PERANCANGAN STRATEGIK
PROGRAM PERUBAHAN TERANCANG
DAN
PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN
SMK CHERANG RUKU, PASIR PUTEH, KELANTAN
TAHUN 2006 HINGGA 2010.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berterampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010
• Membina Negara Bangsa.
• Membangun Modal Insan.
• Memperkasa Sekolah Kebangsaan.
• Merapat Jurang Pendidikan.
• Memartabat Profesion Keguruan.
• Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.
FALSAFAH PENDIDIKAN SMKCR
Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berdasarkan pegangan nilai utama iaitu dedikasi, amanah, penyayang, ikhlas, gigih dan profesional ke arah memperkembangkan lagi potensi pelajar secara meyeluruh dan bersepadu serta melahirkan pelajar berilmu yang berdisiplin, berusaha dan berbakti untuk mencapai kesejahteraan diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
MOTTO SMKCR
BERDISIPLIN BERUSAHA BERBAKTI.
VISI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERANG RUKU
AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG MENJELANG 2010.
MISI
• MEWUJUDKAN SUASANA PERSEKITARAN SEKOLAH YANG KONDUSIF BAGI INDIVIDU MURID
UNTUK CEMERLANG DALAM KURIKULUM, KO-KURIKULUM DAN SAHSIAH.
• MEMUPUK SUASANA MESRA MURID DAN MESRA GURU UNTUK MENGURUS, MEMIMPIN,
MENTADBIR DAN MENGELOLA SEKOLAH DENGAN CEKAP DAN BERKESAN.
• MEMBERI KEUTAMAAN KEPADA “CORE BUSINESS”DAN MEMOTIVASI WARGA SEKOLAH KE ARAH
PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN MELALUI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG
BERKESAN.
• MEMUPUK BUDAYA TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DI KALANGAN WARGA SEKOLAH MENENGAH
CHERANG RUKU.
• MENJALIN HUBUNGAN BAIK DENGAN IBU BAPA DAN KOMUNITI.
MATLAMAT SEKOLAH
• Melahirkan insan yang mempunyai keupayaan intelek yang tinggi, ketahanan
mental dan fizikal.
• Melahirkan insan yang berakhlak, berhemah tinggi, bertakwa dan berbudi luhur.
• Memastikan penglibatan semua pelajar dan mencapai kecemerlangan kurikulum
dan ko-kurikulum.
• Melahirkan suasana permuafakatan komuniti untuk kecemerlangan pelajar dan
sekolah.
OBJEKTIF SEKOLAH
• Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran pendidikan yang cekap,
dinamik dan telus.
• Memastikan pencapaian akademik berada pada tahap cemerlang.
• Membentuk sahsiah terpuji dan boleh dicontohi.
• Melibatkan semua pelajar secara aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
• Melahirkan pelajar minda kelas pertama.
• Mewujudkan iklim dan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, selesa dan
indah.
PIAGAM PELANGGAN
MENGUTAMAKAN KUALITI:
• Memberi perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan bersemangat tinggi.
• Menyediakan rangsangan untuk menambahkan semangat belajar dan membina sikap
positif serta mencapai kecemerlangan.
• Membina dan mengekalkan budaya cemerlang dalam kurikulum dan ko-kurikulum.
• Melahirkan pelajar yang bermoral tinggi, berakhlak mulia dan bertakwa.
• Memupuk kesedaran dan tanggungjawab yang tinggi di kalangan guru dan
kakitangan sokongan.
• Meningkatkan pemuafakatan dan penglibatan PIBG secara berterusan dalam
urusan pendidikan sekolah.
• Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, selesa dan indah.
KAMI SEDIA MENERIMA TEGURAN DAN SARANAN
UNTUK MENINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN ORGANISASI KAMI.
STANDARD TINGGI KUALITI PENDIDIKAN
PENARAFAN SEKOLAH BERADA PADA TAHAP 6
SEKOLAH CEMERLANG(I.K 87%)
SEKOLAH BESTARI TAHAP 3 BINTANG.
STRATEGI UTAMA
• Memantapkan aspek pengurusan dan pentadbiran pendidikan serta sistem
penyampaian dan kualiti perkhidmatan.
• Melaksana program ysang mempunyai nilai tambah dan kompeten.
• Pemupukan budaya kerja berkualiti dan profesional.
• Bekerja dengan dedikasi, amanah, penyayang, ikhlas, gigih dan profesional
pada setiap masa.
• Penyeliaan,pencerapan dan pemantauan berterusan.
PERANCANGAN STRATEGIK
PROGRAM PERUBAHAN TERANCANG
PROJEK 1
PROJEK MEREALISASI KECEMERLANGAN AKADEMIK SEKOLAH (PERAH)
AKTIVITI
1. Mesyuarat Pasukan PMR, SPM dan STPM serta menubuh jawatan kuasa bertindak..
2. Akurjanji dan penentuan target PMR, SPM dan STPM, penyediaan Lengkok
Pencapaian Akademik dan perjumpaan ibubapa.
3. Pemantapan p & P dalam bilik darjah.
4. Semakan buku nota dan buku latihan pelajar.
5. Kelas Pengkayaan.
6. Kelas Pemulihan.
7. Ceramah Keibubapaan..
8. Head count.
9. Kem motivasi dan kepimpinan PMR, SPM dan STPM.
10. Kelas GEMS tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
11. Kelas Stayback (Serambi) PMR,SPM dan STPM.
12. Golden Holiday (Kelas tuisyen terancang masa cuti).
13. Kelas bimbingan Galus dan Garuk.
14. Kelas gemilang (Elit).
15. Teacher’s On Call (TOC).
16. Pemantauan latihan dan kerja bertulis.
17. Lawatan sambil belajar ke IPTA dan IPTS.
18. Kem mata pelajaran, seminar dan bengkel teknik menjawab soalan PMR, SPM dan
STPM.
19. Anugerah pelajar cemerlang.
20. 1001 Soalan (Aktiviti pecutan, latih amal, latih tubi, assignment )
21. Peer Group Teaching (Rakan Dinamik).
22. Majlis izin ilmu dan solat hajat.
PROJEK 2
PROJEK MEMPERTINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR
DALAM AKTIVITI KO - KURIKULUM
AKTIVITI
1. Mesyuarat pasukan perancang.
2. Menubuh jawatan kuasa bertindak.
3. Sukan tara.
4. Kejohanan olahraga dan permainan.
5. Sukan Elit (Hoki dan Ping Pong).
6. Pertandingan Ko Akademik.
7. Perkhemahan Pasukan Unit Beruniform.
8. Larian kemerdekaan.
9. RIMUP.
10. Pesta Ko-Kurikulum (PESKO).
PERANCANGAN STRATEGIK
PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN
PROJEK 3
PROJEK JIWA MURNI
AKTIVITI
1. Mesyuarat Pasukan Perancang.
2. Menubuh Jawatan Kuasa Bertindak.
3. Kem Motivasi Pemantapan Kendiri.
4. Khidmat Bimbingan dan Kaunseling/Psikososial.
5. Kursus Pengurusan Emosi dan stres.
6. Gempur Minda dan Anjakan Paradigma.
7. Muridku – Anakku.
PRINSIP
1. Pengetua sebagai pengerak utama aktiviti dan terlibat secara aktif.
2. Guru sebagai pelaksana akan bekerja dengan jujur, ikhlas dan amanah
berdasarkan ’Core Business’ dan mengutamakan kualiti serta memberi keutamaan
terhadap penerapan dan pengukuhan nilai budaya kualiti dalam kerja seharian.
3. Bekerja sepasukan dengan memainkan peranan berkesan untuk menjayakan
program, projek dan aktiviti serta melaksana kerja dengan bertanggungjawab
dan profesional.
4. Mempunyai komitmen dan semangat juang untuk bersaing melonjak
kecemerlangan sekolah serta ada ’Sense of Urgency’ dan kompeten.
5. Ibu bapa akan memain peranan sebagai penyokong dan pendorong utama
kepada anak mereka agar belajar untuk mencipta kecemerlangan.
6. Murid-murid belajar bersungguh-sungguh secara berkesan.
7. Kecemerlangan murid bukan bergantung kepada darjah kecerdasan (IQ) sahaja
tetapi lebih kepada sikap (ESQ).
8. Pendokumentasian setiap program, projek dan aktiviti dengan rapi.
MOTTO
PERANCANGAN STRATEGIK PROGRAM PERUBAHAN TERANCANG DAN PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN
Merealisasikan Kecemerlangan Pendidikan Sekolah.
IKRAR
”Kami staf SMK Cherang Ruku berazam melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang ”
PENDEKATAN
1. KONSEP PULANGAN MAKSIMUM (COST – EFFECTIVE CONCEPT)
• Mengurus segala resos manusia, kewangan, fizikal, ruang dan masa dengan
optimum, cekap dan berhemah.
• Mengamalkan prinsip tanpa cacat ( Zero Defect) dan Pengurusan Kualiti
Menyeluruh (Total Quality Management).
2. PENDEKATAN BERPERINGKAT (INCREMENTAL APPROACH)
• Segala program, projek dan aktiviti yang dirancang perlu dilaksana secara
berperingkat, berjadual, berterusan dan mengamalkan prinsip penambahbaikan
(Kaizen).
3. MELAMPAUI TEORI KONVENSIONAL (BEYONG THEORY ONE)
• Perancangan dan pelaksanaan program, projek dan aktiviti menggunakan
straregi baru yang lebih berkesan, mengguna idea baru dan luar daripada
amalan biasa.
4. PENGURUSAN SETEMPAT (ON-SITE MANAGEMENT)
5. BOTTOM UP APPROACH
• Mengamal prinsip desentralisasi iaitu bermula dari bawah ke peringkat atas.
6. SISTEM AMARAN AWAL (EARLY WARNING SYSTEM)
• Pemantauan dan penilaian dilaksana secara spontan dengan berkesan.
• Setiap program, projek dan aktiviti diwujudkan Petunjuk Kejayaan
(Key Performance Indicator) untuk mengetahui status perkembangan dan tahap
prestasi.
NILAI UTAMA MENJADI PEGANGAN KAMI
• Dedikasi.
• Amanah.
• Penyayang.
• Ikhlas.
• Gigih.
• Profesional
1. Dedikasi.
• Sentiasa bersedia dan sanggup menerima tugas dan tanggungjawab sepenuh hati.
• Melaksanakan tugas dengan rajin, tekun dan sabar.
• Bekerja dengan menepati kehendak organisasi dengan cergas dan pantas.
• Sanggup berkorban masa dan tenaga melaksana tugas dan tanggungjawab.
2. Amanah.
• Sentiasa bersikap jujur dan setia kepada organisasi.
• Boleh dipercayai dan tidak menyeleweng serta berdisiplin.
• Melaksanakan tugas dengan jujur dan ikhlas untuk mencapai matlamat
organisasi.
• Sentiasa menjaga nama baik organisasi.
3. Penyayang.
• Mempunyai sifat bertimbangrasa dan suka mengambilberat dalam melaksana tugas.
• Bersimpati dan empati dalam menjalankan tugas.
• Beranggapan bahawa murid seperti anak sendiri.
• Bertimbangrasa dan prihatin menjalankan tugas dan tanggungjawab.
4. Ikhlas.
• Sentiasa bersedia dan rela menerima tugas dengan hati yang suci.
• Tidak bersikap pilih kasih dan bersedia memberi layanan yang sama rata.
• Bersedia ditegur dan dikritik dengan fikiran terbuka.
• Saling hormat dan menghormati antara satu sama lain.
5. Gigih.
• Sentisa berusaha meningkatkan martabat organisasi.
• Bekerja dengan kreatif dan proaktif.
• Tidah mudah berputus asa.
• Memopunyai ketrampilan dan jatidiri yang tinggi.
6. Profesional.
• Sentisa mengutamakan pelaksanaan kerja yang bermutu.
• Memiliki ilmu, kemahiran dan kepakaran yang tinggi.
• Bekerja dengan fikiran yang rasional dan pertimbangan yang saksama.
• Sentiasa menggunakan kebijaksanaan dan berhemah melaksanakan tugas dan
tanggungjawab.
SWOT ANALYSIS
STRENGTHS (KEKUATAN)
• Guru berkelayakan dan berpengalaman.
• Ada kemudahan makmal komputer, pusat akses, bilik media dan bilik PPSMI,
bengkel kemahiran hidup, pusat sumber, bengkel MPV dan makmal sains.
• Sumber Kewangan dari tabong PIBG yang begitu mantap
• Bahan rujukan mencukupi.
• Program kecemerlangan yang mantap.
• Alat Bantu Mengajar dan Bahan Bantu Belajar mencukupi.
• Pasukan Guru PMR, SPM dan STPM mantap.
• Asrama sebagai pusat kecemerlangan sekolah.
WEAKNESSES (KELEMAHAN)
• Kemudahan infrastraktur tidak dimanfaat secara maksimum oleh pelajar.
• Kehadiran kelas tuisyen, kelas stayback, kelas tambahan, kelas pemulihan dan
kelas pengukuhan tidak konsisten.
• Pelajar kurang kemudahan infrastraktur dan kemudahan belajar di rumah.
• Pelajar kurang komitmen belajar dan suka membuang masa dengan aktiviti tidak
berfaedah.
• Tahap penguasaan ICT di kalangan pelajar amat rendah dan lemah.
• Pelajar kurang bermotivasi, tidak boleh berdikari dan perlu bergantung
sepenuhnya kepada guru.
• 50% pelajar berada pada tahap penguasaan minimum akademik dan 35% pada tahap
sederhana dan 15% tidak capai penguasaan minimum.
• 90% pelajar terdiri dari keluarga miskin.
• Pengusaan Bahasa Inggeris berada pada tahap rendah iaitu 70% tidak capai
tahap penguasaan minimum.
• Ibu bapa berada pada ’zon selesa’ dengan menyerah tanggungjawab mendidik
anak-anak mereka kepada sekolah.
THREATS (ANCAMAN)
• Moral dan shaiah tidak berkualiti.
• Anti sosial dan terlibat dengan aktiviti salahlaku tidak bermoral.
• Kemiskinan material, rohani dan mental.
• Persekitaran luaran sekolah yang tidak kondusif.
• Berhenti sekolah dan terpaksa bekerja.
• Ibu bapa kurang beri pengawasan anak-anak mereka di rumah.
