SECARA BERKALA.

• PERFECT SCORE.

• BUDDY ACADEMIC SUPPORT (BAS).

• PEER GROUP TEACHING.

• TEACHERS ON CALL.

• MENTOR- MENTEE.

• GOLDEN HOLIDAY.

• PROGRAM KOLOBORATIF.

• KEM AKADEMIK.


PERANCANGAN STRATEGIK
SMK KAMIL TERSOHOR

PROJEK 2

SEMARAK KOKUM


AKTIVITI

• MESYUARAT PASUKAN PERANCANG DAN MENUBUHKAN JAWATAN KUASA BERTINDAK.

• SUKANTARA.

• KEJOHANAN OLAHRAGA DAN PERMAINAN.

• SUKAN ELIT.

• PESKO

• KO AKADEMIK.

• RIMUP.

• PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM.


PERANCANGAN STRATEGIK
SMK KAMIL TERSOHOR

PROJEK 3

PEMBANGUNAN INSAN


AKTIVITI

• MESYUARAT PASUKAN PERANCANG DAN MENUBUHKAN JAWATAN KUASA BERTINDAK.

• KEM MOTIVASI PEMANTAPAN KENDIRI.

• KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING / PSIKOLOGI.

• KURSUS PENGURUSAN EMOSI DAN STRES.

• GEMPUR MINDA DAN ANJAKAN PARADIGMA.

• ANAK SOLEH.

• ANAK SOLEHAH.

• KHATAM ALQURAN.

Rabu, 29 September 2010

Guru oh guru sebagai pendidik.

The Actual Teacher ;
1. Bad teacher always complains.
2. Good teacher always explains.
3. Better teacher always demonstrates.
4. Best teacher always motivates.
5. Great teacher always inspires.


Peranan yang boleh diamalkan oleh seorang insan yang bergelar guru:-

1. Guru sebagai pelaksana dan penterjemah kurikulum yang telah digubal melalui proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan di luar bilik darjah.
2. Guru perlu bertindak sebagai agen inovasi dan membuat nilai tambah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Guru perlu mahir dalam memberi layanan yang sewajarnya kepada pelajar yang terdiri dari pelbagai aras kebolehan.
4. Guru perlu faham dirinya sendiri dan kenali potensi setiap pelajar. Jangan under estimated kerana pelajar penuh dengan fantasi , emosi dan idea (love for learning and love for learners)
5. Guru yang signifikan menjadi faktor yang dapat mempengaruhi proses pembelajaran pelajar.Guru perlu berkeupayaan melakukan perubahan minda, emosi dan perubahan tingkah laku positif setiap individu pelajar.
6. Guru berpengetahuan dan berminat terhadap subjek yang diajar dan ada keprihatinan yang tulen terhadap minat dan masalah pelajar.
7. Berkeupayaan dan ada komitmen tinggi untuk berusaha agar pelajar benar-benar terlibat dan mengambil bahagian di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
8. Ada kefahaman tentang apa yang perlu dan apa yang menjadi kemahuan pelajar.
9. Memiliki kemahiran konseptual, interpersonal dan teknikal tentang proses pengajaran dan pembelajaran yang meliputi perancangan pengajaran, teknik pengajaran, teknik penyoalan, perbincangan, penyertaan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan boleh membuat penilaian keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan di luar bilik darjah.

Isnin, 28 Jun 2010

KEPENGETUAAN SEORANG PENGETUA SEBAGAI CEO KEPIMPINAN SEKOLAH.

Pengetua sebagai CEO di sekolah merupakan seorang individu yang menentukan jatuh bangun sesebuah sekolah. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh Pengetua ia lah kenalpasti masalah utama sekolah yang perlu diambil tindakan untuk mengatasinya. Kenalpasti kelemahan dan kekuatan sekolah serta mengambil peluang yang ada untuk meminimumkan ancaman untuk menjadi sekolah bergerak (moving school).Sekolah yang tidak diurus dengan baik akan menjadi sekolah hanyut (sinking school).

