Selasa, 1 Disember 2009

CATATAN RINGKAS

Nama saya ialah Haji Zainuddin bin Harun. Di Kampong Berek 12, Jalan Hospital, Kota Bharu, saya dikenali dengan nama Nodden.Nodden nama timangan.Saya dilahirkan di kampong Padang Bongor, Kota Bharu, Kelantan pada 28 Ogos 1953.Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Paya Bemban, Kota Bharu, Kelantan tahun 1960.Pada tahun 1966 telah meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Garong, Kota Bharu, Kelantan dari tingkatan satu hingga tingkatan 3.Pada tahun 1969 hinga 1970 telah meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan dari tingkatan 4 hingga tingkatan 5.Kemudian meneruskan pendidikan tingkatan 6 Rendah di Institut Pendidikan, Kota Bharu, Kelantan ( sekolah swasta ) pada tahun 1971. Tahun 1972 hingga 1973 telah mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Harian Johor Bharu, Johor.Pada 4 Januari 1974 telah bertugas sebagai guru terlatih kategori C2 di Sekolah Rendah Kebangsaan (LKTP) Jengka 5, Maran, Pahang.Pada Tahun 1975 telah dilantik sebagai guru kategori C1 apabila mendapat kelulusan sijil penuh Sijil Tinggi Persekolahan. Pada tahun 1976 hingga tahun 1980 telah melanjut pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dan telah dianugerahi ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Politik.Pada 30 April 1980 telah bertugas sebagai guru siswazah di Sekolah Menengah St. Ursula, Tawau, Sabah.Dilantik Sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara, Tawau, Sabah pada 1 Januari 1986. Pada 1 Januari 1987 telah dilantik sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Lahad Datu, Sabah.Pada 1 Januari 1989 hingga 15 April 1989 dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran apabila sekolah tersebut dinaikkan gred A.Pada 16 April 1989 hingga 15 Julai 1997 dilantik sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak, Kunak, Sabah.Dari 16 Julai 1997 hingga 16 Disember 1999 dilantik sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahang, Penampang, Sabah. Pada 16 Disember 1999 telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua Kategori DG 2 (DG48) hakiki dan ditukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong, Beaufort, Sabah pada 17 Disember 1999.Pada 1 Disember 2002 telah ditukar sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai, Kelantan.Mulai 1 Januari 2006 bertugas sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan hingga kini.Pada 01.01.2008 telah dilantik sebagai Pengetua Gred DG 52.