Objektif utama penyeliaan dan pencerapan pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membantu guru membina dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif, efisen dan pragmatik.Penyeliaan dan pencerapan boleh menjana perkongsian pintar melalui perbincangan dan teguran semasa penyeliaan dan pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di bilik darjah. Penyeliaan dan pencerapan bukan untuk mencari kesilapan dan memberi hukuman kepada guru kerana kurang keberkesanan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Penyeliaan dan pencerapan seharusnya menjadi satu transformasi bagi megukuhkan lagi sistem pendidikan untuk melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Kemajuan teknologi masa kini memerlukan perubahan paradigma yang mantap dalam kalangan guru.. Justeru itu Pengetua perlu membina satu instrumen penyeliaan dan pencerapan pengajaran dan pembelajaran yang dianggap sebagai ’Standard’ dan boleh dijadikan panduan oleh guru. Mekanisme yang perlu diadakan ia lah satu instrumen penyeliaan dan pencerapan yang mengandungi elemen-elemen yang spesifik dan jelas perlu untuk memberi impak kepada proses penyeliaan dan pencerapan yang berkualiti dan bermanfaat kepada guru.
Penyeliaan dan pencerapan menjadi satu agenda teguran yang telus, halus dan tulus ke arah memartabatkan lagi profesion keguruan agar menjadi kompetitif seiring dengan perubahan era globalisasi. Instrumen itu boleh digunapakai oleh Pengetua dalam proses penyeliaan dan pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran serta guru-guru akur dengan elemen-elemen yang perlu diberi keutamaan dalam pengajaran di bilik darjah.
Pengetua berfungsi sebagai kepimpinan instruksional dan pelaksana utama kurikulum di sekolahnya. Tugas penyeliaan dan pencerapan pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan tugas utama terpenting yang perlu dilaksanakan. Tugas ini akan menjadikan pengetua dapat meningkatkan profesionalisme kepengetuaan dalam pengurusan kurikulum sekolah sejajar dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara.
Pengetua dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta dapat memperbaiki dan mempertingkatkan mutu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya.Di samping itu dapat menggunakan sumber maklumat hasil penyeliaa dan pencerapan untuk menilai kualiti guru dan kemajuan pelajar hasil dari pengajaran dan pembelajarn di bilik darjah. Pengetua juga dapat menjalin hubungan profesionalisme dan berinteraksi secara positif serta memupuk semangat ’espirit decorp’ di kalangan guru dan pelajar di sekolahnya. Sekaligus dapat membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan membentuk sikapguru ke arah yang lebih positif. Pelajar dapat manfaat dan menikmati proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.
BIDANG PENYELIAAN DAN PENCERAPAN:
1. Bidang Organisasi.
2. Bidang Pengajaran dan Pembelajaran.
Bidang organisasi yang boleh menjadi kayu ukur pengajaran dan pembelajaran berkesan meliputi aspek-aspek berikut:-
1. Iklim kelas yang meliputi organisasi kelas, kawalan kelas, komunikasi dan motivasi pelajar, sikap pelajar dan kebersihan serta keceriaan kelas.
2. Penyeliaan gerakerja.
3. Penilaian prestasi.
4. Profil pelajar.
5. Panitia mata pelajaran.
Bidang pengajaran dan pembelajaran yang perlu diselia dan dicerap ialah seperti berikut:-
1. Sukatan Pelajaran.
2. Huraian Sukatan Pelajaran.
3. Rancangan pengajaran Tahunan.
4. Rancangan Pengajaran Harian
5. Persediaan Alat Bantu Mengajar.
6. Persediaan Alat Bantu Belajar.
7. Set Induksi.
8. Penyampaian Pengajaran Guru.
9. Teknik Soaljawab Guru.
10. Interaksi Guru dan Pelajar.
11. Peneguhan.
12. Latihan dan Tugasan.
13. Pemeriksaan dan Merekod Tugasan Pelajar..
14. Penutup dan Aplikasi Pengajaran.
15. Hasil Kerja Pelajar.
16. Pengurusan Masa.
17. Perwatakan dan Penampilan Guru.
Pelaksanaan penyeliaan dan pencerapan pengajaran dan pembelajaran di kelas dilaksanakan oleh Pengetua ke atas semua guru. Penyeliaan dan pencerapan perlu direkod dengan kemas dan sistematik.Setiap penyeliaan dan pencerapan perlu dirancang dengan teliti dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan dan guru.Jika perlu boleh dapatkan kerjasama Penolong Kanan Akademik, Penolong Kanan Petang, Ketua Bidang Mata Pelajaran dan Ketua Panitia Mata Pelajaran.Penyeliaan dan pencerapan mesti berlandaskan hubungan profesionalisme dengan guru dan bukan mencari kesalahan.
Rabu, 13 Januari 2010
PENYELIAAN DAN PENCERAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH.
Posted by NoddenBerek12KBR at 8:04 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan