Ucaputama Pengetua Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan Tahun 2008.
Bismillahir Rahmannir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Guru-Guru yang dihormati sekalian,
1. Marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah kerana pada hari ini dapat berkumpul di perhimpunan ini untuk menyambut Hari Guru bertemakan ”Guru Cemerlang Negara Terbilang” yang mengiktiraf dan memberi penghormatan yang tinggi kepada semua guru di negara kita.
Berburu di padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Marilah kita warga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku bermuhasabah
bahawa kita ini hamba Allah. Kita sebagai Khalifah Allah di bumi dan jawatan kita
sebagai Amanah Allah. Secara taklif menuntut kita ada akauntabiliti (bertanggungjawab)
mendidik dan memimpin murid, memberi bimbingan dan tunjukajar, menasihat,
menyelesai masalah bukan buat masalah, menyebar ilmu pengetahuan dan menjadi
suri teladan iaitu rule model dan idola kepada murid.Secara tashrif, guru mempunyai
kedudukan yang mulia dan ada keistimewaan sebagai pewaris Anbia.
2. Kehebatan guru dapat digariskan seperti berikut:-
a. Dipercayai - Jujur, amanah dan bertanggungjawab.
b. Didampingi - Kemesraan dan merendah diri.
c. Dirujuk - Ada kebolehan dan kepakaran.
d. Diiktiraf - Berilmu dan berkemahiran tinggi.
e. Dihormati - Berkeperibadian unggul.
f. Dicontohi - Kehebatan dari segi pencapaian dan penghasilan kerja.
g. Dicari - Kesediaan berbakti dan berkorban.
h. Disayangi - Kemurahan hati, ada kecaknaan dan kebajikan.
i. Dirasai - Penghasilan kerja memberi manfaat dan kebaikan.
j. Didalam Saf - Sentiasa patuh kepada peraturan dan arahan perkhidmatan.
3. Aura Guru (7K).
a. Keagamaan - Mantap akidah dan iman.
- Penghayatan ibadah.
- Menghayati Islam sebagai Addin (satu cara hidup).
- Kesediaan bermujahadah sebagai pendidik.
b. Keilmuan - Mengamalkan budaya ilmu.
- Mengamalkan budaya berfikir.
- Mengamalkan budaya berkarya.
- Mengamal budaya penyelidikan (Kajian Tindakan)
-Mengamalkan budaya belajar sepanjang hayat.
c. Kemahiran - Komunikasi interpersonal.
- Pengucapan awam.
- Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran.
- Kepakaran penggunaan ICT.
d. Keunggulan
Akhlak dan
Moral - Mempunyai disiplin kendiri.
- Menghayati sifat mahmuddah.
- Patuh kepada arahan Pengetua/Guru Besar.
e. Kepimpinan - Berwibawa, berintegriti dan berkarisma.
- Boleh diteladani.
- Bermotivasi tinggi untuk membawa dan menggerakkan perubahan
bermakna dan positif.
- Setia kepada organisasi (Sekolah).
f. Kualiti kerja - Bekerja sebagai satu ibadat bukan satu adat.
- Budaya kerja profesional.
- Kerja secara satu pasukan (Team Work).
- Kerja kuat dan sempurna (Work Hard And Smart).
- Mesra pelanggan (Murid).
g. Kesihatan - Cergas jasmani.
- Kematangan intelek.
- Kestabilan emosi.
- Ketenangan rohani.
4. Pendekatan guru yang cemerlang berdasar 5P.
a. Peluk - Sentuhan guru, kemesraan dan kecaknaan.
b. Pujuk - Membantu murid bermasalah dengan sabar.
c. Prihatin - Sentiasa beri bantuan dan perhatian.
d. Puji - Menghargai setiap kerja murid.
e. Pengiktirafan - Setiap murid ada potensi yang perlu digilap dan diberi perakuan.
5. Guru ialah pelaksana dasar Kementerian Pelajaran dan memain peranan sebagai pemimpin
pengajaran dan pembelajaran serta sahsiah murid. Oleh itu guru perlu menjadi rule model
dan idola. Guru perlu mempunyai ” Towering Personality” dan ”Helicopter View.” Sifat ini
boleh dijumpai di kalangan guru yang menghayati budaya ilmu serta melaksana pengajaran
berkesan.
6 Kaedah ke arah pengajaran berkesan:-
a. Memberi bantuan klinikal.
- Membuat diagnostik keupayaan murid menguasai ilmu pengetahuan dan menyedia
pengalaman pembelajaran baru yang boleh memenuhi keperluan individu murid secara
individu.
- Bertindak seperti seorang doktor yang merawat dan menyedia ubat untuk pesakit.
- Membantu memulih dan membimbing murid yang tidak menguasai sesuatu kemahiran
sehingga menguasainya.
b. Merancang pengajaran.
- Membuat perancangan teliti.
- Memilih objektif pengajaran.
- Merangka set dan jenis pengalaman pembelajaran yang sesuai untuk murid.
- Menetapkan penilaian terhadap pencapaian murid.
c. Melaksana pengajaran.
- Kaedah pengajaran dan pembelajaran menarik minat dan memberi kesan kepada murid.
- Mahir menggunakan teknik yang betul dan terkini akan merangsangkan diri murid
menggunakan kaedah pembelajaran yang betul.
- Pengalaman pembelajaran membawa perubahan tingkahlaku positif.
- Pencapaian akademik cemerlang.
d. Pengurusan bilik darjah.
- Kelengkapan bilik darjah lengkap.
- Menyedia suasana bilik darjah dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang
Sesuai, menarik dan selesa.
e. Memantau kemajuan.
- Melaksana ujian dan penilaian.
- Melapor secara sistematik pencapaian murid.
- Memaklum kepada ibubapa prestasi pencapaian murid.
- Pelaporan secara bertulis untuk maklumat guru lain bertujuan memantau peningkatan
pencapaian dan mendapat maklumat awal murid.
f. Menyayangi murid.
- Tingkahlaku guru dapat mengambarkan sifat penyayang.
- Memberi bimbingan dan pengiktirafan kepada murid.
- Bekerja dalam suasana gembira dan seronok.
6. Akhirnya marilah kita bersama berpegang kepada 5 elemen berikut;-
Muahadah/Musyaratah
(Membuat Perjanjian Diri/Akurjanji/Ikrar)
Muaqabah
(Penderaan/Mendidik Diri Sendiri)
Muraqabah
(Pengamatan/Pemerhatian/Merasai Kehadiran Allah)
Muhasabah
(Penghitungan/Pengauditan/Menilai Diri Sendiri)
Muatabah
(Menahan Diri Dari Kekejian)
Mujahadah
(Perjuanagan Kental/Komitmen Luar Biasa)
The whole process will create situation where good become better and better becomes best of the best.
Be the best beat the rest.
Manusia terbaik ialah manusia yamg dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Selamat Hari Guru dan Terima kasih Cikgu.
Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.
Rabu, 30 Julai 2008
Posted by NoddenBerek12KBR at 5:00 PTG 0 comments
6 KAEDAH KE ARAH PENGAJARAN BERKESAN.
MEMBERI BANTUAN KLINIKAL.
Membuat diagnostik keupayaan murid menguasai ilmu pengetahuan dan menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang boleh memenuhi keperluan individu murid secara individu.
Bertindak seperti seorang doktor dengan merawat dan menyedia ubat untuk pesakitnya.
Membantu memulih dan membimbing murid yang tidak menguasai sesuatu kemahiran sehingga mampu menguasainya.
MERANCANG PENGAJARAN.
a. Membuat perancangan teliti.
b Memilih objektif pengajaran.
c. Memberikan pengalaman pembelajaran yang sesuai untuk murid.
d. Membuat penilaian terhadap pencapaian murid.
MELAKSANAKAN PENGAJARAN.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran menarik minat dan memberi kesan
kepada murid.
Mahir menggunakan teknik yang betul dan terkini akan merangsangkan
diri murid menggunakan kaedah pembelajaran yang betul.
PENGURUSAN BILIK DARJAH.
a. Kelengkapan bilik darjah lengkap.
b. Menyediakan suasana bilik darjah dan persekitaran yang sesuai, menarik dan selesa
MEMANTAU KEMAJUAN.
Membuat ujian atau penilaian.
Melapor secara sistematik pencapaian setiap murid.
Memaklum kepada ibubapa prestasi pencapaian murid.
Pelaporan secara bertulis untuk maklumat guru lain bertujuan memantau peningkatan pencapaian dan mendapat maklumat awal murid.
MENYAYANGI MURID.
Tingkahlaku guru dapat menggambarkan sifat penyayang.
Memberi bimbingan dan pengiktirafan kepada murid.
Bekerja dalam suasana gembira dan seronok.
Posted by NoddenBerek12KBR at 5:00 PTG 0 comments
Sabtu, 26 Julai 2008
Riwayat Hidup Saya Secara Ringkas.
Nama saya ialah Haji Zainuddin bin Harun. Di Kampong Berek 12, Jalan Hospital, Kota Bharu, saya dikenali dengan nama Nodden.Nodden nama timangan.Saya dilahirkan di kampong Padang Bongor, Kota Bharu, Kelantan pada 28 Ogos 1953.Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Paya Bemban, Kota Bharu, Kelantan tahun 1960.Pada tahun 1966 telah meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Garong, Kota Bharu, Kelantan dari tingkatan satu hingga tingkatan 3.Pada tahun 1969 hinga 1970 telah meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan dari tingkatan 4 hingga tingkatan 5.Kemudian meneruskan pendidikan tingkatan 6 Rendah di Institut Pendidikan, Kota Bharu, Kelantan ( sekolah swasta ) pada tahun 1971. Tahun 1972 hingga 1973 telah mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Harian Johor Bharu, Johor.
Pada 4 Januari 1974 telah bertugas sebagai guru terlatih kategori C2 di Sekolah Rendah Kebangsaan (LKTP) Jengka 5, Maran, Pahang.Pada Tahun 1975 telah dilantik sebagai guru kategori C1 apabila mendapat kelulusan sijil penuh Sijil Tinggi Persekolahan. Pada tahun 1976 hingga tahun 1980 telah melanjut pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dan telah dianugerahi ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Politik.
Pada 30 April 1980 telah bertugas sebagai guru siswazah di Sekolah Menengah St. Ursula, Tawau, Sabah.Dilantik Sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara, Tawau, Sabah pada 1 Januari 1986. Pada 1 Januari 1987 telah dilantik sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Lahad Datu, Sabah.Pada 1 Januari 1989 hingga 15 April 1989 dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran apabila sekolah tersebut dinaikkan gred A.Pada 16 April 1989 hingga 15 Julai 1997 dilantik sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak, Kunak, Sabah.Dari 16 Julai 1997 hingga 16 Disember 1999 dilantik sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahang, Penampang, Sabah. Pada 16 Disember 1999 telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua Kategori DG 2 (DG48) hakiki dan ditukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong, Beaufort, Sabah pada 17 Disember 1999.Pada 1 Disember 2002 telah ditukar sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai, Kelantan.Mulai 1 Januari 2006 bertugas sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan. Pada 01.01.2008 telah dilantik sebagai Pengetua Gred DG 52 hakiki.Pada 01.09.2010 telah ditukar sebagai Pengetua SMK Kamil, Pasir Puteh, Kelantan.
Posted by NoddenBerek12KBR at 11:46 PTG 0 comments