Pengetua mesti memahami bahawa peranan sebagai kepimpinan instruksional (instructional leader) amat penting untuk merancang, melaksana dan menilai agar kegagalan itu berada pada tahap minimum.Pengetua memastikan peningktan pencapaian berdasar GPS dan KPI tercapai. Sebagai contoh ialah pelaksanaan aktiviti pembudayaan ilmu dan inovasi di kalangan guru dan murid. Aktiviti menangani salahlaku moral (muflis akhlak) dilaksanakan oleh Guru Pendidikan Islam dan Guru Pendidikan Moral.Kaunselor menyediakan data TOV dan ETR salahlaku disiplin berdasarkan rekod disiplin yang ada pada Guru Disiplin serta membuat analisis data dan post mortem untuk mencapai keberhasilan aktiviti yang impaknya menambahbaik mutu disiplin pelajar.

Fungsi utama.

Pengetua sebagai CEO di sekolah mampu melakukan transformasi untuk mengubah
status-quo sekolah menjadi cemerlang Berjaya melahirkan modal insan minda kelas pertama bertaraf dunia dan melonjak kecemerlangan sekolah sebagai institusi pendidikan yang dapat bersaing di pentas dunia.

Perkara yang perlu diberi keutamaan seperti berikut:-

a. Membentuk sahsiah pelajar yang baik dan berketrampilan yang dapat mengawal emosi dan bertindak dalam pelbagai situasi yang rencam.
b. Berusaha membina budaya ilmu untuk mengatasi kejahilan agar pelajar dapat menikmati keindahan ilmu kerana ilmu dapat menukar nilai yang tidak baik dan dapat memajukan bangsa menjadi inovatif dan kreatif.
c. Memiliki personaliti unggul (towering personality).Boleh memimpin bukan dipimpin, mahir berkomunikasi dan berkemahiran insaniah (soft skill).
d. Menyediakan Perancangan Strategik bersistematik untuk melonjak kecemerlangan sekolah.
e. Bersedia mempersiapkan sekolah menjadi sekolah berprestasi tinggi.


FAKTOR KEJAYAAN PENGETUA.

a. Komited untuk bekerja dengan suci hati.Menanam komitmen dalam diri melakukan kerja dengan membuat inovasi dan kreatif. Melakukan kerja dengan cepat, cekap dan berhemah.Elak kerja bertangguh.Melakukan pembaharuan dan penambahbaikan berterusan. Melakukan kerja dan tugas harian untuk mencipta kejayaan.
b. Bekerja dengan agresif.Sentiasa mendesak untuk mencapai matlamat dan keberhasilan.Bekerja dalam semangat bermujahadah dan istiqamah.Kerja dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mencipta kejayaan dan kecemerlangan.Bersikap tegas dan bijak membuat keputusan dengan tangkas.
c. Sentiasa mendapat sokongan dan dokongan semua staf di sekolah serta ibu bapa dan pelajar untuk merealisasi visi dan misi sekolah.Pengetua menjadi rule model dan boleh diikut dan dicontohi oleh staf bawahan.



Dailema Pengetua.


1. Gagal menonjolkan diri sebagai kepimpinan sekolah yang berkesan.Tidak bertindak sebagai kepimpinan instruksional. Melaksana tugas rutin dan ’ceremony’ sahaja. Aspek pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran tidak diberi keutamaan.Kebanyakan tugas di delegasi dan empowerment kepada pemimpin pertengahan (middle leaders) seperti Penolong Kanan pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Ko-Kurikulum serta Guru Kanan Mata Pelajaran. Delegasi dan empowerment dibuat tanpa kawalan.
2. Tidak memiliki kemahiran merancang, mengurus, memimpin dan mengelola sekolah secara berkesan. Tidak ada ilmu pengurusan sekolah dan tidak berpengalaman.Tidak berusaha membuat koloboratif dengan Pengetua Cemerlang dan Pengetua Kanan yang berpengalaman.Tidak membuat networking dengan sekolah lain.
3. Pengetua tidak memiliki ’Strategic Thinking’.Tidak realistik, ’unlearn’ dan ’relearn’ serta bertindak mengikut perasaan, tidak rasional dan profesional.Tidak memiliki stail kepimpinan pelbagai dan sentiasa bergantung kepada nasib serta takdir.Tidak berusaha mengubah diri sendiri dan gagal membawa perubahan kepada kemenjadian murid.


Tanggungjawab Pengetua.

1. Sentiasa patuh kepada pekeliling Iktisas sebagai sumber dan punca kuasa.
2. Sentiasa berfikiran terbuka dan berlapang dada.Sentiasa menganggapkan bahawa pendapat sendiri tidak semua betul.Pendapat pihak lain tidak semuanya salah.
3. Jangan mencari pelbagai alasan tetapi cari jalan.Tidak perlu alasan kecuali keberhasilan.
4. Jawatan dan gred jawatan bukan status-quo tetapi satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu ditunai.
5. Melaksanakan penyeliaan, pencerapan dan pemantauan berfokus proses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.
6. Mengutamakan kecemerlangan pelajar agar berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum serta memiliki sahsiah cemerlang.
7. Sentiasa ’jentik’ dan ’geletek’ guru untuk bekerja dan mengajar dengan berkesan.

Sabtu, 15 Mei 2010

SAJAK.

SELAMAT HARI GURU CIKGU


Pada tarikh 16 Mei
meniti ucapan
selamat Hari Guru
buat insan
bergelar guru.

Ajarlah dengan menyebut nama Allah
Tuhan Maha Pencipta
didiklah dengan menggunakan pena
agar di suatu hari nanti akan lahir
modal insan minda kelas pertama
berkemahiran tinggi
berbudi luhur.

Cikgu ibarat kandil kemerlap
seperti pelita di jendela
membakar diri
menerangi
di malam gelap.

Jangan ada dusta di antara kita
dokong amanah negara
kerana guru bagai akitek
masa depan anak bangsa.

Cikgu
bila ada waktu mu
tunaikan amanah itu
tuaikan seribu harapan
jangan dibiarkan
itek di air mati kehausan
ayam di kepok mati kelapan
bunga kembang tak jadi.

Sebenarnya
guru pewaris anbia.

Haji Zainuddin Bin Harun
Pengetua
SMK Cherang Ruku
Pasir Puteh, Kelantan
16 Mei 2010.

Isnin, 10 Mei 2010

SAJAK.

SEPANJANG PERJALANAN INI.

Bila sudah tiba waktu
semua orang akan tahu
tidak perlu sedu sedan itu
mahu tak mahu
kaki terpaksa melangkah pergi
selamat tinggal buat semua.

Sepanjang perjalanan
telah didaki gunung-ganang
telah didaki bukit bukau
cerun dan jurang dituruni
padang luas telah direntasi
telah diredah hutan belantara
telah diselami lautan luas
dengan berbekal semangat dan sebuah harapan
menjadi seorang guru
Pembina Negara Bangsa.
medan perjuangan sebuah sekolah.

Di bilik darjah
ilmu dicurah
tanpa jemu mengajar dan mendidik
akan lahir
seorang murid minda kelas pertama
berkemahiran tinggi dan berbudi luhur
patriotiknya kepada Agama, Negara dan Bangsa Malaysia.

Terima kasih
di atas segala kerjasama dan pertolongan yang ikhlas
segalanya tidak terbalas
moga Allah SWT
yang akan memberi ganjaran
walaupun sebesar zarah

Di album hati tetap terukir segala peristiwa
senyum dan ketawa
susah dan senang bersama
kalian tetap di hati ini.

Kini di hujung perkhidmatan
sesekali menoleh ke belakang
kaki terus melangkah ke depan
rupanya sudah jauh perjalanan
destinasi terakhir tentunya
akan kembali
menemui Ilahi.

Haji Zainuddin Bin Harun
Pengetua
SMK Cherang Ruku
Pasir Putih,Kelantan
11.052010.

Selasa, 4 Mei 2010

PENGETUA OH PENGETUA.

Pengetua sebagai peneraju utama sekolah berkesan. Kepimpinan Pengetua akan menentukan halatuju dan jatuh bangun sesebuah sekolah.Pengetua harus faham dan melaksanakan peranan sebagai kepimpinan instruksional.Kenalpasti kekuatan dan kelemahan sekolah. Pandai mengurus segala macam ancaman dan pandai mengambil peluang yang ada untuk meneruskan kelangsungan sekolah sebagai institusi pendidikan untuk melonjak kemenjadian modal insan yang berilmu dan berkemahiran tinggi.

Pengetua sebagai kepimpinan instruksional mesti merangka dan melaksanakan Perancangan Strategik Sekolah dalam tempoh 3 tahun atau 5 tahun dengan merancang, melaksana dan menilai keberkesanan program, projek dan aktiviti untuk mencapai visi sekolah.

Faktor kritikal kejayaan seseorang Pengetua bergantung kepada sifat ’Towering personality’ yang perlu dimiliki. Komited menjalankan tugas harian untuk berjaya. Berkeupayaan menanam komitmen dalam diri dengan melakukan kerja dengan berhemah dan cepat serta menggelakkan kerja bertangguh.

Seorang Pengetua mesti boleh berkomunikasi secara berkesan dengan dapat mengungkapkan misi dan visi sekolah dengan cara menarik yang dapat menyentuh perasaan staf di bawahnya serta dapat mendorong semangat untuk rela bekerja dengan ikhlas dan beramanah.Pengetua perlu ada sifat agresif dengan sentiasa mendesak untuk mencapai matlamat yang dirancangkan.

Pengetua bekerja dalam semangat bermujahadah. Melaksanakan kerja dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah untuk mencapai pertunjuk prestasi utama (KPI).Berkeupayaan menarik sokongan staf untuk bekerja bersama-sama dengan Pengetua dalam semua keadaan dalam suasana yang harmonis.

Pada kebiasaannya seseorang Pengetua sentiasa menghadapi halangan dan rintangan kerana tidak ada sifat ’Towering Personality’. Malas melaku seuatu penambahbaikan kerana lemah pemikiran dan mudah terpengaruh dengan keseronokan dunia serta cepat bosan dan jemu.

Isu utama ia lah kegagalan dan ketidak berkesanan Pengetua sebagai kepimpinan instruksional. Di sekolah menengah masih kedapatan pelajar yang tidak menguasai kemahiran asas linus dan numerasi. Penyampaian pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah kurang berkesan. Didapati guru mengajar tetapi pelajar tidak belajar.Sekolah menjadi tempat pelajar membuang masa. Kelemahan dapat dikesan dalam kemerosotan prestasi peperiksaan awam dari segi Gred Purata Sekolah(GPS), penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum secara sambil lewa dan peratus peningkatan keruntuhan disiplin pelajar berkaitan moral dan gejala sosial semakin meningkat.



Justeru itu beberapa langkah strategik boleh dirangka dan dilaksanakan oleh Pengetua sebagai kepimpinan utama sekolah dengan melaksanakan Pelan Tindakan Strategik dalam aspek berikut:-


1. Aspek kemuflisan sahsiah pelajar untuk menangani masalah disiplin, gejala sosial dan keruntuhan akhlak pelajar. Tugasan ini boleh dilaksanakan oleh Kaunselor, Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Pendidikan Moral melalui pengumpulan data salahlaku disiplin dan membuat penetapan TOV, ETR dan ATR.Seterusnya merangka perancangan, pelaksanaan dan penilaian aktiviti.
2. Aspek Pembudayaan Ilmu dan Inovasi dikalangan guru dan pelajar.Tugasan ini boleh dilaksana oleh Pusat Sumber dan Pusat Akses.Usaha meningkatkan suasana Pusat Sumber menjadi kondusif dan pembestarian sekolah serta Pusat sumber dan Pusat Akses sebagai koridor ilmu.
3. Semarak kokurikulum dengan mengaktifkan semula sukan dan permainan, persatuan dan kelab dan unit beruniform.Aktiviti kokurikulum dapat membentuk jati diri, memupuk perpaduan dan memupuk bakat kepimpinan pelajar. Aktiviti kokurikulum dilaksana sepanjang tahun. Jangan menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai aktiviti bermusim dan memenuhi keperluan serta arahan pihak atasan sahaja.

Ahad, 7 Mac 2010

SAJAK.

SALAM SEJAHTERA CIKGU




Aku tulis sajak ini
dari dairi hati
untuk yang disayangi
guru oh guru
aku persembahkan kepada kalian
dengan tulus ikhlas
walau tidak seindah madah pujangga
terimalah ucapan dari lubuk kalbu
salam sejahtera cikgu.


Tabahkan hati kalian
kerana tangan guru
akan melakar
mencitra dan mengarca
berjuta watak.

Disinar wajah kalian
terpancar seribu sinar
harapan pelajar.

Setitik keringat
setitis air mata bening
senyuman di bibir dan secangkir madah
ada selaut budi
selangit harapan
tentunya akan ada tanda syukur
meniti indah
sepanjang perjalanan kehidupan
bersama ingatan tulus ikhlas
kekal abadi
sepanjang zaman
kerana guru pewaris para Anbia.



Haji Zainuddin Bin Harun
Pengetua
SMK Cherang Ruku
Pasir Puteh, Kelantan.
08.03.2010.