• Pengaruh kurang sihat dari rakan-rakan yang tidak bersekolah.
• Ibu bapa tidak berpengetahuan tentang perkembangan dunia pendidikan terkini.
OPPORTUNITIES (PELUANG)
• Sumbangan kewangan dari komuniti luar.
• Belajar dengan perantaraan media ICT.Peluang melanjut pelajaran ke IPTA dan
IPTS, MRSM, Politeknik, Sekolah Menengah Beasrama Penuh, Sekolah Menengah
Teknik dan Institut Keguruan serta lain-lain institusi ada terbuka luas.
• Bantuan kewangan oleh kerajaan Persekutuan , PIBG dan Tabung Kebajikan
Sekolah.
• Bantuan Ahli Jawatan Kuasa PIBG dan Polis untuk mengurangkan masalah
salahlaku disiplin dan masalah sosial yang kurang sihat diluar kawasan
sekolah.
STATUS SEKARANG PMR
PMR 2003 – 37.80%
PMR 2004 – 57.60%
PMR 2005 – 58.24%
PMR 2006 – 59.67%
PMR 2007 – 51.1%
ANALISIS KECEMERLANGAN PMR 2007
9A – 1 ORANG
8A – 5 ORANG
7A – 4 ORANG
6A – 5 ORANG
5A – 4 ORANG
4A – 13 ORANG
3A -13 ORANG
2A – 24 ORANG
1A – 34 ORANG.
Bilangan murid – 272 orang
Peratus Lulus – 51.1 %
Gred Purata Sekolah 3.08
STATUS SEKARANG SPM
SPM 2003 – 91.9%
SPM 2004 – 95.5%
SPM 2005 – 90.4%
SPM 2006 – 84.1%
SPM 2007 – 92.6%
ANALISIS KECEMERLANGAN SPM 2007
5A – 1 ORANG
4A – 1 ORANG
3A – 9 ORANG
2A – 33 ORANG
1A – 24 ORANG
Bilangan murid – 242 orang
Peratus Lulus 92.6%
Gred Purata Sekolah – 6.61
STATUS SEKARANG STPM
STPM 2003 – 96.75%
STPM 2004 – 96.3%
STPM 2005 – 98.3%
STPM 2006 – 98.32%
STPM 2007 – 97.25%
ANALISIS KECEMERLANGAN STPM TAHUN 2007
2A – 2 Orang
1A – 18 Orang
5P -28 ORANG
4P - 38 ORANG
3P - 19 ORANG
2P - 11 ORANG
1P- 10 ORANG
S - 3 ORANG
Bilangan Calon - 112 Orang
Bilangan Calon Lulus – 106 Orang
Calon Lulus Sebahagian – 3 Orang
Calon Tidak Hadir – 3 Orang
Peratus Lulus – 97.25
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
ANALISIS PEPERIKSAAN PENGGAL 1 TINGKATAN 3 TAHUN 2008.
Bilangan calon – 314 Orang.
Bilangan Lulus – 74 Orang.
Peratus Lulus – 24.43%.
Gred Purata Sekolah – 4.05.
Analisisis Kecemerlangan
5A – 1 Orang.
4A – 1 Orang.
3A – 3 Orang.
2A – 10 Orang.
1A – 32 Orang
ANALISIS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 3 TAHUN 2008.
Bilangan Calon – 306 orang.
Bilangan Lulus – 30 orang.
Peratus Lulus – 9.8%.
Gred Purata Sekolah – 4.07.
Analisis Kecemerlangan
5A – 1 orang.
4A – 1 orang.
3A – 2 orang.
2A – 20 orang.
1A – 25 orang.
ANALISIS PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN 3 TAHUN 2008.
Bilangan Calon -306 orang.
Bilangan Lulus – 36 orang.
Peratus Lulus – 11.8%.
Gred Purata Sekolah – 3.67
Analisis Kecemerlangan
5A – 1 orang.
4A – 1 orang
3A – Tiada.
2A – 14 orang.
1A – 26 orang.
ANALISIS PEPERIKSAAN PMR TAHUN 2008
Bilangan Calon - 318 orang
Bilangan Lulus - 142 orang
Peratus Lulus - 44.65 %
Gred Purata Sekolah - 3.12
Analisis Kecemerlangan
9A - 3 orang
8A - 2 orang
7A - 4 orang
6A - 3 orang
5A - 1 orang
4A - 7 orang
3A - 11 orang
2A - 20 orang
1A - 50 orang
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
ANALISIS PEPERIKSAAN PENGGAL 1 TINGKATAN 5 TAHUN 2008.
Bilangan Calon – 254 Orang.
Bilangan Lulus – 152 Orang.
Peratus Lulus – 60.56%.
Gred Purata Sekolah- 6.75.
Analisis Kecemerlangan
6A – 1 Orang.
5A – 2 Orang.
4A – 6 Orang.
3A – 2 Orang.
2A – 12 Orang.
1A – 31 Orang.
ANALISIS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 TAHUN 2008.
Bilangan calon – 245 orang.
Bilangan Lulus – 158 orang.
Peratus Lulus – 64.49 orang.
Gred Purata Sekolah – 6.65
Analisis Kecemerlangan
5A – 1 orang.
4A – 1 orang.
3A – 5 orang.
2A – 9 orang.
1A – 25 orang.
ANALISIS PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN 5 TAHUN 2008.
Bilangan Calon – 247 orang.
Bilangan Lulus – 171 orang.
Peratus Lulus – 69.23%.
Gred Purata Sekolah – 6.13
Analisis Kecemerlangan
6A – 1 orang.
5A – 2 orang.
4A – 5 orang.
3A – 9 orang.
2A – 7 orang.
1A – 18 orang.
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
ANALISIS PEPERIKSAAN PENGGAL 1 TINGKATAN 6 ATAS TAHUN 2008.
Bilangan Calon – 113 Orang.
Bilangan Calon Lulus Penuh – 105 Orang.
Bilangan Calon Lulus Sebahagian – 7 Orang .
Bilangan Calon Tidak Hadir – 1 Orang.
Peratus Lulus – 93.75%.
Analisis Kecemerlangan.
5P – 20 Orang
4P – 20 Orang.
3P – 30 Orang.
2P – 20 Orang.
1P – 15 Orang.
S – 7 Orang
3A – 1 Orang.
2A – 6 Orang.
1A – 7 Orang
ANALISIS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 6 ATAS TAHUN 2008.
Bilangan Calon – 113 orang.
Bilangan Calon Lulus Penuh – 104 orang.
Bilangan calon Lulus Sebahagian – 5 orang.
Bilangan Calon Tidak Hadir – 4 orang.
Peratus Lulus – 95.41%.
Analisis Kecemerlangan.
5P – 28 orang.
4P – 26 orang.
3P – 23 orang.
2P – 12 orang.
1P – 15 orang.
S – 5 orang.
4A – 1 orang.
3A – 1 orang.
2A – 6 orang.
1A – 13 orang.
ANALIS PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN 6 ATAS TAHUN 2008.
Bilangan Calon – 113 orang.
Bilangan Calon Lulus Penuh – 98 orang.
Bilangan Calon Lulus Sebahagian – 11 orang.
Bilangan Calon Tidak Hadir – 4 orang.
Peratus Lulus – 89.90%.
Analisis Kecemerlangan.
5P – 27 orang.
4P – 23 orang.
3P – 17 orang.
2P – 19 orang.
1P – 12 orang.
S – 11 orang.
3A – 1 orang.
2A – 4 orang.
1A – 5 orang.
PERANCANGAN STRATEGIK PROGRAM PERUBAHAN TERANCANG
PROJEK 1
PELAN TAKTIKAL PROJEK MEREALISASI KECEMERLANGAN AKADEMIK PMR
Program / Aktiviti 1 : Pemantapan P&P Dalam Bilik Darjah.
Objektif : Meningkatkan pencapaian semua murid.
Sasaran : Tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3.
Tanggungjawab : Guru Tingkatan dan Guru Mata Pelajaran.
Tempoh : Januari hingga Oktober.
Kos / Sumber : RM 100.00 / Guru Ketua Pasukan dan Guru Penyelaras PMR.
TOV : 98%
ETR : 100%
Indikator Pencapaian : Peratus lulus semua mata pelajaran meningkat 5%
Program / Aktiviti 2 : Semakan Buku Nota Dan Buku Latihan Pelajar.
Objektif : Meningkatkan pencapaian objektif pengajaran guru dan
pembelajaran murid.
Sasaran : Tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3.
Tanggungjawab : Pengetua, PK Pentadbiran, Ketua Bidang, Ketua Panitia Mata
Pelajaran.
Tempoh : Januari hingga Setember.
Kos / Sumber : RM 100.00 / Guru Pasukan dan Guru Penyelaras PMR.
TOV : 10 buah buku setiap kelas secara rawak.
ETR : 100% buku latihan diperiksa bagi setiap mata pelajaran dan
murid.
Indikator Pencapaian : Kerja latihan bertulis disempurna oleh semua murid dengan
kadar 100%.
Program / Aktiviti 3 : Kelas Pengkayaan.
Objektif : Meningkatkan 25 % bilangan murid potensi cemerlang.
Sasaran : Pelajar potensi cemerlang tingkatan 1, tingkatan 2 dan
tingkatan 3.
Tanggungjawab : Pengetua, PK Pentadbiran, Ketua Bidang dan Ketua Panitia Mata
Pelajaran.
Tempoh : Februari hingga September.
Kos / Sumber : RM 450.00 / PIBG.
TOV : 16 orang
ETR : 20 orang (25%)
Indikator Pencapaian : Murid skor 9A hingga 6A meningkat dari 16 orang kepada 20
orang.
Program / Aktiviti 4 : Kelas Pemulihan.
Objektif : Meningkatkan 50% pelajar potensi gagal kepada lulus
Sasaran : Pelajar garuk tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3.
Tanggungjawab : Ketua Bidang, Ketua Panitia Mata Pelajaran dan Guru Mata
Pelajaran.
Tempoh : Februari hingga Ogos.
Kos / Sumber : RM 450.00 / PIBG.
TOV : 51.1%
ETR : 56 %
Indikator Pencapaian : Peningkatan peratus lulus PMR dengan kadar 5%.
Program / Aktiviti 5 : Motivasi Kecemerlangan Sahsiah.
Objektif : Meningkatkan tahap kesedaran kendiri.
Sasaran : Pelajar galus tingkatan 3.
Tanggungjawab : Kaunselor dan Ketua Panitia Mata Pelajaran.
Tempoh : Februari hingga Ogos.
Kos / Sumber : RM 3000.00 / PIBG.
TOV : 35 % pelajar.
ETR : 80 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Pelajar bermasalah disiplin berkurangan 45 %.
Program / Aktiviti 6 : Ceramah Keibubapaan.
Objektif : Memupuk kesedaran ibubapa mengenai prestasi pencapaian anak
mereka.
Sasaran : Semua ibubapa pelajar tingkatan 3.
Tanggungjawab : Pengetua, PK Pentadbiran, Ketua Bidang dan Ketua Panitia Mata
Pelajaran.
Tempoh : Mac dan Jun.
Kos / Sumber : RM 500.00 / PIBG.
TOV : 80 % hadir.
ETR : 100 % kehadiran ibu bapa.
Indikator Pencapaian : Ibubapa bersama anak dapat melaksanakan TOV dan ETR bagi
PMR .
Program / Aktiviti 7 : Head Count.
Objektif : Dapat menyediakan head cout setiap mata pelajaran bagi setiap
pelajar.
Sasaran : Tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3.
Tanggungjawab : PK Pentadbiran, Ketua Bidang dan Ketua Panitia Mata Pelajaran.
Tempoh : Januari hingga Februari.
Kos / Sumber : RM 200.00 / PCG.
TOV : 100 %.
ETR : 100 %.
Indikator Pencapaian : Head Count dapat dimuktamadkan dan disiapkan 100 %.
Program / Aktiviti 8 : Penghayatan Rohani Solat Dan Solat Hajat.
Objektif : Memupuk sikap dan disiplin kendiri terpuji..
Sasaran : Tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3.
Tanggungjawab : Jawatan Kuasa Penghayatan Islam.
Kos / Sumber : RM 250.00 / PIBG.
TOV : 25 % tidak melaksana solat 5 waktu.
ETR : Meningkatkan pelajar yang melaksana solat 5 waktu kepada 80 %.
Indikator Pencapaian : Peningkatan 35 % murid melaksana solat 5 waktu.
Program / Aktiviti 9 : Golden Holiday (Kelas Tuisyen Terancang Masa Cuti).
Objektif : Meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar.
Sasaran : Pelajar potensi cemerlang tingkatan 1, tingkatan 2 dan
tingkatan 3.
Tanggungjawab : Ketua Panitia Mata Pelajaran dan Guru Mata Pelajaran.
Tempoh : April hingga Ogos.
Kos / Sumber : RM 600.00 / PIBG.
TOV : 50 % pelajar.
ETR : 80 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Kemahiran pembelajaran berkesan pelajar meningkat 30 %.
Program / Aktiviti 10: 1001 Soalan (Aktiviti Pecutan / Latihamal / Latihtubi /
Assingment).
Objektif : Mendedah pelbagai bentuk soalan peperiksaan.
Sasaran : Pelajar tingkatan 3.
Tanggungjawab : Ketua Panitia Mata Pelajaran Dan Guru Mata Pelajaran.
Tempoh : Februari hingga September.
Kos / Sumber : RM 450.00 / Panitia mata pelajaran.
TOV : 50 % pelajar.
ETR : 80 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Pelajar dapat menguasai kemahiran menjawab soalan meningkat
30 %.
Program / Aktiviti 11: Kem, Seminar DanBengkel Teknik Menjawan Soalan PMR.
Objektif : Meningkatkan kemahiran menjawab soalan secara berkesan.
Sasaran : Pelajar tingkatan 3.
Tanggungjawab : Panitia Mata Pelajaran.
Tempoh : Mac hingga September.
Kos / Sumber : RM 850.00 / PIBG dan Panitia mata pelajaran.
TOV : 65 % pelajar.
ETR : 80 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Pelajar dapat menguasai teknik menjawab soalan meningkat
15 %.
PROJEK 1
PELAN TAKTIKAL PROJEK MEREALISASI KECEMERLANGAN AKADEMIK SPM
Program / Aktiviti 1 : Mesyuarat Pasukan SPM.
Objektif : Merangka aktiviti dan dapat sokongan semua guru tingkatan 4
dan tingkatan 5.
Sasaran : Semua guru tungkatan 4 dan tingkatan 5.
Tanggungjawab : Guru Pasukan SPM..
Tempoh : Januari hingga November.
Kos / Sumber : RM 50.00 / PCG.
TOV : Penglibatan semua AJK Pasukan SPM.
ETR : Penglibatan AJK Pasukan SPM 100 %.
Indikator Pencapaian : Semua aktiviti dapat dilaksana secara berkesan dan mencapai
objektif.
Program / Aktiviti 2 : Akujanji Dan Penentuan Target SPM.
Objektif : Pelajar dapat membuat penentapan target pencapaian individu.
Sasaran : Tingkatan 4 dan tingkatan 5.
Tanggungjawab : Guru Pasukan SPM, Guru Mata Pelajaran dan Guru Tingkatan.
Tempoh : Mac.
Kos / Sumber : RM 350.00 / PIBG.
TOV : 50 % pelajar.
ETR : 100 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Pelajar berupaya membuat target pencapaian setiap mata
pelajaran SPM.
Program / Aktiviti 3 : Penyediaan Lengkok Pencapaian Akademik.
Objektif : Pelajar berkeupayaan menyediakan OTI setiap ujian dan
peperiksaan.
Sasaran : Tingkatan 4 dan tingkatan 5.
Tanggungjawab : Ketua Panitia, Guru Mata Pelajaran dan Guru Tingkatan.
Tempoh : Selepas ujian dan peperiksaan UP 1, UP 2 dan peperiksaan
percubaan.
Kos / Sumber : RM 350.00 / PCG
TOV : 50 % pelajar.
ETR : 100 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Murid berjaya menyedia lengkok pencapaian akademik.
Program / Aktiviti 4 : Kem Motivasi Dan Kepimpinan SPM.
Objektif : Meningkatkan penguasaan teknik belajar dan pengurusan masa
yang kesan.
Sasaran : Pelajar tingkatan 5.
Tanggungjawab : Ketua Pasukan SPM, Kaunselor dan Guru Tingkatan.
Tempoh : Mac.
Kos / Sumber : RM 2500.00 / PIBG.
TOV : 30 % pelajar.
ETR : 95 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Pelajar dapat belajar secara berfokus dan ETR dapat dicapai.
Program / Aktiviti 5 : Kelas Stay Back (Serambi).
Objektif : Pelajar dapat menguasai kemahiran menjawab soalan objektif,
struktur dan esei.
Sasaran : Tingkatan 4 dan tingkatan 5.
Tanggunjawab : Guru Pasukan SPM, Guru Mata Pelajaran dan Guru Tingkatan
Tempoh : April hingga Oktober.
Kos / Sumber : RM 450.00 / PIBG.
TOV : 45 % pelajar.
ETR : 95 % pelajar.
Indikator Pencapaian : ATR dapat meningkat sekuangnya ke tahap 95 %.
Program / Aktiviti 6 : Golden Holiday (Kelas Tuisyen Terancang Masa Cuti).
Objektif : Mendedahkan latihan menjawab soalan aras mudah, sederhana dan
sukar.
Sasaran : Pelajar potensi cemerlang tingkatan 4 dan tingkatan 5.
Tanggungjawab : Guru Pasukan SPM.
Tempoh : Mac hingga Oktober.
Kos / Sumber : RM 450.00 / PIBG.
TOV : 30 % pelajar.
ETR : 50 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Murid dapat meningkatkan sekurang-kurang 20 % kelulusan
setiap OTI.
Program / Aktiviti 7 : Kelas Bimbingan Galus Dan Garuk.
Objektif : Pengajaran topik mudah, latihtubi soalan aras rendah dan
sederhana.
Sasaran : Pelajar galus dan garuk tingkatan 4 dan tingkatan 5.
Tanggungjawab : Guru Pasukan SPM.
Tempoh : Jun hingga Oktober.
Kos / Sumber : RM 450.00 / PIBG.
TOV : 65 % pelajar.
ETR : 95 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Peratus kelulusan SPM dapat ditingkatkan kepada 30 %.
Program / Aktiviti 8 : Kelas Gemilang (ELIT).
Objektif : Latihan soalan aras sederhana dan sukar.
Sasaran : Pelajar potensi cemerlang tingkatan 4 dan tingkatan 5.
Tanggungjawab : Guru Pasukan SPM.
Tempoh : April hingga Oktober.
Kos / Sumber : RM 450.00 / PIBG
TOV : 25 % pelajar.
ETR : 35 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Peratus lulus cemerlang meningkat kepada 15%
Program / Aktiviti 9 : Teachers On Call (TOC).
Objektif : Menyelesaikan masalah pelajar bila-bila masa.
Sasaran : Pelajar tingkatan 5.
Tanggungjawab : Guru Mata Pelajaran.
Tempoh : Januari hingga Oktober.
Kos / Sumber : RM 150.00 / PCG.
TOV : 50 % pelajar.
ETR : 25 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Peratus pelajar bermasalah dalam pembelajaran dapat
dikurangkan 25 %.
Program /Aktiviti 10 : Pemantauan Latihan Dan Kerja Bertulis.
Objektif : Pemeriksaan buku Nota dan latihan pelajar 2 kali setahun.
Sasaran : Tingkatan 4 dan tingkatan 5.
Tanggungjawab : Pengetua, PK Pentadbiran dan Ketua Bidang.
Tempoh : April dan Julai.
Kos / Sumber : RM 100.00 / PCG.
TOV : 50 % pelajar.
ETR : 80 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Kerja bertulis murid kemaskini dan teratur.
Program / Aktiviti 11: Kelas GEMS.
Ojektif : Meningkatkan kemahiran pelajar belajar Matematik, English
dan Sains.
Sasaran : Tingkatan 4 dan tingkatan 5.
Tanggungjawab : Guru Mata Pelajaran Matematik, English dan Sains.
Tempoh : Mac hingga Oktober.
Kos / Sumber : RM 550.00 / PIBG.
TOV : 25 % pelajar.
ETR : 59 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Peratus pelajar dapat menguasai kemahiran belajar meningkat
34 %.
Program / Aktiviti 12: Lawatan Sambil Belajar Ke IPTA Dan IPTS.
Objektif : Pelajar dapat pendedahan peluang melanjut pelajaran ke IPTA
dan IPTS.
Sasaran : Tingkatan 5.
Tanggungjawab : Guru Pasukan SPM dan Kaunselor.
Tempoh : Julai.
Kos / Sumber : RM 2500.00 / PIBG dan RM 1200.00 / Pelajar.
TOV : 25 % pelajar.
ETR : 50 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Peratus kesedaran belajar meningkat 25 %.
Program / Aktiviti 13: Kem Mata pelajaran Seminar Dan Bengkel Teknik Menjawab Soalan
SPM.
Objektif : Meningkatkan kemahiran teknik menjawab soalan.
Sasaran : Tingkatan 5.
Tanggungjawab : Guru Pasukan SPM dan Kaunselor.
Tempoh : Mei hingga September.
Kos / Sumber : RM 1500.00 / PIBG dan RM 1200.00 / PCG.
TOV : 30 % pelajar.
ETR : 100 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Peratus pelajar mendapat sekurang-kurangnya gred C meningkat
70 %.
Program / Aktiviti 14: Anugerah Pelajar Cemerlang.
Objektif : Memberi pengiktirafan dan memupuk semangat belajar.
Sasaran : Tingkatan 4 dan tingkatan 5.
Tanggungjawab : PK Pentadbiran dan Guru Pasukan.
Tempoh : Ogos.
Kos / Sumber : RM 1500.00 / PIBG.
TOV : 5 % pelajar.
ETR : 15 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Peratus pelajar mendapat gred A meningkat 10 %.
Program / Aktiviti 15: 1001 Soalan ( Ativiti Pecutan / Latihamal /Latihtubi /
Assignment).
Objektif : Meningkatkan kemahiran menjawab pelbagai soalan setiap minggu.
Sasaran : Tingkatan 5.
Tanggungjawab : Guru Pasukan dan Guru Mata Pelajaran.
Tempoh : April hingga Oktober.
Kos / Sumber : RM 550.00 / PCG.
TOV : 45 % pelajar.
ETR : 65 % pelajar
Indikator Pencapaian : Peratus keupayaan pelajar menjawab soalan pelbagai aras
meningkat 20%.
Program / Aktiviti 16: Peer Group Teaching (Rakan Dinamik).
Objektif : Menggalakkan pelajar belajar secara berkumpulan.
Sasaran : Tingkatan 5.
Tanggungjawab : Guru Pasukan SPM dan Guru Mata Pelajaran.
Tempoh : Mei hingga Oktober.
Kos / Sumber : RM 200.00 / PIBG.
TOV : 30 % pelajar.
ETR : 60 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Peratus kemahiran belajar meningkat 30 %.
Program / Aktiviti 17: Majlis Izin Ilmu Dan Solat Hajat.
Objektif : Meningkatkan kesedaran kerohanian dan memohon restu.
Sasaran : Tingkatan 5.
Tanggungjawab : Guru Pasukan SPM dan Kaunselor.
Tempoh : November.
Kos / Sumber : RM 2500.00 / PIBG.
TOV : 45 % pelajar.
ETR : 85 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Peratus perubahan sikap positif pembelajaran meningkat 40 %.
PROJEK 1
PELAN TAKTIKAL PROJEK MEREALISASI KECEMERLANGAN AKADEMIK STPM.
Program / Aktiviti 1 : Mesyuarat Pasukan STPM.
Objektif : Aktiviti dan dapat sokongan semua guru tingkatan 6.
Sasaran : Semua guru tingkatan 6.
Tanggungjawab : Guru Pasukan STPM.
Tempoh : Febuari.
Kos / Sumber : RM 50.00 / PCG.
TOV : Penglibatan semua AJK Pasukan STPM.
ETR : Penglibatan AJK Pasukan STPM 100 %.
Indikator Pencapaian : Semua aktiviti dapat dilaksana secara berkesan dan capai
objektif.
Program /Aktiviti 2 : Akujanji Dan Penentuan Target STPM.
Objektif : Guru, ibu bapa dan pelajar dapat membuat penetapan target
pencapaian individu.
Sasaran : Tingkatan 6 Atas.
Tanggungjawab : Guru Pasukan STPM, Guru Mata Pelajaran dan Guru Tingkatan.
Tempoh : Mac.
Kosa / Sumber : RM 350.00 / PIBG..
TOV : 80 % pelajar.
ETR : 100 % pelajar.
Indikator Kejayaan : Pelajar berupaya membuat target pencapaian setiap mata
pelajaran STPM.
Program / Aktiviti 3 : Penyediaan Lengkok Pencapaian Akademik.
Objektif : Pelajar berupayaan menyediakan OTI setiap ujian dan
peperiksaan.
Sasaran : Tingkatan 6 Rendah dan tingkatan 6 Atas.
Tanggungjawab : Ketua Panitia, Guru Mata Pelajaran dan Guru Tingkatan.
Tempoh : Selepas ujian dan peperiksaan UP 1, UP 2 dan Peperiksaan
Percubaan.
Kos / Sumber : RM 250.00 / PCG.
TOV : 80 % pelajar.
ETR : 100 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Pelajar dapat menyediakan lengkok pencapaian akademik setiap
mata pelajaran.
Program / Aktiviti 4 : Kem Motivasi Kepimpinan STPM.
Objektif : Meningkatkan semangat belajar untuk kecemerlangan akademik.
Sasaran : Tingkatan 6 Atas.
Tanggungjawab : Ketua Pasukan STPM, Kaunselor dan Guru Tingkatan.
Tempoh : April.
Kos / Sumber : RM 3500.00 / PIBG.
TOV : 50 % pelajar.
ETR : 100 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Pelajar dapat belajar bersungguh-sungguh dan berwawasan.
Program /Aktiviti 5 : Kelas Stay Back (Serambi).
Objektif : Pelajar dapat meningkatkan kemahiran menjawab soalan pelbagai
aras.
Sasaran : Tingkatan 6 Rendah dan tingkatan 6 Atas.
Tanggungjawab : Guru Mata Pelajaran.
Tempoh : Mei hingga Oktober.
Kos / Sumber : RM 500.00 / PIBG.
TOV : 50 % pelajar.
ETR : 95 % pelajar.
Indikator Pencapaian : ATR dapat meningkat kepada 100 %.
Program / Aktiviti 6 : Golden Holiday (Kelas Tuisyen Terancang Masa Cuti).
Objektif : Meningkatkan kemahiran menjawab soalan pelbagai aras bagi
pelajar potensi cemerlang.
Sasaran : Tingkatan 6 Atas.
Tanggungjawab : Guru Mata Pelajaran.
Tempoh : Cuti penggal persekolahan, hari jumaat dan sabtu.
Kos / Sumber : RM 500.00 / PIBG.
TOV : 35 % pelajar.
ETR : 50 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Jumlah bilangan pelajar cemerlang meningkat 15 %.
Program /Aktiviti 7 : Kelas Bimbingan Galus Dan Garuk.
Objektif : Memberi bimbingan kepada pelajar lemah.
Sasaran : Pelajar galus dan garuk tingkatan 6 Atas.
Tanggungjawab : Guru Mata Pelajaran.
Tempoh : April hingga Oktober.
Kos / Sumber : RM 750.00 / PIBG.
TOV : 45 % pelajar.
ETR : 95 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Kelulusan 100 % peperiksaan STPM.
Program / Aktiviti 8 : Kelas Gemilang (ELIT).
Objektif : Bimbingan dan teknik menjawab soalan Aras sederhana dan sukar.
Sasaran : Pelajar potensi cemerlang 6 Atas.
Tanggungjawab : Guru Mata Pelajaran.
Tempoh : April dan Oktober.
Kos / Sumber : RM 450.00 / PIBG.
TOV : 5 % pelajar.
ETR : 15 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Peratus lulus cemerlang meningkat 10 %.
Program / Aktiviti 9 : Teachers On Call (TOC).
Objektif : Menyelesaikan masalah pembelajaran pelajar mengikut keperluan.
Sasaran : Tingkatan 6 Atas.
Tanggungjawab : Guru Mata Pelajaran.
Tempoh : Januari hingga Oktober.
Kos / Sumber : RM 250.00 / PCG.
TOV : 45 % pelajar.
ETR : 5 % pelajar
Indikator Pencapaian : Peratus masalah pembelajaran pelajar dapat dikurangkan kepada
35 %.
Program / Aktiviti 10: Lawatan Sambil Belajar Ke IPTA Dan IPTS.
Objektif : Pelajar dapat pendedahan peluang melanjutkan pelajaran
ke IPTA dan IPTS.
Sasaran : Tingkatan 6 Atas.
Tanggungjawab : Guru Pasukan STPM dan Kaunselor.
Tempoh : Ogos.
Kos / Sumber : RM 1500.00 / PIBG dan RM 1200 pelajar.
TOV : 25 % pelajar.
ETR : 50 % pelajar.
Indikator Percapaian : Kesedaran belajar meningkat 25 %.
Program /Aktiviti 11 : Kem , Seminar, Bengkel Teknik Menjawab Soalan STPM.
Objektif : Meningkatkan kemahiran menjawab soalan.
Sasaran : Tingkatan 6 Atas.
Tanggungjawab : Guru Pasukan STPM dan Kaunselor.
Tempoh : Jun hingga September.
Kos / Sumber : RM 1500.00 / PIBG dan RM 1200 / PCG.
TOV : 40 % pelajar.
ETR : 100 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Peratus kelulusan STPM meningkat kepada 100 %.
Program /Aktiviti 12 : 1001 Soalan (Aktiviti pecutan / Latihamal /Latihtubi /
Assingment)
Objektif : Meningkatkan kemhiran menjawab soalan setiap minggu.
Sasaran : Tingkatan 6 Atas.
Tanggungjawab : Guru Pasukan STPM dan Guru Mata Pelajaran.
Tempoh : Julai hingga Oktober.
Kos / Sumber : RM 1500.00 / PCG.
TOV : 50 % pelajar.
ETR : 100 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Keupayaan pelajar menjawab soalan pelbagai aras meningkat 50%.
Program /Aktiviti 13 : Anugerah Pelajar Cemerlang.
Objektif : Meningkatkan semangat belajar di kalanagan pelajar STPM.
Sasaran : Tingkatan 6 Rendah dan tingkatan 6 Atas.
Tanggonjawab : PK Pentadbiran, Ketua Bidang dan Guru Pasukan STPM.
Tempoh : Oktober.
Kos / Sumber : RM 1500.00 / PIBG.
TOV : 15 % pelajar.
ETR : 45 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Peratus Principal A hingga Prinsipal C meningkat 30 %.
Program /Aktiviti 14 : Peer Group Teaching (Rakan Dinamik).
Objektif : Menggalakkan pelajar belajar secara berkumpulan.
Sasaran : Tingkatan 6 Atas.
Tanggungjawab : Guru Pasukan STPM dan Guru Mata Pelajaran.
Tempoh : Jun hingga Oktober.
Kos / Sumber : RM 300.00 / PIBG.
TOV : 45 % pelajar.
ETR : 70 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Kemahiran belajar meningkat 25 %.
Program /Aktiviti 15 : Majlis Izin Ilmu Dan Solat Hajat.
Objektif : Meningkatkan kesedaran kerohanian dan memohon restu Allah SWT.
Sasaran : Tingkatan 6 Atas.
Tanggunjawab : Guru Pasukan STPM dan Kaunselor.
Tempoh : November.
Kos / Sumber : RM 2500.00 / PIBG.
TOV : 55 % pelajar.
ETR : 95 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Perubahan sikap positif pembelajaran meningkat 40 %.
PERANCANGAN STRATEGIK PROGRAM PERUBAHAN TERANCANG
PROJEK 2
PELAN TAKTIKAL PROJEK MEMPERTINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI
KO-KURIKULUM.
Program / Aktiviti 1 : Mesyuarat Pasukan Perancang.
Objektif : Merangka aktiviti dan mendapat sokongan semua guru dan staf
sokongan.
Sasaran : Semua guru rumah sukan dan permaianan.
Tanggungjawab : PK Ko-Kurikulum, Penyelaras Ko-Kurikulum dan Setia Usaha
Sukan.
Tempoh : Januari.
Kos / Sumber : RM 150.00 / PCG.
TOV : Penglibatan semua AJK Pengelola.
ETR : Penglibatan AJK Pengelola 100 %.
Indikator Pencapaian : Semua aktiviti dapat dirancang dengan berkesan.
Program /Aktiviti 2 : Menubuh Jawatan Kuasa Bertindak.
Objektif : Melaksana dan menyelaras aktiviti ko-kurikulum .
Sasaran : Semua guru rumah sukan dan permainan.
Tanggungjawab : PK Ko-Kurikulum, Penyelaras Ko-kurikulum dan dan Setia Usaha
Sukan.
Tempoh : Januari hingga Februari.
Kos / Sumber : RM 150.00 / PCG.
TOV : Penglibatan semua AJK Bertindak.
ETR : Penglibatan AJK Bertindak 100 %,
Indikator Pencapaian : Semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan
sempurna pada tahap 100 %.
Program /Aktiviti 3 : Sukantara.
Objektif : Semua pelajar dapat terlibat dalam acara sukan terpilih.
Sasaran : Semua pelajar.
Tanggungjawab : Penyelaras Ko-kurikulum, Setia Usaha Sukan dan Guru Rumah
Sukan.
Tempoh : Januari hingga Mac.
Kos / Sumber : RM 3500.00 / PCG.
TOV : 65 % pelajar.
ETR : 100 % pelajar.
Indikator Pencapaian : 100 % pelajar mengambil bahagian dalam acara sukantara.
Program /Aktiviti 4 : Kejohanan Olahraga Dan Permainan.
Objektif : Memupuk semangat kesukanan, kerjasama, integrasi dan
perpaduan.
Sasaran : Semua pelajar.
Tanggungjawab : Setia Usaha Sukan dan Guru Rumah Sukan.
Tempoh : Januari hingga Jun.
Kos / Sumber : RM 5400.00 / PCG.
TOV : 30% pelajar.
ETR : 70 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Penglibatan pelajar meningkat 40 %.
Program /Aktiviti 5 : Sukan Elit (Hoki Dan Ping Pong).
Objektif : Menjadikan sukan hoki dan ping pong sebagai ’penanda aras’
sekolah.
Sasaran : Pelajar terpilih di peringkat tingkatan 1 dan tingkatan 3.
Tanggungjawab : PK Ko-Kurikulum , Jurulatih Hoki dan Jurulatih Ping Pong.
Tempoh : Sepanjang tahun.
Kos / Sumber : RM 4500.00 / PCG.
TOV : Wakil peringkat MSSK PPD Pasir Puteh.
ETR : Wakil Daerah ke peringkat MSSK Negeri Kelantan dan
Kebangsaaan.
Indikator Pencapaian : Pemain hoki dan ping pong dipilih untuk mewakili MSSK Negeri
Kelantan.
Program /Aktiviti 6 : Pertandingan Ko-Akademik.
Objektif : Sebagai aktiviti pengukuhan proses P & P di bilik darjah.
Sasaran : Semua pelajar.
Tanggungjawab : Ketua Panitia Mata Pelajaran dan Guru Penasihat Persatuan
Akademik.
Tempoh : Jun hingga Oktober.
Kos / Sumber : RM 1550.00 / PCG.
TOV : 30 % pelajar.
ETR : 65 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Peningkatan 35 % pelajar terlibat.
Program / Aktiviti 7 : Perkhemahan Pasukan Unit Beruniform.
Objektif : Meningkatkan jati diri, semangat setia kawan, integrasi dan
perpaduan.
Sasaran : 33 orang pelajar mewakili unit beruniform.
Tanggongjawab : PK Ko-Kurikulum, Penyelaras dan Guru Penasihat Unit
Beruniform.
Tempoh : Ogos.
Kos / Sumber : RM 5400.00 / PCG dan RM 1500.00 / PIBG.
TOV : 20 % pelajar.
ETR : 35 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Peningkatan 15 % pelajar terlibat.
Program / Aktiviti 8 : Larian Kemerdekaan Dan Basikalton.
Objektif : Memupuk semangat patriotisme dan jatidiri di kalangan pelajar.
Sasaran : 51 orang pelajar terpilih yang aktif ko-kurikulum.
Tanggongjawab : PK Ko-Kurikulum dan Penyelaras Ko-Kurikulum.
Tempoh : Ogos hingga September.
Kos / Sumber : RM 1550.00 / PCG.
TOV : 31 orang pelajar.
ETR : 51 orang pelajar.
Indikator Pencapaian : Peningkatan 20 orang pelajar terlibat.
Program / Aktiviti 9 : RIMUP.
Objektif : Memupuk integrasi kaum dan perpaduan di kalanag pelajar.
Sasaran : Pelajar berbilang kaum.
Tanggongjawab : PK HEM dan PK Ko-Kurikulum.
Tempoh : Ogos hingga Oktober.
Kos / Sumber : RM 2000.00 / PCG.
TOV : 60 % pelajar.
ETR : 85 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Peningkatan 25 % pelajar terlibat.
Program / Ativiti 10 : Pesta Ko-Kurikulum.
Objektif : Memupuk penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti
ko-kurikulum.
Sasaran : Semua pelajar.
Tanggongjawab : PK Ko-Kurikulum, Penyelaras dan Guru Penasihat Unit
: Ko-Kurikulum.
Tempoh : September.
Kos / Sumber : RM 2700.00 / PCG dan Rm 1500.00 / PIBG.
TOV : 55 % pelajar.
ETR : 95 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Peningkatan 40 % pelajar terlibat.
PERANCANGAN STRATEGIK PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN
PROJEK 3
PELAN TAKTIKAL PROJEK JIWA MURNI
Program /Aktiviti 1 : Mesyuarat Pasukan Perancang.
Objektif : Merangka aktiviti dan dapat sokongan semua guru dan staf
sokongan.
Sasaran : Semua guru.
Tanggungjawab : PK HEM dan Guru Penyelaras HEM.
Tempoh : Januari.
Kos / Sumber : RM 150.00 / PCG.
TOV : Penglibatan semua AJK HEM.
ETR : Penglibatan AJK HEM 100 %.
Indikator Pencapaian : Semua aktiviti dapat dirancang dengan teliti dan rapi.
Program /Aktiviti 2 : Menubuh Jawatan Kuasa Bertindak.
Objektif : Menyelaras, memandu dan memantau serta menilai semua aktiviti.
Sasaran : Kaunselor dan Guru Penasihat.
Tanggongjawab : PK HEM dan Penyelaras HEM.
Tempoh : Januari hingga Februari.
Kos / Sumber : RM 150.00 / PCG.
TOV : Penglibatan Semua AJK HEM.
ETR : Penglibatan AJK HEM 100 %.
Indikator Pencapaian : Semua aktiviti dapat dilaksanakan dan mencapai objektif.
Program /Aktiviti 3 : Kem Motivasi Pemantapan Kendiri.
Objektif : Melahirkan modal insan minda kelas pertama dan bersahsiah
cemerlang.
Sasaran : Murid bermasalah disiplin dan ’High Risk”
Tanggongjawab : PK HEM dan Kaunselor.
Tempoh : Februari hingga September.
Kos / Sumber : RM 3500.00 / PCG dan RM 1500.00 / PIBG.
TOV : Pelajar bermasalah disiplin dan ’High Risk”.
ETR : 10 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Mutu disiplin bertambah baik dan masalah disiplin dapat
di atasi 100 %.
Program /Aktiviti 4 : Khidmat Bimbingan Dan Kaunseling / Psikososial.
Objektif : Pelajar dapat berdikari, memiliki imej kendiri dan ESQ yang
positif .
Sasaran : Semua pelajar.
Tanggongjawab : Kaunselor, Guru Disiplin dan Guru Tingkatan.
Tempoh : Sepanjang tahun.
Kos / Sumber : RM 1200.00 / PCG.
TOV : 100 orang pelajar bermasalah disiplin.
ETR : 90 % pelajar.dapat dipulihkan.
Indikator Pencapaian : 90 % pelajar bermasalah disiplin dapat bersosialisasi,
berketrampilan dan memiliki personaliti yang baik.
Program /Aktiviti 5 : Kursus Pengurusan Emosi Dan Stres.
Objektif : Memperkenalkan kaidah dan teknik mengatasi stres.
Sasaran : Pelajar bermasalah disiplin.
Tanggongjawab : Kaunselor dan Guru Tingkatan.
Tempoh : April hingga Julai.
Kos / Sumber : RM 2500.00 / PCG dan RM 1200 / PIBG.
TOV : 100 pelajar bemasalah disiplin dan ’High Risk’.
ETR : 100 pelajar dapat dipulihkan.
Indikator Pencapaian : Pelajar memiliki kemahiran psikologi dan kemahiran sosial
serta imej kendiri positif dan berminat belajar untuk
mencapai kecemerlangan.
Program /Aktiviti 6 : Gempur Minda Dan Anjakan Paradigma.
Objektif : Mengenalpasti tred personaliti dan memotivasi secara
psikomatik pelajar.
Sasaran : Semua pelajar tingkatan 3, tingkatan 5 dan tingkatan 6 Atas.
Tanggongjawab : PK Pentadbiran dan Kaunselor.
Tempoh : Mei hingga Julai.
Kos / Sumber : RM 3500.00 / PCG dan RM 1500 / PIBG.
TOV : Semua pelajar tingkatan 3, tingkatan 5 dan tingkatan 6 Atas.
ETR : 100 % pelajar dilibatkan.
Indikator Pencapaian : Pelajar dapat mengamalkan strategi dan teknik belajar yang
sistematik.
Program /Aktiviti 7 : Muridku – Anakku.
Objektif : Pelajar sebagai menti mendapat bimbingan dan bantuan guru
sebagai mentor.
Sasaran : Semua pelajar tingkatan 3, tingkatan 5 dan tingkatan 6 Atas.
Tanggongjawab : PK Pentadbiran, PK HEM dan Kaunselor.
Tempoh : Sepanjang tahun mengikut keperluan.
Kos / Sumber : RM 1500.00 / PIBG.
TOV : Semua pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 Atas.
ETR : 100 % pelajar.
Indikator Pencapaian : Berlaku interaksi formal di antara pelajar dan guru serta
akademik meningkat.
Isnin, 23 Februari 2009
PERANCANGAN STRATEGIK SMKCR 2006 - 2010
Posted by NoddenBerek12KBR at 4:43 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan