Khamis, 16 Disember 2010

PENGURUS KEPIMPINAN (LEADER MANAGER)

Pengetua sebagai Pengurus Kepimpinan(Leader Manager) perlu pandai dan berani melaksanakan perubahan di sekolah.


Pengetua mesti menjadi Pengurus Kepimpinan (Leader Manager)yang unggul dan ada jati diri sebagai kepimpinan holistik. Pengetua bukan sahaja sebagai pemimpin rutin dan instruksional sahaja malah mesti memainkan pelbagai watak dengan memaparkan kekuatan luaran dan dalaman sebagai seorang yang kelihatan unggul peribadi, berperwatakan hebat, berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi dan memiliki kemahiran berkomunikasi.

Pengetua perlu ada visi dan misi yang jelas. Bersemangat tinggi dan berprestasi diri yang tinggi serta boleh membuat pertimbangan dan keputusan yang tepat, tangkas dan wajar. Pengetua mesti berkeupayaan mendapat kerjasama subordinat, mempraktik apa yang dikata akan dikota, bersedia menerima idea baru, sentiasa mengambil iktibar daripada kesilapan serta berkeupayaan membangun kapasiti subordinat dan memiliki kemahiran komunikasi interpersonal.

Pengetua berkebolehan merancang perubahan sekolah untuk meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah pelajar ke arah melahirkan pelajar kelas pertama bertaraf glokal secara holistik menjelang tahun 2020. Menjadikan budaya kerja cemerlang sebagai satu 'Key Performance Indicator' seorang Pengetua dengan mengutamakan budaya kreatif, inovatif, berintegriti tinggi, bersemangat kerja sepasukan dan ada komitmen tinggi sebagai nilai utama untuk membudayakan sekolah berkesan.

Seseorang yang dilantik sebagai Pengetua perlu sedar bahawa tanggungjawab dan amanah amat besar dan berat. Salah satu tugas utama ialah mempastikan guru –guru di bawah bidang kawalan melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan di luar bilik darjah agar mampu mewujudkan perubahan tingkahlaku pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi Wawasan 2020 serta dapat mengekalkan corak kehidupan serta memupuk perpaduan dalam Gagasan 1Malaysia.Pengetua sebagai Pengurus Kepimpinan (Leader Manager) di sekolah perlu berkeupayaan merealisasi aspirasi negara dan bersedia menjayakan Gagasan 1Malaysia.

Pengetua perlu proaktif, inovatif dan bersedia melengkapkan diri dengan ilmu serta berkemahiran tinggi dalam pelbagai dimensi selaras dengan perubahan era globalisasi dunia tanpa sempadan dan ledakan teknologi maklumat. Menjadikan usaha penambahbaikan dan peningkatan prestasi kemajuan sekolah sebagai agenda utama untuk membuat perubahan tingkahlaku pelajar menjadi pelajar kelas pertama bertaraf glokal. Pengetua berkeupayaan melaksanakan peranan sebagai agen sosialisasi dan Pengurus Kepimpinan yang unggul supaya nilai-nilai murni dapat diterap, dihayati dan diamalkan oleh pelajar.

Isnin, 13 Disember 2010

FOKUS KECEMERLANGAN STRATEGIK SMK KAMIL TERSOHOR 2011-2015.

1. KECEMERLANGAN PENGURUSAN PENTADBIRAN
2. KECEMERLANGAN KURIKULUM
3. KECEMERLANGAN KOKURIKULUM
4. KECEMERLANGAN HAL EHWAL MURID
5. KECEMERLANGAN PEMBANGUNAN INSAN
6. KECEMERLANGAN PEMBANGUNAN STAF
7. KECEMERLANGAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT)
8. KECEMERLANGAN PEMBANGUNAN FIZIKAL
9. KECEMERLANGAN LANDSKAP & PERSEKITARAN
10. KECEMERLANGAN HUBUNGAN LUAR