Ucaputama Pengetua Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan Tahun 2008.
Bismillahir Rahmannir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Guru-Guru yang dihormati sekalian,
1. Marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah kerana pada hari ini dapat berkumpul di perhimpunan ini untuk menyambut Hari Guru bertemakan ”Guru Cemerlang Negara Terbilang” yang mengiktiraf dan memberi penghormatan yang tinggi kepada semua guru di negara kita.
Berburu di padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Marilah kita warga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku bermuhasabah
bahawa kita ini hamba Allah. Kita sebagai Khalifah Allah di bumi dan jawatan kita
sebagai Amanah Allah. Secara taklif menuntut kita ada akauntabiliti (bertanggungjawab)
mendidik dan memimpin murid, memberi bimbingan dan tunjukajar, menasihat,
menyelesai masalah bukan buat masalah, menyebar ilmu pengetahuan dan menjadi
suri teladan iaitu rule model dan idola kepada murid.Secara tashrif, guru mempunyai
kedudukan yang mulia dan ada keistimewaan sebagai pewaris Anbia.
2. Kehebatan guru dapat digariskan seperti berikut:-
a. Dipercayai - Jujur, amanah dan bertanggungjawab.
b. Didampingi - Kemesraan dan merendah diri.
c. Dirujuk - Ada kebolehan dan kepakaran.
d. Diiktiraf - Berilmu dan berkemahiran tinggi.
e. Dihormati - Berkeperibadian unggul.
f. Dicontohi - Kehebatan dari segi pencapaian dan penghasilan kerja.
g. Dicari - Kesediaan berbakti dan berkorban.
h. Disayangi - Kemurahan hati, ada kecaknaan dan kebajikan.
i. Dirasai - Penghasilan kerja memberi manfaat dan kebaikan.
j. Didalam Saf - Sentiasa patuh kepada peraturan dan arahan perkhidmatan.
3. Aura Guru (7K).
a. Keagamaan - Mantap akidah dan iman.
- Penghayatan ibadah.
- Menghayati Islam sebagai Addin (satu cara hidup).
- Kesediaan bermujahadah sebagai pendidik.
b. Keilmuan - Mengamalkan budaya ilmu.
- Mengamalkan budaya berfikir.
- Mengamalkan budaya berkarya.
- Mengamal budaya penyelidikan (Kajian Tindakan)
-Mengamalkan budaya belajar sepanjang hayat.
c. Kemahiran - Komunikasi interpersonal.
- Pengucapan awam.
- Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran.
- Kepakaran penggunaan ICT.
d. Keunggulan
Akhlak dan
Moral - Mempunyai disiplin kendiri.
- Menghayati sifat mahmuddah.
- Patuh kepada arahan Pengetua/Guru Besar.
e. Kepimpinan - Berwibawa, berintegriti dan berkarisma.
- Boleh diteladani.
- Bermotivasi tinggi untuk membawa dan menggerakkan perubahan
bermakna dan positif.
- Setia kepada organisasi (Sekolah).
f. Kualiti kerja - Bekerja sebagai satu ibadat bukan satu adat.
- Budaya kerja profesional.
- Kerja secara satu pasukan (Team Work).
- Kerja kuat dan sempurna (Work Hard And Smart).
- Mesra pelanggan (Murid).
g. Kesihatan - Cergas jasmani.
- Kematangan intelek.
- Kestabilan emosi.
- Ketenangan rohani.
4. Pendekatan guru yang cemerlang berdasar 5P.
a. Peluk - Sentuhan guru, kemesraan dan kecaknaan.
b. Pujuk - Membantu murid bermasalah dengan sabar.
c. Prihatin - Sentiasa beri bantuan dan perhatian.
d. Puji - Menghargai setiap kerja murid.
e. Pengiktirafan - Setiap murid ada potensi yang perlu digilap dan diberi perakuan.
5. Guru ialah pelaksana dasar Kementerian Pelajaran dan memain peranan sebagai pemimpin
pengajaran dan pembelajaran serta sahsiah murid. Oleh itu guru perlu menjadi rule model
dan idola. Guru perlu mempunyai ” Towering Personality” dan ”Helicopter View.” Sifat ini
boleh dijumpai di kalangan guru yang menghayati budaya ilmu serta melaksana pengajaran
berkesan.
6 Kaedah ke arah pengajaran berkesan:-
a. Memberi bantuan klinikal.
- Membuat diagnostik keupayaan murid menguasai ilmu pengetahuan dan menyedia
pengalaman pembelajaran baru yang boleh memenuhi keperluan individu murid secara
individu.
- Bertindak seperti seorang doktor yang merawat dan menyedia ubat untuk pesakit.
- Membantu memulih dan membimbing murid yang tidak menguasai sesuatu kemahiran
sehingga menguasainya.
b. Merancang pengajaran.
- Membuat perancangan teliti.
- Memilih objektif pengajaran.
- Merangka set dan jenis pengalaman pembelajaran yang sesuai untuk murid.
- Menetapkan penilaian terhadap pencapaian murid.
c. Melaksana pengajaran.
- Kaedah pengajaran dan pembelajaran menarik minat dan memberi kesan kepada murid.
- Mahir menggunakan teknik yang betul dan terkini akan merangsangkan diri murid
menggunakan kaedah pembelajaran yang betul.
- Pengalaman pembelajaran membawa perubahan tingkahlaku positif.
- Pencapaian akademik cemerlang.
d. Pengurusan bilik darjah.
- Kelengkapan bilik darjah lengkap.
- Menyedia suasana bilik darjah dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang
Sesuai, menarik dan selesa.
e. Memantau kemajuan.
- Melaksana ujian dan penilaian.
- Melapor secara sistematik pencapaian murid.
- Memaklum kepada ibubapa prestasi pencapaian murid.
- Pelaporan secara bertulis untuk maklumat guru lain bertujuan memantau peningkatan
pencapaian dan mendapat maklumat awal murid.
f. Menyayangi murid.
- Tingkahlaku guru dapat mengambarkan sifat penyayang.
- Memberi bimbingan dan pengiktirafan kepada murid.
- Bekerja dalam suasana gembira dan seronok.
6. Akhirnya marilah kita bersama berpegang kepada 5 elemen berikut;-
Muahadah/Musyaratah
(Membuat Perjanjian Diri/Akurjanji/Ikrar)
Muaqabah
(Penderaan/Mendidik Diri Sendiri)
Muraqabah
(Pengamatan/Pemerhatian/Merasai Kehadiran Allah)
Muhasabah
(Penghitungan/Pengauditan/Menilai Diri Sendiri)
Muatabah
(Menahan Diri Dari Kekejian)
Mujahadah
(Perjuanagan Kental/Komitmen Luar Biasa)
The whole process will create situation where good become better and better becomes best of the best.
Be the best beat the rest.
Manusia terbaik ialah manusia yamg dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Selamat Hari Guru dan Terima kasih Cikgu.
Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.
Rabu, 30 Julai 2008
Posted by NoddenBerek12KBR at 5:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan